Friday, April 20, 2012

tesco card punya pasal

assalamualaikum semua. ^__^


beberapa minggu lepas, semasa singgah tesco, tiba-tiba terasa macam nak buat kad tesco pulak. ye lah, asal nak bayar je mesti cashier tu tanya, "ada tesco card?" bukan bayar pun nak buat kad tu. apa salahnya nak tebalkan wallet kan.


tapi yang geramnya, bila dah buat tesco card tu, masa tu lah tiba-tiba je tak tahu nak shopping apa dalam tesco tu. sebat je lah berus gigi sebatang. hakhak. janji ada benda nak dibeli kan. 


tapi kan.tapi kan. bila nak bayar je, boleh pulak cashier tu diam je tak nak tanya tesco card. "alaaa..baru nak rasmi tesco card.." kecewa sungguh. sambil bisik-bisik dekat adik. "dik..dia tak nak ke tesco card ni..?" sambil sengih-sengih jeling cashier tu. haha. gila buat malu je. dan dan je cashier tu terus tanya tesco card. hahaha.


keluar tesco terasa bahagia sebab dah dapat rasmikan tesco card.


gila malu kan perangai macam ni. -___-"

jeling jeling jam dinding

salam petang jumaat semua. ^__^


dah petang-petang macam ni mula lah tak senang duduk. sekejap sekejap tengok jam. nanti lepas 5 minit, tengok jam lagi. tapi tak pukul 5 jugak. terasa lambat sungguh masa berlalu. cuba kalau tengah khusyuk tengok drama yang best-best. kejap-kejap, "eh..dah pukul 3.." nanti rasa macam sekelip mata, "eh..eh..dah pukul 6."


sekejap sekejap lagi pipie nak berjimba berhujung minggu di kuala lumpur. heh! skema sungguh sebut kuala lumpur. kalau waktu aku tengah belajar dekat UM dulu, memang melonjak-lonjak bila dia nak turun kl. al maklumlah, percintaan jarak jauh. setahun jumpa 2 3 kali je lah. di sebabkan sekarang ni aku dah duduk diam-diam kat kampung, tak dapat lah nak join berjimba sekali. mungkin tak ada rezeki nak jumpa. mungkin lain kali. 


betapa cerianya di hari jumaat

assalamualaikum semua. ^__^


pernah tak ada perasaan yang sangat bahagia bila bangun je pagi, "wahh..hari ni hari jumaat.." kenapa ada perasaan tu? haruslah sebab hari ni hari terakhir bekerja untuk minggu ni. esok cuti. weeehoooo. ada ke orang yang tak suka cuti? siapa yang tak suka cuti, meh jumpa meh. boleh aku tolong gantikan cuti.


tapi bagi aku, tidaklah setiap kali hari jumaat boleh ada rasa keseronokan tu. sebab minggu kedua, keempat dan kelima (kalau ada), harus bekerja di hari sabtu. walaupun setengah hari, tetap rasa macam, grrrrrr...sebab tu bila tiba hari jumaat minggu pertama dan ketiga, super duper rasa bahagianya.


jadi, kepada yang bekerja, selamat bekerja semua.. kepada yang bercuti, selamat bercuti semua. jeles ni dekat orang yang tengah bercuti tu. mesti atas katil lagi tak bangun-bangun.

Thursday, April 19, 2012

sunglasses..keperluan atau tidak?


teserlah kepoyooan di situ. hakhak.


terpaksa juga keluarkan gambar tu sebab nak buat entri ni. sudah lah tembam. mengada pulak tuh. layankan sahaja lah ye. ^__^  berbalik kepada tajuk, adakah sunglasses ini keperluan ataupun hanya untuk bergaya?


untuk diriku yang rabun dan tahap kerabunan silau itu sangat tinggi, sunglasses merupakan satu keperluan. tapi untuk cuaca panas je lah kan. kalau tak, ada yang drive sambil keluar air mata sebab tak tahan panahan mentari tu. tak pasal-pasal jadi perhatian orang sebab menangis sambil drive. -___-"


disebabkan hanya memakai lens biasa yang tidak support untuk rabun silau, memang tak akan tahan lah kalau tengok cahaya matahari. lagi-lagi tengah drive, elok je matahari tu kat depan. pergghhh. memang terbaik. terpaksalah menyarungkan sunglasses tu untuk mengurangkan silau tu.


