Saturday, November 12, 2011

bau rumput yang wangi


 cantik kan tengok rumput segar macam ni. tenang je rasa. nyaman je.


kalau rumput panjang, kena lah potong. yang ni aku suka. aku suka bau rumput kena potong. wangiii sangat. ^__^

3 maut nahas kereta rempuh pejalan kaki

YAN 12 Nov. – Tiga maut manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah kereta yang dinaiki empat orang terbabas lalu merempuh seorang pejalan kaki dalam kejadian di Batu 13, di Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat Bukit Besar di sini awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, pemandu dan seorang penumpang kereta serta pejalan kaki itu maut di tempat kejadian.
Katanya, identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan, manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Jurucakap itu berkata, punca kemalangan sedang disiasat.

sumber - utusan


kata hati : seram bila tengok berita-berita tentang accident ni..

sukan sea ke 26, 2011 - indonesia



sukan sea yang ke 26, dah melabuhkan tirai. YEAYYYY!!!
paling aku suka, ada siaran dekat TV3. YEAYYY lagi..

aku tak suka sukan, tapi aku suka tengok sukan sea.
aku tak suka sukan, tapi aku suka sokong Malaysia.
walaupun aku tak tau undang-undang sukan, tapi aku tetap tengok.
walaupun aku tak kenal pemainnya, tapi aku boleh bersorak dan melompat-lompat untuk sokong pemain malaysia.

ye. AKU ANAK MALAYSIA. ^___^

Friday, November 11, 2011

kerja di bandar atau kerja di kampung yang jimat?


p/s : agak-agak nak pilih kerja dekat kampung ke atau dekat bandar?

nahas bas - lori (4 maut, 5 cedera parah)

SLIM RIVER 11 Nov. – Empat terbunuh dan sekurang-kurangnya 5 cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas rombongan sekolah dengan sebuah lori pasir di KM 382, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Behrang dekat sini empat pagi tadi.

Bas terbabas ke bahu jalan lalu terbalik sebelum dirempuh lori pasir dari arah belakang. Bas dari SMK Air Merah, Kulim, Kedah dalam perjalanan ke Genting Highlands. Mangsa yang maut adalah seorang guru, Siti Hajar Ahmad, dua pelajar Khairul Anuar Azhan, 15, Maisara Zaidi, 15 dan seorang awam yang membantu mangsa yang identitinya belum dikenalpasti. - Utusan

cacing yang sangat besar


nampak tak cacing tu.


kalau tak nampak, meh sini tengok gambar yang dah dibulatkan ni.


besar sungguh cacing tersebut. apa lah yang cacing tu makan kan. huhu. gambar ni aku ambik dari facebook orang. ^_^

iklan jualan hebat

iklan jualan hebat selalu jumpa dalam paper kan. tak kisah la iklan giant ke, tesco ke, kedai lampu ke. memang mesti ada punya lah. iklan-iklan macam ni la yang selalu aku baca. best rasa dapat baca iklan-iklan ni. terasa macam window shopping pulak. haha

ini iklan giant yang aku baru baca tadi. ^__^

Thursday, November 10, 2011

logik ke pantang larang ni?

kalau dulu selalu dengar orang kata, "jangan bagi baju dekat boyfriend atau girlfriend. nanti putus." aku start dengar benda tu masa aku sekolah menengah. sorang kawan aku geram bila boyfriend dia bagi baju dekat dia. dia takut putus.

aku tak tau sejak bila pantang larang ni wujud dekat dunia ni. bagi aku, ikutlah kalau nak bagi hadiah apa. yang penting, benda yang elok and ikhlas. soal putus atau tak tu, itu soal jodoh. kalau ada jodoh, tak akan lah ke mana. setakat ni, aku pernah bagi baju and aku pernah dapat baju. alhamdulillah, tak ada apa yang terjadi.

adoi..entah kenapa ntah tiba-tiba je mengarut pasal pantang yang dah berkurun ni. hahaha. 

kata hati : adoi. sebut pasal baju, tiba-tiba teringin nak shopping. lamanya tak shopping.. T__T

doodle colourful

minggu lepas aku ada post tentang drawing under water world doodle. doodle tu aku lukis dengan tangan je. pakai pen hitam. now, aku yang tak ada kerja nak buat, dah mewarnakan doodle tersebut. ^__^



mula-mula, aku scan and crop jadi petak macam ni.


lepas tu, aku edit guna gimp. kasi colourful sikit. ^___^
p/s : aku rasa macam nak ajar pendidikan seni dekat budak sekolah rendah je. lalalala

akhirnya, gambar konvo hari tu siap jugak. padahal dah berminggu-minggu dah siapnya. =p

gambar-gambar ni belum sempat nak frame lagi. baru nak pergi tempah frame jap nanti. ^__^


 


p/s : nak tengok gambar pre wedding Zahiril Adzim dengan Shera Aiyob? meh tengok SINI. Cun sangattttt..

