Thursday, October 28, 2010

cara study

sebab sekarang ni dah nak exam, meh nak bagi cara-cara nak study dengan berkesan:
  1. baca semua nota. jangan nak skip-skip.
  2. jangan pilih-pilih tajuk mana yang konon-kononnya masuk.
  3. jangan hafal. tapi pahamkan.
  4. yang penting. belajar dengan niat nak tambah ilmu. bukan sebab nak jawab exam.
sumber ni dapat dari lecturer tadi, kat kelas.. yang kat atas tu semua tu aku buat sebelum ni. tapi semua berlawanan dari yang atas..^_^



telur-telur comel

nak tengok telur-telur yang comel tak? kalau nak, jom klik sini..

note : sangat penat.. tak larat nak manaip..

Wednesday, October 27, 2010

aku wanita bekerjaya

professional practice. subjek yang aku paling takut. sebab nya? lecturer dia suka tanya-tanya. tak suka.. sebab aku tak tau nak jawab apa.. nama pun professional practice. mesti lah nak mengajar kita jadi professional. kita punya soft skills. cara nak bercakap. cara nak yankinkan orang lain. wah. memang lemah giler aku bab tu. tak reti lah nak bercakap-cakap ni.


mungkin aku akan jadi wanita bekerjaya macam ni.
(gambar hiasan, tidaklah mahu pakai betul-betul begitu)

untuk subjek ni, kena belajar cara buat tender document untuk projek. sampailah nak guna procurement apa untuk sesuatu projek tu. cara nak analisis tender-tender. cara nak pilih kontraktor yang layak dapat tender tu. yang penting, semuanya kena baca!! ouh. lemah.

presentation esok sangatlah menakutkan. tak ready apa-apa pun. sumpah cuak. macam nak ponteng je esok.. haha.

apesal tak tenang ni..


haish.. hati rasa tak tenang je. macam ada yang tak kena. and kuat cakap mesti ada something. kalau dah lama sangat kenal, mustahil tak nampak walau ada sikit pun perubahan. yes i know. he has a problem. nak bertanya. tapi takut memaksa pulak. aku tak suka nak memaksa. biarlah dia bercerita sendiri. lebih tenang kalau macam tu.

aku pun tak nak meneka-neka apa masalahnya. takut tersalah teka, lain jadinya. apa yang boleh aku buat, semoga kehidupannya sentiasa diberkati. and semoga segala masalah yang dia hadapi dapat ditangani. kalau dah sayang, sape yang tak risau kan..yang penting, harap sangat dia tak ada masalah. dah nak exam ni. aku xnak study dia pulak yang terjejas.

Tuesday, October 26, 2010

notes for hafifi firdaus


we have been together
3 years, 3 months, 3 weeks and 3 days

cantik pulak nombor-nombor tu.. ^_^ so, maaf. entry malam ni sedikit jiwang. sikit je. tak la jiwang sangat pun. cuma nak buat note sikit je untuk en pipie.

dear fifie,

thanks for the happiness ye.. seriously, i'm so happy. i'm so sorry for every mistake i had done. dah la jauh.. so i misss u sooo muchhh..

lots of love,,,
~anis~





thanx ardini humaira ^_^

pagi-pagi tadi dah terjah blog dni. sebab dni nak umumkan give away kecantikan dia. sangat terkejut okey bila aku bertuah. haha. lama tak kena lucky draw ni. thanx a lot dni.. lain kali buat lah lagi give away. boleh join lagi.. heeee...

ni lah dia hadiah yang dni tawarkan. sekotak masker.. lama tak pakai masker ni.. ^_^

Monday, October 25, 2010

period pain

period pain atau erti kata lain senggugut. semua benda jadi terbantut sebab period pain.. tak larat nak buat apa-apa. katil je lah jadi peneman setia. sangat rindukan mak. sebab selalu kalau sakit, mak mesti jaga. bila jauh, rasa sunyi sangat. terpaksa tanggung sendiri. urut sendiri.

