Friday, December 2, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!


hoiitt..gambar apa tu? tu adalah gambar 1 set MIRACLE TAB. set tu lah hadiah yang bakal dibagi oleh penganjur giveaway kali ni. 

seriously nak try set tu sebab sekarang kulit aku memang betul-betul bermasalah. daripada berminyak, jadi terlampau kering sampai mengelupas dan pedih. dah macam-macam cuba, tapi langsung tak berkesan. so now, aku langsung tak pakai apa-apa dekat muka even bedak sekalipun. nak kulit yang dulu..T__T

wahhh..lens murah..nak beli cepat-cepat.

aku seorang pemakai lens yang tegar. setiap hari mahu pakai lens. tidak mahu pakai cermin mata ke tempat kerja. walaupun sekarang aku sudah ada 4 pasang lens, tetapi aku mahu tambah lagi stock yang ada. sebabnya, 2 pasang lens tu bakal masuk ke tong sampah kerana sudah mahu expired.

coolshoppe lensmurah tengah buat promotion lagi la. hadoi..memang ini yang tak dapat aku tahan. terlalu menggugat nafsu aku untuk membeli sahaja. T__T. mahu tak nya, BUY 5 FREE 1 dengan hanya RM70 (tak masuk pos). confirm la laju-laju tanya kakak dan adik, nak ajak share beli. hehehe. so, tunggu lah nak bergaya dengan lens baru pula..:)

Thursday, December 1, 2011

rindu zaman belajar...

bila zaman belajar, sibuk nak kerja. bila dah kerja, rindu nak belajar. memang manusia tak pernah puas. seriously, rindu pulak zaman belajar dekat UM dulu kala (macam dah berzaman sangat je gayanya.). kalau dulu, agak-agak tak larat bangun pagi, ponteng je lah. yang penting tak lebih 3 kali ponteng untuk 1 subjek. ^_^

tapi sekarang....T__T  hari-hari wajib bangun untuk pergi kerja. jangan harap lah nak memonteng. sinag pun dah tak ada nak tidur-tidur dah. nak kuak lentang atas katil macam selalu.sekarang ni, ngantuk walau dah menguap seribu kali pun, harus lah gigih bulatkan mata jugak.

rindu mereka-mereka ini semua. bila ntah dapat jumpa semula.

hoitt..kau bila nak kawen?


kecoh kan benda alah ni pun nak tunjuk. hahaha. 


fuhhh..dah 4 tahun 4 bulan dan 4 minggu kitorang couple. kalau dah kahwin tu, anak dah dua dah. haha. tu kalau dah kahwin. itu cuma kalau. yang realitinya, masih belum lagi. kalau belum tu, diam-diam je lah.

bila dah kerja macam ni, mula lah orang tanya. "BILA NAK KAHWIN?"  tak pun, "BILA NAK BAWAK CALON BALIK KAMPUNG?"  haishhh. sabar-sabarlah dulu. masak pun belum expert lagi. macam mana nak masakkan makanan untuk anak orang. karang masak meggi je kang, ada yang pergi carik perempuan lain. 

so, buat masa sekarang ni, biarlah orang nak tanya apa pun kan. buat tak tau sudah..^__^

kenapa rupa high heels sangatlah gorgeous?

kalau dulu kala , aku memang suka high heels. gigih nak pakai jugak. tapi sekarang aku lebih suka pakai kasut flat. selipar pun aku dah tak suka pakai kalau keluar. aku lebih suka pakai kasut flat. lebih kemas dan lebih selesa. makin flat tapaknya, makin aku suka. kalau kena kejar anjing pun tak yah risau. mesti boleh lari laju-laju.

tapi kenapa high heels ni sangat menawan dan memikat hati. kenapa rupa mereka sangan cantik dan gorgeous. sangat geram. tapi nanti beli, tidak lah nak pakai nya. kasut flat yang dah lusuh-lusuh juga yang dicari.


kasut sangat cantik macam ni. mahunya tak terpikat.


terpaksa menahan hati daripada membeli. kalau tak membazir je kalau cuma dijadikan hiasan dekat rak kasut. karang tengok-tengok ada katak bertenggek. nak tengok kasut cantik-cantik? jom tengok dekat shoeshaven.

Wednesday, November 30, 2011

tarian kuda kepang

tarian kuda kepang sangat popular dekat kampung aku. almaklumlah. perkampungan jawa. selalunya kuda kepang ni akan di buat bila ada kenduri kendara. kalau nak versi extreme, kena lah buat waktu malam. lebih kurang pukul 10 malan hingga 1 pagi. memang confirm ramai giler orang datang rumah nak tengok. dari budak kecik, ke remaja sampai orang tua. semua nak tengok.

ada juga kuda kepang yang dibuat siang hari. tapi ini cuma tarian biasa. dan bayarannya murah sedikit berbanding yang extreme. kalau yang extreme tu, RM400 ke atas jugak lah. jom tengok gambar-gambar yang aku ambik time kenduri anak sepupu aku..

 ni pemain-pemain kuda kepang bersama pengantin.

 diorang tengah menari.

 dan menari lagi.

 ini barongan. dalam dia ada 2 orang. ala-ala macam tarian singa cina tu. tapi dorang ni tak menari. cuma kacau orang je.

 ini pun barongan jugak. dorang berlakon jadi couple.

 barongan ni bergaduh. 2 lelaki berebut 1 perempuan.

tarian dah tamat. ^__^

Tuesday, November 29, 2011

roti shushi roll sangat sedap hingga menjilat jari

menu lunch hari ni just roti sahaja. ya. sewaktu bekerja, menu lunch memang bukan nasi. cuma roti. tetapi, selalunya, tak makan pun. ^__^  so, roti pilihan hari ini adalah.....




yang gulung dengan seaweed tu, shushi roll. dalam dia tetap roti dengan inti-inti. tapi memag sedap sangat. semalam baru je makan. tapi hati terus terpikat, maka hari ni laju-laju drive pergi beli. ^__^

yang lagi satu tu, apa benda ntah. masih belum sampai ke mulut lagi. tak tau apa rasanya. sebab kenyang makan shushi roll, yang lagi satu tu ntah bila nak baham. hehe.


seriously memang roti dekat kedai tu sedap-sedap. so, misi aku kali ini adalah untuk merasa semua roti yang ada dekat kedai tu. lalalala. harus jadi customer tetap lah macam ni. kek dia pun nampak sedap-sedap. tunggu ramai-ramai dekat rumah, baru boleh beli. kalau tak sape nak baham kek banyak-banyak.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...