Friday, January 20, 2012

berpusu-pusu orang pulang ke kampung

mesti ramai orang excited nak balik kampung hari ni kan.
cuti raya cina sampai selasa tu.
yang dapat cuti lebih untung la.
yang dapat ang paw tu lagi berganda-ganda untungnya.


disebabkan memang aku duduk kampung je,
tak payah susah-susah nak balik kampung.
tak ada mak abah nak tepon.
"anis bila nak balik?"
"nak balik pukul berapa?"


yang penting, aku ikut serta mak dan abah menunggu kepulangan adik beradik yang lain.
tak sabar nak memeriahkan lagi suasana rumah.
untung-untung boleh makan besar jugak.
^__^


kepada yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya.
yang naik kenderaan awam,
suruh driver tu bawak hati-hati tau.


 jom memandu dengan selamat

bergaya dengan sandal yang ringkas dan santai

selapas sekian lama jatuh cinta dengan kasut flat,
high heels dengan sandal memang dah lama dilupakan.


tapi tiba-tiba pulak teringin nak pakai sandal semula.






terasa pelik pulak kaki terbukak je macam tu.
boleh la setakat nak pergi jalan-jalan ke pasar malam.

yang penting kasut flat jugak yang menjadi pilihan hati.
selesa dan kemas sebab kaki tertutup je.
^_^

produk skinz infinite

setelah sekian lama tak pakai krim wajah mahupun pelembap wajah.
memang hati meronta-ronta nak cari pelembap wajah.
(rasa skema pula bila sebut wajah)



berhari-hari jugak lah pergi kedai.
masuk kedai, tengok-tengok produk yang ada.
lepas tu keluar kedai tak beli apa-apa. =__=


akhirnya, pencarian berakhir juga.
akibat terpengaruh dengan salesgirl billion tu.
maka belilah krim muka skinz infinite ni..



beli trial pack sudah.
kata nak cuba dulu kan.
^_^

Thursday, January 19, 2012

jangan ketinggalan memakai skirt untuk kelihatan lebih ayu


terasa ladies sangat bila pakai skirt.
patut pakai tudung merah supaya lebih meriah.
tapi sebab nak potong rambut, kena cari tudung ekspress yang mudah buka dan sarung.
tapi jadi kurang ayu bila posing dengan motor.
serius tu je port dalam rumah yang tak berapa gelap.


(skirt itu buatan mak saya)
terima kasih mak.
^__^

hrithik roshan handsome wehhh..

sumber : beautifulnara


alahai. handsome lah dia.
cuma, butang baju tu kena lah tutup sikit.
mesti lagi smart.


yang penting dia handsome.
haha. serious ini entri tak de kerja namanya.

desktop pilihanku bersama PM




meh sini nak tunjuk desktop pc aku kat office.



see..hitam legam.
sejak mula kerja, inilah wallpapernya.
pernah tukar.
tapi lepas 2 atau 3 hari, jadi hitam balik.
apa ntah masalahnya.
malas nak godek-godek.
kang rosak, naya je.
sebab tu la sentiasa setia dengan wallpaper ni. 
^__^

Wednesday, January 18, 2012

kucing yang tidak pandai beranak

akhirnya, kucingku yang masih menyusu dengan ibunya walaupun bunting, telah selamat melahirkan cahaya mata-cahaya matanya.
seronok sangat ada baby kucing.
boleh buat cubit-cubit.
^__^


tapi, comel ada masalah nak beranak malam tadi.
bontotnya sudah basah-basah.
dan ada air-air keluar juga.
tapi comel tetap jalan-jalan ikut maknya.


puas letak comel dalam kotak.
tapi dia keluar jugak.
last sekali, biar comel dekat beranda.
kunci pintu dan tutup semua lampu bagi gelap.


nasib baik emak comel sangat baik.
dia teman comel beranak sampai habis tau.
tapi, bila dah siap beranak, comel ikut mak dia keluar jalan-jalan.
=__=

kucing ini comel sangat


anak-anak kucing ni sangat comel kannnnnn.
suka sangat..
tapi sayang bukan kepunyaanku.
T__T

putih itu suci, tapi kesuciannya susah dijaga

putih itu suci.
putih itu pun bersih.
tapi siapa kata senang menjaga barang bewarna putih.?


tapi kenapa aku harus membeli handphone bewarna putih.
tak pasal-pasal kena berhati-hati dalam setiap perkara.
tak mahu handphone kotor.
kalau baju boleh rendam dalam clorox.
kalau handphone?