Wednesday, November 9, 2011

flower doodle under construction

selepas menyiapkan projek doodles yang pertama minggu lepas, minggu ni aku mula membuat projek doodles yang kedua pula. tapi doodles ni masih under construction lagi. baru siap dalam 40% je. hari ni tak sempat pulak nak sambung sebab ada kerja nak kena siapkan. maybe esok baru nak sambung. 


lukisan kali ni, lukisan bunga pulak. kenapa asyik bungaaa je. sebab aku suka bunga. aku suka lukis bunga. kalau gambar kartun orang memang aku fail.kalau binatang boleh lagi. tapi versi kartun je la. heeee..

Bloglist 30 Terpantas Dari Hackers

jom kita join segmen jom.


segmen ni dianjurkan oleh blog terowong informasi.

siapa yang nak masuk dalam bloglist beliau, boleh la join. coma 30 orang je yang dikehendaki.

tapi, kena letak 5 sebab kenapa nak letak dalam bloglist beliau.
  1. sebab nak masuk bloglist la. :p
  2. sebab kot-kot ada orang perasan blog ni dekat bloglist tu. boleh diorang klik ke blog ni. hihi.
  3. kalau dah klik, mana tau ada yang follow. (perasan)
  4. haissshhh..den lemah kalau nak bagi sebab-sebab ni.
  5. saje nak menyemak dalam bloglist tu. lalalala..


malas make up, muka pucat

make up oh make up. kalau make up mesti perempuan. takkan lelaki pulak kan. tapi kalau lelaki make up, itu dah jadi lain pulak. huhu. ada perempuan yang suka make up. ada jugak perempuan yang tak suka make up. kalau yang suka make up pun, ada yang suka tebal-tebal, tapi ada jugak yang suka make up nipis-nipis je. 

sekarang ni aku sedang menghadipi keadaan mood malas make up. mungkin sebab lama duduk rumah, dan tidak keluar, maka kemalasan make up tu sudah ke tahap yang maksima. pergi kerja pun tak ada lah nak make up sangat-sangat. setakat pakai foundation sikit, bedak dan lipstick. tu je lah. no more eye shadow, eye liner, mascara dengan blusher.



see, gambar aku yang tak ber make up. bedak pun dah hilang sebab dah gosok-gosok pakai tisu. ^__^  lipstick pun malas nak touch up balik lepas makan. heeee. bila lah mood make up nak datang balik. pucat tu muka tak make up.





Tuesday, November 8, 2011

merah itu berhenti, hijau itu jalan

aku pelik lagi musykil. kenapa ada sesetangah orang, suka nak jalan walaupun traffic light dah MERAH. kalau kuning tu boleh terima lagi. kalau dah lampu merah tu menyala, maksudnya, turn orang lain pulak yang jalan. sebab tu sangat bahaya kalau kejar traffic light ni.


mungkin orang yang bawak kenderaan sesuka hati ni ada 9 nyawa kot. sebab tu tak sayang nyawa. tapi kalau pun ada 9 nyawa, orang lain ada 1 nyawa je tau. 
note : mood geram sebab hampir kena langgar dekat traffic light.


alahai, minyak dah habis

hari ini seperti biasa, aku memulakan perjalanan aku ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. setelah bercutu selama 3 hari, perasaan liat nak pergi kerja tu betul-betul ke tahap kemuncak. sungguh malas tahap maksima. tapi, sebab nak jadi pekerja cemerlang punya pasal, gagahkan diri lah jugak.

so, aku pun start enjin moto and merempit tanpa check keadaan motor, memanaskan enjin mahupun memeriksa tanki minyak. kira-kira 5 minit perjalanan, baru aku perasan meter minyak sudah ke tahap bawah E.


seee. betul-betul bawah E sangat-sangat.

siapa lah tak cuak kalau tengok meter macam tu. dalam hati, berdoa-doa sempat sampai dekat stesyen minyak. tak nak aku menonton motor pepagi buta tapi, alhamdulillah sebab sempat jugak sampai ke stesyen minyak. teruslah aku kasi full tangki minyak tu. 

walaupun aku dah isi full, tapi meter minyak tu tetap macam tu. tak berubah. barulah aku tau, rupanya meter minyak tu yang dah rosak patut la isi full pun, tak banyak nak topup. cisss. buat cuak aku je.








..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...