Saturday, January 14, 2012

jogging demi menjaga kesihatan anda

saya suka jogging.

nampak sangat menipunya di situ.
aku dan jogging ibarat jauh panggang dari api.
langsung tak serasi.
kalau dekat, panas je rasa.


kalau macam ni, bila nak maintain badan sihat ni.
=____=

surprise by the hehs lady

wink wink..
teruja ni dapat surprise by the hehs lady..


so, beliau telah bagi ini...



thanks the hehs lady..

bukan tu je tau..
beliau telah letak blog ini ke dalam bloglist beliau untuk sebulan.
weee..weee..
double thanks lah macam ni..
^__^

alfatihah untuk arwah

sehari tak berblog semalam.
sebab pergi menziarahi arwah makcikku yang baru meninggal dunia semalam.
dengan usia 39 tahun dan tidak sakit.
membuatku sedar yang ajal dan maut tidak mengira umur, kesihatan.
semoga roh beliau dicucuri rahmat.

"al-fatihah"

Thursday, January 12, 2012

warna pilihan anda

hari ini mari kita bercerita mengenai warna.
setiap orang ada warna pilihan.
warna yang membuatkan diri lebih bergaya mahupun tampil lebih yakin.
ataupun warna yang membuatkan diri suram dan tidak bermaya.


untuk aku, aku lebih suka warna yang terang.
seperti merah terang, biru terang, hijau terang, kuning terang dan semua yang terang-terang lah..
kalau nak beli baju, confirm warna-warna ni yang memang membuatkan mata berpinar-pinar.
warna lembut?
memang langsung tak mahu dipandang.


aku rasa lebih yakin dan bersemangat bila pakai warna terang.
perasaan yang muncul dengan sendirinya.
bila pakai warna lembut, aku rasa sedikit suram.


jadi, apa warna anda?

menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua

pagi tadi dengar radio hot fm.
isu pagi ni tentang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
aku tertarik dengan satu panggilan daripada sorang pendengar ni.


hantar ibu bapa ke rumah orang tua ni tak salah.
sebab ibu bapa pun hantar anak ke pengasuh jugak.
maksudnya, nak pergi kerja hantar ibu bapa ke rumah orang tua.
and bila balik kerja, ambil semula.
sepatutnya ibu bapa faham sebab mereka pun hantar anak-anak jugak dulu.
sebab utama adalah kerja and demi keselamatan.
dekat rumah orang tua lebih selamat, banyak aktiviti dan ramai kawan.


secara ringkasannya, begitulah.
itu mungkin bagi anak-anak yang pernah dihantar ke tempat pengasuh.
tapi aku dulu 100% dijaga dekat rumah.


tak mampu juga nak komen lebih.
sebab sekarang aku masih duduk dengan parents.
bekerja di kampung.
dan belum berkahwin.
sebagai perempuan, aku sedar yang satu hari nati aku kena ikut suami.
sebab tu aku tak berani nak komen lebih.
takut terkena diri sendiri.
cuma apa yang boleh diharapkan, aku mampu menjaga ibu bapa sampai bila-bila..


sayang mak abah sangat-sangat-sangat.

Wednesday, January 11, 2012

ibu bunting ni masih menyusu lagi!

ada satu si ibu bunting.
walaupun perut sudah besar dan menunggu masa untuk melahirkan anak sulung.
tetapi masih menyusu dengan ibunya.

tak percaya?
tengok gambar ni..




tengoklah dia menyusu..=__=


tengok la perut si comel tu.
besar kan.
memang dia tengah bunting. nah sarat sangat dah pun.
tapi tetap menyusu dekat mak dia.

oh ye. mak dia pun tengah bunting.
so kita tengok nanti bila dua-dua tu dah beranak.
siapa yang menyusu siapa pulak.

semangat yang jitu hanya sebagai .......

hari ni pergi kerja dengan semangat yang tinggi dan jitu.
ingin menyiapkan tender dengan cepat supaya boleh bersenang lenang.


8.25 : sampai office, bukak lampu, aircond, komputer segala bagai.

8.30 : baca paper

8.45 : bukak blog. blogwalking. sambil bukak fb.

9.15 : tutup blog. bukak emel. tengok kerja kosong.