Tuesday, January 17, 2012

nak flat shoes cantik dan murah

sekarang ni stok flat shoes dekat rumah dah nak habis.
dah ada yang dah rosak.


sekarang menggagau tak tahu nak beli dekat mana.
selama ni dok beli kat times square.
sebab cantik dan murah.
tahan pun tahan.
dan selesa juga.



lunch bersama snickers

lunch harini cuma makan snickers je lah.
malas mahu keluar pergi beli makanan.


sebenarnya, aku bukannya penggemar coklat sangat.
setahun boleh kira dengan jari berapa kali aku beli coklat ni.
kalau beli pun mesti yang ada kekacang atau apa-apa je lah.
yang penting bukan coklat semata-mata.
tapi kalau ais krim tu, ais krim coklat je yang tekak ni boleh terima. =__=


tapi...boleh kenyang ke? T__T

tak habis-habis beli barang online



  



 kalau dah sampai pos laju macam ni, 
maksudnya ada la tu barang yang dah di beli. =__=



ini sauna pants. 
adik aku yang beli.



ini pulak masker kepunyaanku.
teringin pulak nak pakai masker kan. 
sekeping baru singgit setengah je.


destinasi pilihan untuk shopping online haruslah...

Monday, January 16, 2012

tekak bersederhana bila teringin makan mi segera

setelah tekak teringin makan benda yang mahal seperti steamboat dan mc donald,
tekak ni mula menunjukkan perubahan selera.
tekak cuba menjadi tekak yang besederhana bila teringin nak makan mi segera.


setiap kali tengok cerita korea,
mesti teringin makan mi segera.
yang kuah banyak-banyak.
yang panas-panas.


kong ah jung menikmati mi segera dalam filem lie to me


hari dah petang. sila beriadah.

kalau masa kecik-kecik dulu, lepas asar je mesti kena keluar rumah.
harus beriadah tau.
kalau tak kena marah dengan abah.
semua orang termasuk emak pun kena riadah.


time ni kitorang main je lah apa-apa yang abah ajak main.
macam badminton, kasut gergasi, baling selipar, sorok bola, and macam-macam lagi lah.
seronok sangat.
abah cakap..

"KALAU MAIN, JANGAN MAIN-MAIN. KENA MAIN BETUL-BETUL."

maka kitorang adik beradik akan beriadah betul-betul.
tapi bila dah besar, dah xde nak beriadah.
tapi tetap ikut abah jalan naik motor ronda kampung.
^___^




ayahku garang tapi mesra. ^_^

jeles tengok orang ada voucher buku

weekend lepas aku dah mengepaw voucher buku adik perempuan aku.
suruh dia beli novel 2 bijik.
seronok jadi akak macam ni.
haha.
so, lepas ni nak paw voucher buku adik lelaki pulak.
lepas tu nak paw voucher buku teman lelaki pulak.
hahaha.


inilah akibat bila jeles sebab dah habis belajar.
T___T

Sunday, January 15, 2012

mee siput yang sedap khas dari johor

dah sekian lama asyik teringat mee siput
dulu selalu makan masa sekolah dekat batu pahat.
sejak habis sekolah tahun 2006, langsung dah tak merasa.


setelah membodek-bodek ex classmate time sekolah dulu,
akhirnya berjaya jugak menikmati mee siput.
sungguh baik rakanku itu yang duduk dekat yong peng.
sanggup membelikan dan mengepos mee siput.



siap beserta surat "cinta" lagi.
coppp..haiipp..mana datang pulak baby yang meleleh air liur tu.. =__=


ini la rupanya mee siput tu..



ini pulak lepas digoreng.
sedap wehhh..cicah ngan sambal kicap yang pedas.
dah nak habis, baru teringat nak snap gambar. ^__^

tapi lagi sedap kalau dapat makan dengan sambal merah makcik @star yang menjual time sekolah dulu. T__T

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...