Saturday, September 22, 2012

ikan puyu bertabur atas jalan

morning semua. haaa... ni meh sini nak cerita. (eh, dah gaya macam nenek-nenek nak bercerita kat cucu-cucu pulak.).  sekarang ni kan musim hujan kan. malam-malam je hujan lebat sungguh. bangun pagi, tengok laman, banjir kot. hari ni cilok kereta abah bawak pergi kerja. istilah cilok digunakan, sebab tak mintak izin abah. haha. kereta aku keliling penuh air kot. aku sayang kasut wooo. takmo kena masuk air. -___-"


eh? mana cerita si ikan puyu? -___-"  cerita ikan puyu ni, cerita sabtu lepas. seeee. minggu lepas punya cerita aku simpan buat pekasam. (sedapnyaaaa ikan pekasam. lama betul tak makan.) tengah mak abah kemas laman yang banjir kat rumah tu. tetiba nampak ikan puyu melompat-lompat atas jalan. memula 3 ekor. gomok-gomok kooo. tak lama lepas tu ada sekor lagi. tak lama lagi, ada 3 ekor lagi. weee.. total 7 ekor semuanya.


haaa. ni yang last 3 ekor tu. gemoksss. siap ada telur lagi.


sebenarnya, kawasan rumah aku ni banyak parit. keliling ada parit. cuma keliling rumah aku ni parit kecik-kecik je la.. memang tak pernah ada ikan. air pun kadang-kadang tak ada dalam parit tu. tapi sebab hujan lebat masa tu, mungkin ikan dari parit besar dah terlepas. ikan puyu ni kan kalau melompat, perghh..tinggi jugak kot. tu bila dia masuk parit kecik, dia boleh melompat sampai atas jalan tu. rezeki kitorang dapat makan ikan puyu gemoks gemoks. 


pagi tadi banjir lagi laman kitorang. terjenguk jenguk jugak atas jalan. kot kot ada lagi ikan puyu terlepas. tapi malangnya, tak ada pulak. -___-"


p/s : ikan-ikan ni tak hanyir tau. sebab mak kata, ikan bendang ni memang tak hanyir. pernah beli kat kedai, perghhh.. hanyir gilosss.

Friday, September 21, 2012

simple bookmark untuk novel

 hey. buku dah siap balut la...baru la boleh baca. wink wink. 


 benda ni memang wajib tulis dekat setiap buku yang dah dibeli. nanti tahun tahun depan, tak lah lupa bila beli bukunya ni kan. ^___^


 see.. simple bookmark untuk 3 novel tu. kena letak bookmark. so, nanti bila orang baca, tak la kelepet sana kelepet sini buku tu. haha. aku memang sangat menjaga buku tau. sayang la kalau rosak kan. kita nak simpan buku tu berthaun tahun.


ready untuk di baca. tapi adat lah kan. nak start baca tu malas je. macam bosan je. tapi bila dah baca. tengok lah. kompem tak boleh berhenti. ^__^


p/s : kekenyangan air lai ci kang semangkuk besar ngadap sesorang. haha. kembong air dah ni.

Thursday, September 20, 2012

crepe paper


hari tu teman officemate cari cari barang-barang untuk majlis kahwin dia. sebab belah lelaki, katanya dia nak buat DIY je. yang aku ni pulak memang pantang bila masuk kedai jahit macam tu. kompem dan sah! mesti ada yang dirembat.


seee. walaupun just crepe paper. nak buat apa pun tak tahu. haha. ingatkan nak buat bunga yang macam bunga tisu tu. so, nantikan je lah ye jadi ke tak. haha.

beli novel sudah..^___^



3 buah novel berjaya dirembat dengan harga RM10 senaskah. weeeee.. suka nya dapat beli novel dengan harga yang murah. kebetulan kedai tu tengah jual murah beberapa novel lama. ehh.. tak kisah lah lama pun. yang penting, tak pernah baca lagi.


tapi sebab masa tu ada abah sekali. tak dapat lah nak berlama-lama pilih novel yang berkenan. maka, aci dan je lah ambik mana-mana pun. lama kang, tak pasal-pasal kena marah. -___-"


tak boleh baca lagi ni. kena balut siap-siap dulu, baru boleh baca. hahaha. baru la seronok nak baca, bila buku dah siap balut kemas-kemas kan. ^___^

Wednesday, September 19, 2012

header baru untuk azee



semalam tengah bosan tak ada kerja, buatkan lah si azee ni header baru. dah siap header, bukan dia nak masukkan sendiri. aku jugak yang kena letak dalam blog dia. heh!  dah alang-alang letak header, aku ubah warna blog dia ikut warna header. haha. suka hati jek.



p/s : anyone nak tempah header. just simple header sahaja. RM5 per header. emel ke anis_hana89@yahoo.com.my ye. ^__^

Tuesday, September 18, 2012

ice kiwi yang yummyyyy!!

ini cerita kurun ke berapa pun aku dah lupa. jumpa gambar dalam handphone. seriously dah lama giloss aku tak transfer gambar dari phone. hikhik. 



ni la ice kiwi nya. yummy sangat. ais kisar dia manis tau. lepas tu buah kiwi dia pun sesangat banyak. sampai tak larat nak habiskan. sebab buah kiwi tu bukan dekat atas tu je. sampai ke dasar mangkuk tu, dia letak buah kiwi tu. harga dia RM3.90. mungkin murah sebab dia pakai mangkuk polistrin je kot. haha. 




ni pilak ice strawberry. pon yummy jugak. yang bijik bulat-bulat tu apa ye? lupa laaa. sagu tak silap. sama macam ice kiwi tu, buah strawberry tu pun ada lagi kat dasar mangkuk tu. harga pon RM3.90 jugak.




copppp. ni seriously lupa apa nama dia. tapi atas tu ice cream. siap ada lapis cokelat lagi. bawah dia puding. aiskrim tu sedap. sebab siap salut coklat kan. tapi puding dia kureng. lagi pun memang aku tak suka makan puding. hihi. RM3.90 jugak kot. entah. lupa. kata dah berkurun lama dah kan. -___-"




sepinggan, kongsi 4 orang. heeee. ni sandwich cheese. sukaaaa. sedap sangat. rangup-rangup gitu. makan seketul pun dah kenyang. nasib kongsi 4 orang. ^___^  harga dalam RM8 tak silap. lupa lagi. -____-"


dah lama rasa tak buat entri makan-makan cenggini. ni makan dekat angel cafe, sungai besar. depan restoran sri kassim.

tuesday blues?

haaa.. selalu asyik monday blues je kan. hari ni hambekkkk. sedap cuti 3 hari. memang liat lah hari ni nak pergi kerja kan. siap bila dah lepas siap-siap nak pergi kerja, boleh landing lagi kat atas sofa. hahaha. giler ahhh pemalas.



p/s : busuk dah mati minggu lepas. tak tahu macam mana boleh mati. dia lemah, tak nak makan. lepas tu tau-tau dah mati. T___T




..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...