Ingatkan zaman belajar je ada fire drill. Rupanya masa kerja pun ada juga fire drill.Tapi kalau dah nama Anis, memang suka cekelat masa fire drill.
Mula-mula aku kena jadi Emergency Response Team (ERT). Kena buat ujian kecergasan pulak. Berlari 1 taman KLCC. Perghhh. Haruslah aku cekelat tak lari kan. Bertahun tak berlari, tetiba kena lari, haruslah tak kan.
Ingatkan bila dah cekelat, nama dah kena blacklist. Sekali nama tetap ada. Kena panggil ceramah bomba pula.
Coppp. tu bukan aku. Sebab kes pernah kena sambar api zaman sekolah dulu, agak tak berani aku dengan api besar sebegitu.
Yang part ni aku suka. Jamuan makan. Hishh. Sedap pula tengok roti jala time puasa gini.
Last week diorang buat fire drill bebetul. Tapi, nak buat macam mana. Maklumat dah bocor dulu yang fire drill akan buat jam 9.00 pagi. Maka pukul 8.30 pagi, semua orang berpusu-pusu turun lift.
Siapa sanggup nak turun dari tingkat 40++, kena turun tangga pula tu. Walaupun aku tingkat 30, tetap tak sanggup wehhhh.
Jadi, cekelat lagi la kitaaaaaa. ^__^
Kekonon api dia buat asap warna oren gituuuu.
Ni semua dah kena turun. Berkumpul tengah panas. Bos juga steady join kitorang berkumpul tengah panas.
Selfie!!!
Dan lagiiiii.
ramai juga yang gigih turun tangga. Bagus betul diorang.