Wednesday, May 27, 2015

bercuti ke cameron highlands : taman lebah (bee farm)

Eh, tak habis lagi cerita jalan-jalan cameron rupanya. Sikit je lagi. Hari isnin tu memang kitorang melilau je la mencari tempat nak jalan-jalan. 

Lepas pergi muzium tunnel tu, pergi la pekena teh tarik dengan roti bakar dekat the palace. 

 Husna excited la dah recharge energy.

gelak geram sebab tak dapat join makan. 

Sempat posing depat banner. Masuk Bee Farm ni free je. Dia sebelah taman rama-rama. Dekat dengan simpang nak masuk Tea Boh Plantation. Kitorang masuk yang free je. ^__^

https://igcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11352186_1456615574649845_553129468_n.jpg 
Anak abah sangat. 


1) abah suruh husna pandang camera
2) husna suruh abah pandang camera
3) last sekali, ummi yang suruh abah dengan husna pandang camera

Settle!!

 ni bukan kes abah layan anak. anak yang kena melayan abah.

 posing dengan ummi relax-relas je. suweet la kekonon kan.

ni la rumah lebah. kena turun tangga 2 tingkat. mengah jugak la. 

 nampak tak lebah cecomel tu. mula-mula risau jugak dia gigit husna. Tapi suami cakap lebah ni tak menggigit.

 Muka husna pelik bila rasa madu lebah.

 Cantik jugak la tempat dia. Sejuk je mata memandang.

bunga raya besar gedabak. dah sama besar dengan muka husna.

Kitorang jalan tak jauh pun. Nampak macam luas lagi. Tapi baru sekerat jalan, nampak patung berhala besar pulak. Tak jadi lalu sebab bawak Husna kan. So, patah balik.

Bagi aku tempat ni boleh la nak melawat kejap. Free je pon...

riadah petang dengan anak

 Awww cakkk!

Husna suka berjalan. kalau seharian duduk rumah, memang petang dia dah meragam nak keluar. 
kadang-kadang kalau sempat, balik kerja aku akan singgah taman keramat sekejap.
tidak la riadahnya. setakat berehat, bersiar-siar tengok orang ramai.
memang husna excited.

abah dia rajin melayan husna ni. weekend pun kadang-kadang bawak jalan taman juga.

ummi bukan tak rajin, cuma ummi tak larat dukung husna.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...