Friday, August 31, 2012

selamat hari lahir, cinta


 dah masuk 23 tahun dah ye. haahaa. dah tua.
suka betul dia jadi anak merdeka ye.
sebabnya?
semua orang cuti untuk birthday dia.
haha. perasan. =p


wishes : semoga panjang umur, semoga murah rezeki, semoga berjaya, ceria-ceria selalu dan semoga berbahagia. ^__^



p/s : untuk yang lain, selamat hari merdeka semua. ^__^

Thursday, August 30, 2012

lagi cerita tentang baraan raya

lepas buat entry tentang baraan sekampung tadi, ramai juga yang tak tahu tentang baraan ni ye. heee..meh sini nak bercerita lagi.


rumah aku ni dekat kampung pasir panjang, sekinchan selangor. kampung jawa lah katakan. ^__^  dari cerita abah, baraan ni memang dari dolu-dolu lagi. dari aku kecik-kecik pun ada dah. tapi jarang sangat dapat ikut. bila dah besar ni, dah duduk rumah sendiri, memang wajib kena ikut. nanti tak ada pulak wakil baraan perempuan dari rumah kitorang.


sekeping gambar sebelum mulakan baraan. ^__^

tujuan baraan ni cuma untuk datang beraya rumah orang kampung. rasanya, kalau tak ada baraan ni, tak terlarat nak beraya sekampung kan. mesti pergi rumah orang-orang terdekat je. 

dalam baraan ni, akan ada 3 kumpulan.  

kumpulan pertama, mualim depan. : kumpulan ni dalam 10 orang. mereka ni akan gerak dulu dari rumah ke rumah. tugas mereka adalah untuk menyusun cawan, menghidang apa pun hidangan yang tuan rumah masak.

kumpulan kedua, warga baraan : kumpulan ni la yang paling ramai. siapa je yang ikut, masuk dalam kumpulan ni termasuk aku. hihi. kumpulan ni, tukang makan je. haha. masuk rumah, selit selit cari port boleh duduk, makan. biasanya akan ada 1 ketua. ketua ni akan jumpa tuan rumah. wakilkan semua warga baraan, mintak maaf salah dan silap dari tuan rumah. (dalam bahasa jawa : peluputanku dingapuro seng akeh-akeh) lepas tu ada tukang baca doa makan. lepas tu ada tukang selawat. selawat sikt menandakan, dah kena bangun, keluar dah.

kumpulan ketiga, mualim belakang. : kumpulan ni dalam lebih kurang 10 orang juga. cuma bezanya, mualim ni akan geram lambat sedikit. kira gerak yang paling last lah ni. tugas mereka, kemas semula cawan pinggan mangkuk tu semua. copp. tak perlu sampai basuh pinggan cawan ye. cuma kemas cawan-cawan semua bawak ke dapur. ^__^


dari segi makanan, tak semua rumah sediakan makanan. ikut kemampuan. sediakan air dengan kuih raya pun dah memadai. makanan ringan pun tak apa. macam kentang goreng, keropok, buah-buah. singgah cuma 5 minit, agak agak la nak makan nasik kan. hehe. itu pun dah cukup membuncitkan perut tau. haha.


kenapa ramai yang join baraan ni? haaa..sebab semua generasi ada. dari budak kecik, budak sekolah, budak remaja, budak belia dan orang tua. kiranya, bila anak cucu cicit balik kampung, semua boleh ikut baraan ni. bila dari kecik dah ajak ikut baraan, maka sampai besar diorang akan rasa seronok dan teruja nak ikut lagi. sebab tu sentiasa ramai je yang ikut baraan ni dari tahun ke tahun.


penat? kompem lah penat. seriously penat sangat. aku hari tu pun curik-curik balik rumah kejap-kejap. siap balik awal lagi. haha. tak baik sebenarnya tau. tapi dah penat sangat. tak larat. -___-" 


ok, cukup kot cerita baraan ni. hehe. panjang sungguh ni. rajin tak korang baca semua? ^__^

raya lagi - baraan sekampung

setiap tahun, mesti akan ada baraan dekat kampung kitorang. raya kedua, baraan lelaki. raya ketiga pulak, baraan perempuan. seeloknya, setiap rumah, kena lah ada wakil yang ikut baraan tu. kalau rumah tu tak ada wakil, maka rumah tu kompem tak akan di singgah. tapi ada jugak yang ikut baraan, tapi tak nak rumah diorang disinggah.


baraan ni mula pukul 8.30 pagi. habis pulak pukul 7.00 petang. haaa..lama tak lama. penat weyh. bayangkan lebih kurang 100 bijik rumah. pergi dengan perut selim melim. balik dengan perut ke depan. haha. -___-" satu rumah tu singgah tak lama pun. dalam 5 minit macam tu je.


jom nak share antara gambar baraan lelaki. gambar baraan perempuan tak ada gambar. tak rajin dah penat penat, nak ambik gambar. baraan lelaki ni, adik bujang aku yang sibuk ambik gambar.


 warga baraan tengah berpusu-pusu masuk rumah aku.
tak muat wehh..kena ada yang berdiri. -__-"
menu kitorang hari tu, wedges goreng.


 mercun cina dibakar menandakan baraan dah sampai rumah.
copp..rumah tertentu je yang bakar mercun ni.
antaranya, rumah aku, rumah nenek aku dengan rumah pakcik aku.
ehh..kenapa semua family kitorang? -__-"


 berpusu pusu orang naik motor.


 berpusu-pusu orang naik rumah orang.


berpusu pusu lagi orang keluar rumah.


fakta baraan 1 : tiap tahun, makin banyak rumah bagi duit raya dekat bebudak. sebab tu hari tu aku angkut tika ikut baraan sekali. kutip duit raya. haha. dan tu buatkan makin ramai bebudak ikut baraan.

fakta baraan 2 : baraan perempuan selalu lambat. kalau lelaki, sharp 8.30 dah jalan. kalau perempuan? 9.30 tu baru jalan. -__-"  kalau lelaki, singgah 1 rumah tak sampai 5 minit. kalau perempuan, 5 minit tu kompem.

