Saturday, October 23, 2010

tak dapat silver, kelabu je lah..

baru pulang dari masjid india. penat sungguh nak mencari kain pasang warna silver. nak yang plain pulak tu. bajet pulak kena murah-murah je sebab dah pokai. haha. berjam-jam pusing, dah give up. beli kelabu je lah. ala-ala je lah kan kelabu dengan silver. =p so, kain dah beli, renda dah beli, manik pun dah beli. tunggu mak jahit baju dulu, barulah mula pasang manik kat baju. kena cari idea corak dari sekarang nih..

pusing-pusing tengok baju, cantik-cantik. tapi kalau baju-baju suka lagi cari kat time square. sebab murah sikit. sebab tak puas hati tak beli apa-apa, rembat lah 1 beg. entah sejak bila gila beg pun aku tak tau. yang aku tau, aku makin suka beli beg.

sebab dah nak dekat deepavali and raya haji, ramai lah yang keluar shopping. banyak jugak bukak gerai-gerai. agak sesak sikit. lagi-lagi bila hujan. penuh lah orang nak berteduh.


note : penat ibarat berlari jauh. kira hari ni macam axercise jugak lah.. ^_^

yeay, dapat makan buah kundang

hari tu aku pernah buat post tentang buah kundang. sesiapa belum baca boleh lah klik. nak dijadikan cerita, aku sudah dapat makan itu buah. ada seorang cikgu dah bagi aku. cikgu sekolah aku dulu. makan sampai tak ingat. memang sedap sangat tak terkata.

tapi... tak lama lepas tu.. aku baru sedar. rupanya semua tu dalam MIMPI!!! kecewa betul rasanya.. punya lah teringin nak makan, sampai bawak ke mimpi. haha.

kredit gambar dari sini.

bila terdelete folder penting

semalam aku telah membuat kerja gila bila aku terdelete chapter 1 untuk thesis aku. itulah, dok sibuk kemas-kemaskan desktop. tengok-tengok memang kemas pun. menggagau jugak aku cuba cari. ye lah. penat tau buat. aku bukan rajin nak buat ayat-ayat ni. T.T

tapi nasib menyebelahi aku. nasib baik aku ada hantar dekat emaail minggu lepas and tak aku delete lagi. rasa macam nak melompat saje.. ^_^

pasangan termuda bertunang


pasangan termuda yang bertunang. lelaki 5 tahun, perempuan 3 tahun. oh. awalnya mereka bertunang. agaknya mereka akan berkahwin juga ke bila besar nanti? mana tahu kan.. ada juga cinta dari kecil tetap berkekalan.

berita lebih lanjut : berita harian

Friday, October 22, 2010

kesan akibat kekenyangan

bila makan tak ingat dunia, makan lah dengan banyaknya. maklumlah, tengah lapar. semua nak makan. bila kekenyangan?
  1. perut senak
  2. nak termuntah
  3. rasa macam nak semput
  4. tak larat nak bangun
  5. mata mengantuk sangat
apapun, kredit dekat zetty sebab jemput aku and kinah makan banyak-banyak. sebab semua sedap, semua nak makan. dapat katil, terbungkang.

don't judge a book by its cover

suatu hari, dalam bas nak balik rumah. hari khamis petang. biasa lah bas penuh dengan budak sekolah. bising memang tak boleh kawal lah. tapi biarlah, biasalah tu. tapi yang tak bestnya, dalam bising-bising tu ada lah pulak perkataan yang tak enak nak didengar. dengarlah ada budak-budak yang mencarut-carut. perempuan pulak tu. aduh, rasa malu je dengar. rasa tak manis bila perempuan mencarut ni.

tengok belakang, nampak macam dalam form 2 or form 3 kot. nampak kecik-kecik je. tak tahu lah apa yang diborak sampai keluar perkataan-perkataan yang tak best. bukan nak kata aku baik. and bukan nak kata budak-budak tu jahat. kita tak boleh nak menilai orang dari luaran je. tak kenal, maka tak tahu macam mana orang tu kan.

Thursday, October 21, 2010

aduh..kena tanya soalan..

apabila anda menghadiri kuliah, pernahkah pensyarah bertanya kepada korang soalan? perkara macam ni memang selalu jadi. biasalah tu kalau pensyarah atau cikgu tanya soalan. nak tengok student dia paham ke tak.

kalau soalan tu pulak tak tahu nak jawab, mesti lah kita akan jawab tak tahu kan. lagi pun, malas nak fikir and takut salah. tapi bila lecturer korang keluarkan ayat macam ni..

" you nak jawab or you nak menyanyi?"

Royalty Free RF Clipart Illustration Of A Blond Girl Singing by Cory Thoman

haha. korang rasa korang nak jawab ke nak menyanyi sorang-sorang dekat kelas? nak tak nak, jawab je jugak even salah.

give away kecantikan #2


kali ni give away dari dni pula. adat perempuan. siapa yang tak pentingkan kecantikan kan? lelaki pun dah ramai yang jaga kulit ni. siapa nak join boleh klik sini. give away ni bukak 3 hari je tau. ^_^

Wednesday, October 20, 2010

short vs tall


perempuan tinggi atau rendah? tinggi nampak cantik. rendah nampak comel. aku? tak tinggi sangat, tak rendah sangat. 164 cm lebih kurang. tapi aku suka kalau rendah. rasa comel je. haish. manusia memag tak pernah puas hati. dah tinggi nak rendah. dah rendah nak tinggi. cubalah belajar bersyukur dengan ciptaan Allah s.w.t.

