Saturday, December 31, 2011

jom buat teka silang kata jom


teka silang kata memang menjadi kegilaanku dari dulu sampai sekarang.
kalau dalam paper metro, mesti berebut-rebut nak buat teka silang kata.
sekarang, dah ada buku, buat lah kau puas-puas. 
sampai tak leh jawab sebab susah sangat.
haha.

rahsia kesegaran sepanjang hari?

bangun pagi.
mandi pagi.

badan segar.
badan bersemangat.

so, amalkan bangaun pagi.
dan mandi pagi.
^__^

sukaneka bersama family memang best!!

seronok wehhh ada acara family macam ni.
dari nenek, anak, cucu, cicit.
semua ada.
dah la memang mulut semua kepoh-kepoh.
memang riuh tak ingat dah.
jom layan gambar jom..



apa ntah yang sibuk sangat tu..

ini acara bowling kelapa. aku fail. sumpah malu wehhh..

pemandangan dari jendela. acehhh..jendela. memang suasana kampung betul..

upacara penyampaian hadiah. ni hamper untuk tarik tali.

ni sebahagian ahli keluarga yang hadir memeriahkan suasana. ni baru separuh ni..

ni acara mewarna. 
(nampak ngat malas susun gambar. dah penyampaian hadiah, tiba-tiba aktiviti sukaneka lagi. )


ni acara pancing botol.
ni makcik aku yang sulung.
memang sempoi lah sukan pakai kain batik. ^__^


see.. siap ada bendera-bendera segi tiga tu lagi.
siap buat track lagi.
baru la meriahh..

sebenarnya banyak lagi acara lain. cuma tak tertangkap gambar je.
dok sibuk terjerit-jerit.

Friday, December 30, 2011

pertandingan mari mewarna sangat bestt!!

ahad lepas family kitorang buat family day.
kitorang buat sukaneka.


so, untuk kanak-kanak, haruslah ada pertandingan mewarna kan..
gambar yang aku sediakan untuk mereka adalah gambar ini..






aku saje pilih angry birds sebab budak-budak kecik sekarang ni dok gila angry birds. 



bawah ni pulak gambar mereka yang tengah khusyuk mewarna.




siap baring-baring lagi diorang ni..



ini anak sepupu aku.
nama dia sofia.
umur 2 tahun.
dia yang paling semangat mewarna. walaupun comot giler. haha

ombak rindu full movie dekat youtube dah diremove


ehhhh..dah kena remove?
aku baru je selesai tengok tadi.
hihi..
sempat jugak download tu. ^__^
tak sia-sia loading awal-awal pagi.

jalan sikit dah tak larat., maksudnya dah meningkat usia ke?

kalau zaman belajar dulu, aku memang champion lah bab berjalan.
hari-hari jalan naik bukit pergi fakulti.
tambah lagi kalau kena naik tangga sampai tingkat 4.

kalau keluar apatah lagi kan.
pusing mid valley berkali-kali pun relax je.
jalan masjid india memang tak ingat apa dah.

tapi..itu dulu.
sekarang?
pergi kerja naik kereta park betul-betul depan office.
nak beli topup?
parking betul-betul depan kedai topup.
beli makanan?
parking betul-betul depan kedai makan.
macam tu jugak la kalau nak beli barang lain.
balik rumah?
parking betul-betul depan beranda.
agaknya kalau boleh bawak masuk kereta dalam beranda, aku dah buat kot. haha.

kesimpulannya sekarang, aku dah kurang berjalan.
maksudnya, peluh memang takkan keluar.
jalan sikit pun dah tak larat. dah malas.
macam mana nak jaga kesihatan ni. =__=

tak suka ending tentang dhia!!!

kenapa mesti ending tentang dhia, hero and heroin kena mati?
apa pulak balasan yang Kusalmi tu dapat?
dia yang paling jahat.
sepatutnya dia yang dapat balasan.
and sepatutnya dhia and zikir hidup bahagia lepas derita yang diorang lalui.

haha. aku memang berlagak director.
aku tak suka sad ending..
lepas tu banyak sangat kematian.
atok azmi, ayah raffi, mak melly, ayah dhia, mak dhia, nenek azmi, pak cik kedai kopi, dhia, zikir.
setiap orang ada citarasa sendiri kan..
yang suka, mungkin suka.
yang tak suka, macam aku la. hihi.

jangan marah ye peminat tentang dhia..:)

kenderaan berat, sila ikut kiri ok!!!


cuba tengok. lori besar gedabak macam ni suka duduk kat lorong kanan.
orang lain nak potong pun tak boleh.
kenalah potong guna lorong kiri.

tak suka betul lori atau pun bas yang macam ni.
jalan ni memang banyak sangat bas dan lori-lori yang laju bagai tak ingat.
benciiiiiiii..
aku takut tau...