Wednesday, August 29, 2012

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


tarikh tutup : 31 ogos 2012 : 12.00 tengah malam


baik lah konon!


aceceh...baiknya lah mamat dengan momot ni duduk diam-diam kan. sejuk tengok mata bujang berdua ni duduk sopan macam ni. 


tapi, kompem tu hanya lakonan semata-mata. jangan ingat bujang berdua ni boleh duduk sopan depan tikar macam tu. tidak sama sekali.!! sebab bujang berdua ni sangat suka mencakar tikar. sampai menimbulkan kemurkaan mem besar rumah. (mak aku ler tu)


mau tak nya, habis rosak tikar-tikar tu dikerjakan dengan bujang dua ekor ni. huh! 


gadis motor yang sopan


ni lah tika dengan motor kesayangan dia.
sopan tak siap berbaju kurung.
balik kampung siap bawak motor lagi.
gigih tak gigih mommy daddy dia sumbat motor dalam kereta.


tapi masalahnya, budak ni bukan pandai naik motor ni sendiri pun.
kaki pendek. tak sampai lagi. haha.
bila dia dengar je bunyi motor tu, laju je merangkak pergi dekat motor tu.
lepas tu dia sorong je lah motor tu ke mana-mana.


untung lah kau tika..
baru 10 bulan dah ada motor sendiri.
copp, dia dah ada motor tu sejak umur dia 5 bulan tak silap.
tu lah untungnya cucu sulung. ^__^


tika with her mommy.
ahhh..aku geram tengok mulut budak debab nih.
nasib baik dia dah balik PD.

Tuesday, August 28, 2012

akhirnya segar jugak mata ni

dari pagi tadi mata layu je. mengantuk je rasa. lagi-lagi cuaca yang dah memang redup. dalam office dah memang macam peti sejuk beku. bos panggil tadi pun, sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. haha. gila tak ada mood.


dan tadi, tepat 12.30 tengah hari, laju-laju tutup lampu bilik, baring sorok-sorok sikit dekat meja. terus zzzzzzzzzzz. lena wehhh tidur. siap mimpi lagi. paling best, mimpi makan bihun goreng. bangun tidur, baru sedar yang aku lapar gilossss. pagi tadi breakfast ala kadar je. -___-"


sebab bangun je dah habis waktu lunch hour, ko tunggu je lah pukul 5 nanti. makan time balik nanti je lah jawapnya. -___-"


agaknya mak masak apa ye petang ni. ^___^

lagu patriotik ambil alih radio

disebabkan merdeka dah nak dekat, maka dekat radio pun dah banyak lagu patriotik. ^__^ best apa lagu-lagu patriotik tu semua. haaakuu sukaaa sangat.


kalau masa sekolah dulu, mesti ada pertandingan lagu patriotik antara homeroom. seronoknya...rindu pulak rasa.


apa pun, yang penting hari jumaat ni, CUTIIII.. sambung beraya lagi? maybe! haha.



Monday, August 27, 2012

jamban p ramlee



hihi. siapa lah yang sibuk search pasal jamban p ramlee.
mungkin cari jamban yang kena pangkah merah tu kot.
^__^

tiada istilah diet

mula-mula tadi, ingat malas nak lunch. tapi bila dah ada yang ajak, harusss kau laju je pergi. tetiba je pulak terasa lapar. -___-"  pusing punya pusing, banyak kedai makan still tutup. raya belum habis mungkin. jadi, alternatifnya, ke KFC lah kita ye. 


orang yang konon-konon tak nak lunch tadi, berjaya habiskan set green curry dengan licin dan jayanya. gila melantak. -___-" siap tambah side dishes lagi. -____-" eh, tapi green curry tu tak ada lah hijau sangat macam dalam gambar tu. rasa macam gulai biasa tu je. boleh la. tak ada lah tak sedap pun.


sebab gambar banyak, maka nak tempek je dekat setiap entry.
haha. sila jangan muak ye. please...^__^


p/s : alamak, ASTRO dah call suruh buat bill payment. serious lupa. -____-"


sesi bermaafan di pagi raya



pagi raya mesti ada sesi bermaaf maafan kan. kalau macam aku, bermaaf maafan dekat rumah sendiri dulu. lepas tu baru jalan pergi rumah nenek. bermaafan dengan nenek dan pakcik makcik, sedara mara yang lain pulak.


tapi..... selalunya suasana bermaafan ni mesti havoc! sebab selalunya lebih kepada sesi mintak duit raya. haha. $___$.  abah pulak, jenis yang suka buat surprise bila nak bagi duit raya. memang ada je gimik yang nak mengenakan kitorang. tapi tahun ni aku terkecuali dah. tak ada dah duit raya. -___-" bila dah terkena dengan abah, kompem la suasana jadi super duper riuh rendah. walaupun dalam rumah cuma 5 orang je. -___-"



..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...