kenapa aku suka rendah? sebab boleh pakai kasut tinggi-tinggi. kalau dah tinggi, pakai kasut tinggi-tinggi jadi makin tinggi. lagi satu, aku suka tengok perempuan paras bahu lelaki. nampak sweet sangat.


tengok dorang ni. sweet kan. pengaruh cerita korea betul dah aku ni. haha. nasib lah. tapi nasib lah aku dapat lelaki yang tinggi. aku lebih kurang paras bawah telinga sikit. dapatlah aku melaram dengan kasut tinggi juga. tapi dia tak suka pulak aku pakai kasut tinggi. sebab aku nampak lagi tinggi. padahal bila aku pakai kasut tinggi, jauh lagi beza tinggi tu.

latihan kebakaran

kenapa tiba-tiba nasi lemak? sebab malam semalam aku and roomates sedap tengah makan nasi lemak. tiba-tiba ada orang kata terbakar, terbakar. oh? kolej terbakar ke? tidak rupanya. cuma latihan kebakaran. kena berkumpul dekat court depan kolej. tapi ingat kitorang akan tinggalkan nasi lemak kitorang ke? dah la telur kuning tu tak makan lagi. pembantu mahasiswa dengan penyelia pun dah tegur suruh turun. sabar-sabar. sayang tau tak habiskan nasi lemak ni. tunggu je la kitorang habiskan dulu.

dah habis, kitorang turun lah ke court dengan lemah gemalai. dah la mata mengantuk. baru je nak tidur awal. suka betul buat latihan kebakaran masa yang tak best. cuba la buat time tengah free tak de kerja nak buat ke.

turun bawah, lama giler tunggu. pukul 12 lebih baru start. sumpah bosan sungguh. dengan penat and mengantuknya lagi. bila dah lama sangat menunggu, mula lah buat kerja-kerja lain. macam gambar-gambar kat bawah.

waktu macam ni, memang handphone peneman setia

memang ngantuk giler. aku pun dah join baring gak.

siapkan assignment yang belum siap lagi.

setiap kali latihan kebakaran, aku mesti teringan kenangan latihan kebakaran aku kat sekolah dulu. yang memalukan sangat. next time cerita. =p

Tuesday, October 19, 2010

antara aku dan budak kecik

budak kecik? aku kurang suka sangat.. nak layan sikit-sikit boleh la. layan lebih-lebih malas sangat. haha. kejam ke? tak la sangat.. aku x suka je. bukan aku dera pun. tapi, kenapa budak suka menyendeng dekat aku? kompius betul. terpaksa aku menjaga budak-budak..

bawak budak ke pantai morib

bawak dorang ke fun fair

mereka memang suka melepak kat rumah aku

bawak ke bukit melawati pula

macam mana aku boleh terjebak dengan budak-budak? sebab ayah aku suka budak-budak dan suka bawak mereka ke mana-mana. tapi yang terpaksa jaga? aku juga.. nak buat macam mana. nasib baik mereka bukan yang jenis banyak karenah. baik mengikut arahan. cuma yang paling kecik tu je sangat nakal.



Monday, October 18, 2010

1st GA dr NUSHA


haish. tengah sibuk buat assignment pun sempat lagi nak join GA dari Nusha ni. huhu..

kena tag kawan-kawan join jugak.

so, aku tag semua yang baca entry ni untuk join GA ni. jom lah ramai-ramai. ^_^

nak join.. klik sini.

10 perkara akan jadi bila buat perkara yang tak disukai



apa yang akan terjadi apabila anda terpaksa melakukan sesuatu yang anda tidak minat atau tidak suka? seperti mebuat assignment bagi subjek yang anda sangat tidak suka?
  1. melengah-lengahkan kerja tersebut
  2. malas mencari bahan
  3. jika sudah ada bahan, baca ala kadar atau sepintas lalu
  4. cepat tension
  5. berfacebook
  6. berblogging
  7. kerja akan siap last minit
  8. kualiti kerja tidak memuaskan
  9. cuma fikir asal siap sudah
  10. selalu fikir, kalau lulus pun jadi lah

kasut tumit tinggi pilihan wanita?

high heels ataupun dikenali sebagai kasut tumit tinggi tidak asing lagi dengan dunia wanita. terutamanya bagi yang sudah bekerjaya. kasut amat penting sekali. kerana kasut membawa kita melangkah ke tempat yang kita nak pergi.

kasut bertumit halus dan tinggi lebih menarik berbanding yang bertumit lebar dan rendah sedikit. tapi, ianya juga sukar dipakai. ye lah, takut jugak kalau-kalau terpelecok tengah jalan depan orang ramai. haru dibuatnya.

kenapa high heels lebih menjadi pilihan?
  1. bila pakai haigh heels nampak lebih ayu. betul ke?
  2. selalunya orang kagum tengok pemakai high heels boleh jalan dengan lajunya. selalu yang jeles ni orang-orang yang tak reti pakai high heels. 'macam aku. T.T '
  3. high heels ni cantik-cantik sangat. macam kasut kat atas. kan best kalau dapat kasut macam tu.
  4. buat seseorang itu kelihatan tinggi dan yakin berjalan.
tapi, ada juga keburukan kalau selalu pakai high heels ni. kalau nak tau klik sini. malas nak tulis panjang-panjang. banyak kerja menanti.


Sunday, October 17, 2010

terpaksa curang

oh. malam ni aku terpaksa curang. memang betul-betul terpaksa. aku tak rela sebenarnya. dua-dua penting teramat sangat. maafkan encik law. aku terpaksa berpaling tadah sebentar. untuk menguruskan encik thesis pula. ah. dua-dua memang membebankan.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...