berselubung je lah macam ni

i am a cat lover

yes.. i am a cat lover. tersangat-sangat sukakan kucing. pantang nampak kucing. walaupun kucing tu kotor or terbuang, tetap tak ada perasaan x suka. kesian tengok kucing-kucing terbuang. tapi tak dapat nak ambik. sebab belum ada rumah sendiri. takkan nak longgok umah mak. kesian mak pulak yang kena jaga. cukuplah kucing-kucing yang dah ada kat rumah tu.

kenapa aku suka kucing?
  1. sebab kucing comel sangat
  2. kucing boleh buat kawan bila sunyi-sunyi
  3. gelagat kucing menghiburkan sangat
aku pun tah tau kenapa aku suka kucing. yang aku tau, aku sangat sukakan kucing. (ayat pening) kalau tiap-tiap hari aku duduk dengan kucing, mesti blog aku penuh dengan cerita kucing. ^_^

mish my kenit sooooo much!!!




Sunday, October 24, 2010

ciri-ciri juruukur bahan

tengah aku sibuk-sibuk cari bahan untuk thesis, terjumpa pulak tentang juruukur bahan. so, sebagai bakal juruukur bahan, haruslah aku mebaca ( sepintas lalu sudah..=p) baca and baca, aku jupa bahagian ni.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati profesion ini

(ii) Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan statistik

(iii) Mahir menggunakan komputer

(iv) Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa

(v) Boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan

serious, antara lima-lima ciri tu, tak ada 1 pun dekat aku. so, macam mana? harus and wajibkah aku jadi seorang juruukur bahan nanti?

tergamak bakar suami

tadi sempat jugak baca metro online. tertarik berita Tergamak bakar suami. bila baca, rupanya si isteri menghidap penyakit mental. kita pun tak boleh nak salahkan orang yang sakit mental. dia pun tak mampu nak berfikir dengan waras. kesian jugak dengan orang macam ni. nasib baik suami dia selamat.

bila baca cerita pasal pesakit mental ni, aku teringat waktu duduk dekat perak dulu. depan rumah aku ada pesakit mental. duduk sorang sebab dia dah halau family dia. tapi family dia tetap duduk dekat-dekat situ je. sebab risau kat si pesakit ni. ikut cerita yang aku dengar, si pesakit ni mula sakit mental lepas ayah dia meninggal. kebetulan dia ditinggalkan tunang. kalau tengok si pesakit ni, nampak normal saja. berpakaian elok macam orang lain.

tapi ada lah kejadian yang pelik-pelik jadi. pernah tengok polis tahan si pesakit ni. kesian tengok. dia menjerit-jerit cakap dia tak gila. sekarang aku tak tahu apa kisah si pesakit ni. sebab da berapa tahun aku pindah rumah.



haruslah kita kena kawal diri bila stress. takut juga merosakkan diri.

ahad = bosan

ahad + cuti + dalam bilik = bosan

untuk orang-orang yang kuat jalan memang x boleh duduk bilik je. mesti bosan. tapi nak buat macam mana, nak keluar kena ada duit. tak ada duit, tak boleh la keluar. konon study. study 1 page, cerita korea 1 episod.

ni tengah tunggu budak pipie ni. mana tak mesej-mesej ni. dari tadi makan tak kan tak siap-siap lagi. tak bawak phone ke.. hurmm.. miss him a lot..

lucky train

dulu aku addicted betul dengan game kat facebook. macam-macam game aku main. kalau boleh, semua game nak try. kalau nak tau games favourite aku, boleh la klik sini. sanggup set jam semata-mata nak harvest pokok-pokok. berapa kali kena marah dengan pipie sebab asyik game je. assignment semua tak siap. huhu.

tapi dah lama aku stop main games tu semua. malas dah rasa. sebab dulu laptop aku lembap giler. main game asyik tersekat sekat je. bosan. last-last aku biar je game tu semua terbengkalai.

aku ingat memang aku boleh stop main game dah. entah macam mana boleh pulak ter'try' main game lucky train ni. best pulak. tak payah loading lama. tak payah nak save-save. senang pulak tu. so, jadi la game fovourite aku sekarang ni.. haha..


jom lah try main kat facebook.. ^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...