rabun silau ni bukan semata-mata silau cahaya matahari je. cahaya lampu pun boleh buat sakit mata. sebab tu aku tak suka sangat drive malam. walaupun pakai cermin mata, tapi tetap silau jugak. jalan kampung ni memang gelap sikit kan. suram-suram je lampu. bila banyak kereta, memang sakit mata la tengok suluhan lampu kereta tu. lagi-lagi yang lampu kereta warna putih. memang nak kena maki je. boleh terbabas tau tak sebab tak nampak jalan punya pasal. bertimbang rasa lah dengan orang yang rabun silau macam ni. pergi tukar lampu warna kuning sana. kurang sikit silaunya.

gigih bertarung dengan nafsu sendiri

huh! payah betul berkeadaan begini.
masuk blog sana, online shops.
masuk facebook sini, online shops jugak.
harus lah nafsu ingin membeli tu sangat membuak-buak.
belum lagi bila berjalan-jalan masuk kedai ke kedai.
tengok itu teringin. tengok ini teringin.

ingat senang ke nak kawal nafsu nak membeli itu ini.
susah woooo bagi aku yang memang suka beli itu dan ini.
kalau keluar tak beli apa-apa, rasa macam tak puas hati je.
mesti nak jugak beli walau getah rambut harga seringgit.

sekarang ni dah lama tak beli baju dan handbag.
nak kata tak ada yang berkenan tu, memang tipu habis lah tu.
kalau buat list mana yang berkenan kat online shop yang berlambak-lambak tu, tak cukup 1 page.

 
memandangkan sekarang dah bekerja, dan hanya berbaju kurung pergi kerja,
terpaksa batalkan niat beli blouse-blouse yang comel-comel tu.
kat dalam almari tu pun banyak baju yang tak terpakai.
bukan taknak pakai, tapi tak tau nak pakai pergi mana.
duduk kampung ni, mana aje lah nak pergi kan.


sebab tu bila si adik dan si kakak balik kampung,
melenggang diorang tak payah bawak baju.
dari hujung kepala sampai hujung kaki, semua main rembat dalam almari tu.
fine..tipu lah semua kan. haha. tapi selalunya memang baju lah diorang kebas.
siap ambik tak pulang-pulang pun ada.
tapi takde lah nak marah pun.
share baju antara adik beradik tu perkara biasa.
baju adik laki aku pun kadang-kadang aku kebas. hakhak.

copp..panjangnya entri ni. dah lah..nak stop..
bosan pulak orang baca nanti.


Wednesday, April 18, 2012

lagi kisah kenderaat berat bajet ringan


seee...tengok bas tu duduk lane mana.
terpaksa lah kami-kami ni berderet belakang bas tu.
tak reti-reti nak tukar lane kiri.
even lane kiri tu kosong, taknak jugak dia ke kiri.
nak jugak duduk lane kanan.


bukan bas ni je yang buat perangai macam tu.
lori lagi lah berlambak-lambak yang macam tu.
nak potong ikut kiri, kang tetiba dia masuk ke kiri pulak.
takkan nak potong kat lorong kecemasan kat tengah tu.
sekali tiba-tiba ada kereta ke motor ke yang tengah tunggu kat tengah tu, naya je.
jadi, kena lah tunggu dekat belakang bas tu diam-diam.

sate hut tanjung karang besar gedabak

assalamualaikum readers..:)


minggu lepas, terasa teringin sangat nak menikmati sate.
nak buat sendiri, memang malas lah kan.
lecehh kalau nak buat sikit-sikit ni.


so, bila teringin nak makan sate, kitorang akan terjah sate hut dekat tanjung karang.
sebab sate kat situ besar gedabakkk kot.
 ada jugak yang kecik, tapi tak best lah kan.
tak special. kat tempat lain pun belambak sate kecik-kecik.


