Friday, February 6, 2015

review : snow bear slim beauty LCD electric breastpump

Aku dah mula start survey breastpump dari pregnant 6 bulan lagi. Sebab terasa breastpump ni sangat penting bagi ibu-ibu yang bekerja. Confirm lah nak anak menyusu badan kan.

Almaklumlah, bajet tak banyak. Memang peruntukkan RM300 je untuk breastpump ni. Target nak beli yang elektrik. Tak kuasa nak pakai manual. Lenguh tangan nanti. heeee.

Survey dan survey, jumpa snow bear slim beauty LCD electric breastpump. Dalam bajet pulak tu. RM299.

 

Inilah rupa breastpump tu. Aku beli waktu expo mom and baby dekat Mid Valley. RM299 dapat free cooler bag, 4 botol storage, 2 reusable icepack.

Sebenarnya kalau survey online boleh dapat harga tu, dengan freegift lebih lagi. Siap ada yang bagi powerbank lagi. Tapi sebab aku dah sampai dekat expo tu, penat bersesak-sesak. Muka suami dah masam mencuka. Maka haruslah beli jugak kan. Kalau tak sia-sia datang dengan perut besar gedabak, kaki bengkak-bengkak, tapi tak beli hapeee.. Mau hangin suami nanti. Hihi.


Ni hasil penggunaan di office. Alhamdulillah. Rezeki husna. Sekali pam boleh dapat 2 botol. 

Bagi aku, pam ni berbaloi beli. Harga murah berbanding pam pam lain. Tak sakit pun. Aku buang silikon dekat corong tu sebab bunyi susu melekat-lekat kat corong silikon tu bising. crot crot crot bunyinya. 

Mula-mula beli, bunyi senyap ya amat. bunyi vibrate je la. Tapi dah 2 bulan guna, rasa bunyi vibrate tu macam kuat sikit. Sekali pam dengan officemate. Dia guna pam madela freestyle tu. Rupanya bunyi pam ni jauh lagi senyap. Dia pun puji kesenyapan pam ni. Tapi guna pam ni penat sikit la. sebab single. jenuh pam sebelah sebelah.

Untungnya beli pam yang ada skrin lcd ni, kita boleh tengok berapa minit kita pam susu. Dulu waktu mula-mula pakai, tak pandang pun skrin tu. Lama jugak pam, dapat la 2oz. Paling banyak pun 3oz untuk dua belah.

Lepas google, jumpa teknik power pumping untuk menggalakkan pengeluaran susu. Caranya:

  1. 20 minit pam belah kanan
  2. 20 minit pam belah kiri
  3. 10 minit pam kanan
  4. 10 minit pam kiri
  5. jangan risau pam keluar angin je. Biar je. Tengok hasilnya nanti
 Seriously aku dah cuba teknik ni. Cuma aku buat 10 minit, 10 minit. Sebab dulu puting tengah luka. Pedih. Dan hasilnya, aku dah boleh dapat sebotol penuh untuk 1 sesi. Dan lama-lama dah boleh dapat paling 8 hingga 10 oz 1 sesi. Dan itu gunanya skrin tadi. Boleh tengok masa.

Alhamdulillah. bagi sesiapa yang nak cuba pam elektrik dengan bajet yang rendah, boleh cuba pam ni. Kalau ada bajet lebih, boleh cuba jenama lain. Tepuk dada, tanya selera.

Thursday, February 5, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Siapa suka online shopping? Meh join contest nile.com.my meh.

Diorang akan pilih 5 orang pemenang bertuah tau. RM150 tuuuuuu. Bukan sikit.
http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
 boleh la kelik kelik banner atas ni untuk info lanjut

kalau nak tahu cara join, boleh klik SINI.



Kalau dapat RM150 tu, aku nak beli produk-produk ni..

http://cdn.nile.com.my/images/12093/dp67957.JPG 

boleh la letak sarung tangan dengan sarung kaki husna yang berlambak tu

http://www.nile.com.my/images/13459/52881cr.jpg 


 
http://www.nile.com.my/images/12555/77431agn.jpg 

http://www.nile.com.my/images/12500/0.4.jpg 

http://www.nile.com.my/images/11866/21531.jpg 

http://www.nile.com.my/images/10650/3974.jpg 

Jadi.. jumlah semua

RM7.40 + RM31.90 + RM28.50 + RM30.90 + RM33.70 + RM16.90 = RM149.30


Nanti kalau nak check result, di SINI.

Wednesday, February 4, 2015

beli playgym murah

Dalam beberapa hari lepas, aku sibuk usha playgym untuk husna. Kebanyakannya agak mahal. RM100 ke atas. Tak berbaloi rasanya nak beli mahal-mahal, last sekali guna sekejap je.

Tapi sebab aku tengok husna dah mula excited nak main, aku nak jugak beli. Disebabkan sebelum ni aku yang uruskan pembelian hadiah untuk staff-staff yang berkahwin dan dapat baby. Jadi... Aku beli sendiri hadiah untuk diri sendir. Bijak tak? ^__^

Dan.. Hasil survey berpuluh-puluh online shop, aku jumpa juga yang murah.

http://i0.wp.com/babyneeds-cheras.com/wp-content/uploads/2014/04/sdq3314_l.jpg?fit=400%2C400 
Comelll kan.. Tapi malam tu orang kedai tu whatss app, kata stok ni dah habis. Sedihh,. Dia bagi gambar-gambar corak lain.





Aku pilih corak kucing ni. Comel juga tapi comel lagi gajah tadi. 

Harga? RM71.91 sahaja. 

Beli dekat Baby Needs... Kalau register jadi member, akan dapat 300 points on the spot. Macam hari tu first purchase dah boleh claim points tu. Dapat less RM4.50. Dua hari je dah sampai depan meja office. 




Husna dah selamat rasmi. Excited kemain dia. Oooppsss! Gambar seksi. 

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...