Saturday, September 24, 2011

anak kucing comel kesayanganku

aku suka sangat anak kucing. sebab anak kucing ni kecik. jalan pun kengkang-kengkang lagi. seriously sangat geram. kalau dia tidur tu, suka nak kacau-kacau. lepastu suka agah-agah anak kucing ni. nanti dia marah. sumpah sangat comel.

dekat rumah sekarang ni, ada 2 ekor anak kucing. si cemeng and si lebam. sangat sayang si kecik 2 ekor ni tau.


ini la si cemeng. dia sangat comel. gerammmm

lagi sekor si lebam, belum ambik gambar lagi. lagipun si lebam tengah comot-comot. ada kurap sikit. tunggu lepas aku habis ubat si lebam tu, aku letak pulak gambar dia. ^_^

Friday, September 23, 2011

kucing aku dah jadi jahat

hari tu aku ada bercerita tentang tangan aku yang dah digigit kucing. memang bisa sampai seminggu baru surut bengkaknya. seriously, sampai sekarang still gatal lagi luka tu.

eh cop, bukan tu nak cerita. ceritanya pasal kucing yang dah gigit aku tu. si opel namanya. nak kenal dengan opel? kat bawah ni gambarnya.


sekarang ni opel dah bertukar menjadi seekor kucing jantang yang ganas dan jahat. selain suka menggigit, opel jugak dah bunuh 2 ekor anak kucing dekat dalam rumah aku ni. samapi habis dah adik-beradik anak kucing tu. opel tak makan, cuma bunuh dengan cara menggigit kepala anak kucing tersebut. banyak sangat darah. tak sampai hati nak tengok. paling kesian dekat mak kucing tu yang memenggil-manggil anaknya.


muka kucing yang ganas

so, apa yang patut aku buat dengan opel tu. aku taknak ada lagi anak kucing yang jadi mangsanya.

biawak besar ditangkap sebab masuk reban ayam

weekend lepas macam biasa, kitorang 1 family akan balik ke rumah kitorang yang dekat kampung. syokk sangat duduk kampung. meriah. langsung tak sunyi. kiri kanan semua rumah makcik-makcik dan pakcik-pakcik sendiri. rumah nenek pun dekat sebelah je. tambah pulak dengan keluarga yang memang sentiasa kecoh, confirm lah sangat best.

macam biasa, aku selalu lepak rumah nenek aku ni. tiba-tiba kecoh pulak sebab ada seekor biawak besar dah berjaya meloloskan diri masuk dalam reban ayam. apa lagi, pakat-pakat la pergi tangkap biawak tu.


biawak yang berjaya ditangkap dan diikat

biawak tu dibiar je macam tu. sebab tak ada siapa yang sampai hati nak bunuh. tapi kalau tengok perut biawak tu yang gemuk dan bulat, nampak macam dia dah telan ayam je. esok pagi, tengok balik biawak tu dah hilang. mungkin dah berjaya lepas kot. huhu

Thursday, September 22, 2011

impian oh impian

oh hai la impian.
rasanya semua orang mesti ada impian.
atau erti kata lain, sesuatu yang kita idam-idamkan.
malam-malam macam ni, tiba-tiba impikan sesuatu.
aku impikan untuk pandai buat kek cantik-cantik.
sangat teringin nak belajar.

giveaway : simple giveaway hob


lagi mari kita join  give away jom.
kali ni give away oleh blog heart of beauty.
kalau nak join, jom klik dekat blog heart of beauty jom. ^__^

1 GA CIK NAJIHAH - MERIAH YAW


jom join contest cik najihah ni jom.

siapa nak join, boleh lah terjah blog cik najihah ni.

kucing pun harus mandi juga

kucing yang busuk harus kena mandikan. tapi tak lah mandi betul-betul. lap-lap dengan air shampoo lepas tu lap dengan air bersih dah la. sebab diorang dua ekor ni anak kucing lagi,. kecik comel lagi.


tengok, si lebam dan si cemeng berkelubung dalam tuala. kesian mereka sejuk. sebab tak ada pengering rambut, keringkan bulu dioarang pakai tuala je la. lepas tu letak kat tempat panas sekejap bagi kering.

Wednesday, September 21, 2011

sebab sate lah jadi begini


hoit. tangan siapa yang kuning tu. kuku pun kuning. sungguh tak cantik betul. siapa punya tangan baik mengaku. -_-".

sebenarnya, itu lah tangan empunya blog ni ha. kenapa kuning? sebab buat sate. sebab tu jadi kuning begitu. raya tak habis lagi. maka jamuan raya masih ada lagi. oleh itu, tempahan sate masih ada lagi. tapi sikit-sikit je la. bukan banyak pun orang tempahnya. heeee..

teringat dulu masa kecik-kecik, seronok rasa bila tangan kuning macam tu. konon rasa macam cantik je. haha. lepastu bila dah besar sikit, jadi tak suka bila tangan kuning. sanggup pergi sental dengan clorox. haha. memang gila. tapi sekarang ni, tak kisah dah. nanti orang tengok tangan kuning, orang tau kita buat sate. boleh la orang datang tempah. heee..

hari ni proses mencucuk sudah. esok membakar pula. ^__^

Tuesday, September 20, 2011

inilah akibat menjadi penganggur

penganggur. perkataan itu sangat sesuai untuk aku. ataupun erti kata lain, satu jawatan yang sedang disandang oleh aku sekarang ini. eh, bukan setakan sekarang. tetapi dah sebulan lebih sebenarnya. siapa kata seronok jadi penganggur ni. tak seronok sangat pun.

bulan depan, aku akan menghadiri majlis konvokesyen. walaupun aku tak mampu konvo dengan pencapaian yang memuaskan, tapi aku puas sebab lulus. yeay. tak sia-sia 3 tahun aku belajar (lebih banyak bermain-main). tetapi, disebabkan jawatan penganggur yang aku pegang sekarang ni, aku tak dapat nak shopping pakaian yang nak aku pakai time konvo nanti. T__T

tak dapat beli baju, tak dapat juga beli kasut meletop macam dekat bawah ni. sedihh..


over betul konvo nak pakai kasut macam ni. sekali tergolek atas pentas, padan muka!! haha

p/s : wahai majikan-majikan sekalian, tak mahu kah mengambil aku bekerja? ^__^

lagi kisah kucing dilanggar mati

semalam boyfriend aku (pipie) baru beritahu aku yang kucing kesayangannya (merah) dah mati. merah mati akibat dilanggar kereta. sangat menyayat hati. ya. memang sangat sedih bila kehilangan orang, binatang mahupun benda yang kita sayangi.

berbalik kisah si merah tadi, merah telah dilanggar dihadapan rumah. melambung dan menggelupur sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. meraung ibu pipie yang melihat kejadian yang berlaku betul-betul di hahadapan matanya. yang lebih menyedihkan, adik kecil pipie masih tak dapat menerima kenyataan. menangis dan duduk di kubur merah menyuruh ayahnya menggali semula kubur merah.

diharap, kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hatilah semasa memandu. lebih-lebih lagi di kawasan perumahan ataupun perkampungan. sebab kita dah tau di kawasan-kawasan macam tu, mesti ada budak-budak atau kucing-kucing yang akan main depan rumah. aku memang tak sampai hati kalau nampak kucing mati dekat tengah jalan. sedih sangat tengok.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...