 

kitorang order 20 cucuk untuk 5 orang makan.
tanpa order makanan lain.
inilah dinner kami.
tu pun sampai tak larat wehh nak makan.
 aku mampu telan 4 cucuk je.
mak aku lagi lah, secucuk je.
 
 

saiz sate hut versi besar.
secucuk RM1.30.



perlu ke letak ini?
-__-"


sekarang ni aku betul-betul jatuh cinta dengan warna biru..
rasa cantik pulak warna biru ni.



Tuesday, April 17, 2012

rantai berloceng hadiah untuk mereka


mamat dan rantai berlocengnya.
dapat jugak belikan rantai berloceng untuk mamat and momot.
mula-mula pakaikan rantai ni, punyalah kelam kabut budak 2 ekor tu.
melompat sana, melompat sini.
terkejut agaknya ada bunyi loceng.
tapi lama-lama, dah terbiasa dah.


gambar mamat je dapat ambil.
sebab mamat ni good boy.
momot pulak naughty boy.
huh!! degil sangat. tak reti duduk diam.


and, baru pakai satu hari,
momot dah berjaya tanggalkan loceng dia.
kureng hasssaaammm punya momot.
teruji kesabaran.
terpaksa pasang balik locengnya.


bila dah ada loceng ni, senang nak tahu kat mana bebudak ni berada.
dalam bilik ke, kat dapur ke.
almaklumlah bebudak kecik ni bukan reti nak berak dekat luar rumah.
-___-"

skirting kereta dah jahanam

pagi ni terasa sungguh tenang.
bangun pagi awal.
bersiap nak pergi kerja pun awal.
bila dah semuanya awal, haruslah memandu dengan berhemah dan tenang sekali kan.
sambil layan hot fm.


alhamdulillah, berjaya sampai ke pejabat dengan selamat.
dengan berbekalkan ketenangan tadi
sambil memandu masuk parking,
tiba-tiba..

"krakkkkk.."

ah sudah. bunyi apa pulak tu?
rupanya aku dah terlajak parking.
terlanggar pulak dinding longkang kat depan parking tu.


aduh..tu lah bila kereta lowered nih.
dinding longkang tu bukan tinggi pun.
tapi sebab kereta lowered,
terkena jugak lah bahagian skirting depan.


terjatuh sikit skirting tu.
nasib baik tak terjatuh semua.
tapi tadi, berusaha juga tolak skirting tu bagi naik,
dan akhirnya berjaya.
tapi tak tahu lah kukuh ke tak tu.
haha.


 

Monday, April 16, 2012

kacang kuda dan angin


nih sarapan pagi hari apa ntah.
minggu lepas kalau tak silap.
lupa sudah. almaklumlah, dah memang diri ni seorang pelupa.
-___-"
siap bawak bekal pergi pejabat lagi.


kacang kuda rebus ni memang sedap.
cuma masalahnya, bila makan, memang angin satu badan.
bukan angin satu badan sebab perasaan marah tu tau.
ni angin yang berkumpul dalam badan yang menyebabkan ketidak selesaan.
boleh jugak menyebabkan sakit kepala.


kenapa makanan yang sedap-sedap ni berangin ek.
sudah la aku ni memang tak tahan angin-angin ni.
-___-"

sebab kematian memet

dalam entri mengenai memet yang sudah tiada tadi,
ramai yang bertanyakan sebab memet mati.


sebenarnya memet sakit.
memet berbadan kecil.
walaupun umurnya sudah 3 bulan,
tapi pertumbuhannya terbantut.


mula-mula aku ingatkan memang memet berbadan kecil.
sebab dia nak makan.
cuma dia lembik dan tak bermaya.
mungkin pertumbuhannya terbantut sebab dia sakit.

memet dah tiada. sobs sobs


memet dah tiada.
 pergi meninggalkan dunia hari sabtu lepas.
sedih rasanya.
nasib baik masih ada mamat dan momot yang menghiburkan.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...