Thursday, December 29, 2011

tidur meniarap memang best bila hidung tersumbat


kalau hidung tersumbat, mesti tak selelsa kan bila nak tidur.
letak bantal tinggi-tinggi.
tapi kadang-kadang tetap tak selesa jugak.


so, pilihan lain adalah dengan tidur meniarap.





masa tika selsema and demam hari tu, aku selalu meniarapkan dia.
sebab dia akan tidur lama bila macam ni.
tapi make sure dia boleh bernafas tau..
and jangan sesekali tinggalkan dia macam tu.
harus pantau setiap masa.

Nama-nama yang sering diganggu Jin




nampaknya, memilih nama tu sangat penting.
memang ni jadi satu panduan untuk kita semua.

kenduri cukur jambul dan akikah

sabtu lepas rumah aku buat kenduri akikah dan cukur jambul anak buah aku hana mustika..
ramai orang tegur, baby dah besar.
sebenarnya baby baru umor 2 bulan setengah.
tapi badannya yang debab nampak macam dia dah 4 bulan. =__=




ini sebahagian daripada berkat (jajan untuk tetamu)

untung ada sepupu cilik-cilik yang rajin macam ni..
3 abdul yang rajin membantu. ^__^



nota anis : gambar tika tak ada la. sebab kitorang buat majlis yang simle. tak ada buai-buai pulak. huhu

Wednesday, December 28, 2011

demam sampai kena masuk wad

dah lama anak sedara aku, tika demam.
dah seminggu..
kesian dia..
batuk tak henti-henti..


kesiannya anak sedara mak ngah ni ye..


disebabkan batuk yang teruk, tika dah dimasukkan ke dalam wad.
dah 2 malam dia kat sana..
doktor nak keluarkan kahak dia..
lagipun kuman dah berjangkit dekat paru-paru dia..



tikka kena pakai oksigen sebab nafas dia dah semput..
nak cucuk ambik darah pun payah sebab tangan dia debab..tak jumpa urat..

semoga tika cepat sihat..tak sabar nak main dengan dia lagi..

Tuesday, December 27, 2011

buat kalendar 2012 guna gimp

sebelum aku pergi jumpa pipie hari tu, aku berhajat nak hadiahkan dia kalendar 2012 yang debuat oleh aku sendiri.
aku memang suka bagi benda yang aku buat sendiri.

tapi itu semua hanya KONON-KONON semata-mata.
hajat aku tu dah sama macam hangat-hangat tahi ayam. =__=

disebabkan kesibukan aku yang tak lah berapa melampau, aku sempat buat sampai bulan APRIL je.. T__T
tak tercapai hajat aku nak hadiahkan beliau kalendar tersebut..



ni lah muka depan kalendar tu..
tunggu lah kalendar 2013 pulak..haha

kedai makan yang hampeh

apa perasaannya kalau pergi kedai makan, and berhadapan dengan situasi begini :


  1. order lambat sampai walaupun tak berapa ramai orang.
  2. order air kurang manis tapi dapat yang manis betul.
  3. mintak limau kasturi tapi muka pelayan blurr sebab tak faham limau kasturi tu apa. =__=
  4. ada rambut dekat pinggan nasik and bila tunjuk dekat pelayan, dia cuma buang rambut tu tanpa tukarkan nasi and tanpa kata MAAF.
  5. dah dapat semua makanan tapi tomyam tak dapat-dapat. tunggu punya tunggu, rupanya lupa nak masak.  lagi sekali, tanpa kata MAAF. siap nak marah bila cakap cancel je tomyam tu.

memang aku tak nak dah pergi kedai tu..banyak sangat silapnya..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...