9.25 : sambung bukak blog.



now dah pukul 10.00 pagi. secubit kerja pun belum buat. -___-"

Tuesday, January 10, 2012

kenapa mesti nak eja perkataan secara pelat?

ada 2 ayat yang boleh memeningkan para pembacanya.

1) ejaan secara pelat?

contoh:
orunk rasew gembira harie niew.
belagax jew kejew qau.

itu contoh ejaan pelat.
serious berbelit lidah wehh nak sebut.


2) huruf besar kecik besar kecik?

contoh :
AkU RaSa SiBuk SeKaRanG nI.


sebenarnya, aku sendiri pernah terjebak dalam situasi ni. zaman sekolah menengah.
semuanya sebab terpengaruh dengan kawan-kawan lain.
tapi mungkin disebabkan tak ada facebook pada masa tu, maka tak nampak sangat.
tapi bila usia meningkat, pemikiran jadi lebih matang.
lebih suka menulis dengan perkataan yang lengkap ejaannya.
baru ku tahu betapa peningnya baca ayat macam contoh-contoh di atas.


tapi sekarang ramai lagi yang masih gunakan ayat seperti contoh-contoh tersebut.
paling ramai budak sekolah.
mungkin satu hari nanti mereka akan jadi matang juga.


tapi yang tak paham, ada juga insan yang sudah sepatutnya matang, tetapi masih guna ayat di atas.
lelaki pula tu. aduhaiiii...
cepat-cepat matang ye cik abang.. ^__^

download drama korea

disebabkan mendownload drama korea di tempat kerja dan menggunakan pc office,
habis dah nak full space dalam pc ni.
nak letak dalam external hard disk, tak ada la pulak.

so, lepas tengok je haruslah delete supaya drama lain boleh masuk pulak lepas ni.
nak download jugak ke?
g tengok website ni ye..^__^

tentang kerja lagi..

walaupun sekarang tengah bekerja, tapi tetap berusaha mencari kerja lain yang lebih baik.
mungkin yang lebih menjamin masa depan.
tapi tidak lah sampai nak terus berhenti kerja sekarang.
kerja sekarang tetap diteruskan.

usaha yang lain tu tetap diteruskan.
kalau ada rezeki, alhamdulillah.
kalau tak ada, tak mengapa. ^_^

Monday, January 9, 2012

mcd oh mcd.

sobs. sobs. sobs.
teringin pula makan mcd.


macam ni lah kalau duduk kampung.
nak makan mcd, kena pergi kuala selangor. 
(lebih setengah jam tu perjalanan.)


tak ada teman pulak tu.
takkan nak ajak mak abah kot.
dah confirm diorang taknak.
kalau ajak makan seafood, laju lah mereka.


now, tunggu adik balik cuti sem hari khamis ni.
yeay..ada teman mahu berjalan-jalan. ^__^

KAHWIN.

bila tengok kawan-kawan kahwin, hati mula cemburu.
"hei. nak kahwin jugak."

tapi..
dah bersedia ke jadi isteri?
(kenapa isteri je? sebab yang biasa cemburu ni namanya perempuan. hihi)

1) ada duit tak nak buat kenduri?
kalau setakat nak buat akad nikah takpe.
ni nak buat kenduri yang grand. 
nak baju cantik-cantik.


2) pandai masak tak?
kalau setakat pandai masak sup, tomyam, nasi goreng tu, bukan pandai masak lagi tu.
kena belajar lagi masakan lain yang beribu macam jenis tu.


3) rajin buat kerja rumah tak?
basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas rumah, masak, and segala macam jenis kerja rumah.
kalau hari-hari mak yang buat semua, boleh ke kita buat jugak?


4) mampu ke menjadi isteri yang taat pada suami?
kalau dulu suka keluar sesuka hati, boleh ke berubah?



rasanya banyak lagi kan persediaan untuk berkahwin ni.
sebenarnya, ini peringatan untuk diri sendiri.
sebelum ni cemburu tengok orang dah kahwin awal.

tapi lepas ditegur oleh si dia..
" kahwin ni bukan nak ikut-ikut orang. orang kahwin, kita pun nak kahwin jugak. kahwin ni masa depan. kena berfikiran matang. "

YA! ITU BETUL SEKALI.
sekadar gambar hiasan walaupun rasanya tak perlu. =__=

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...