Friday, October 10, 2014

barut comel handmade


Ni lah dia barut comel-comel untuk bakal baby nanti. Sebab tak tahu jantina, maka buat je lah pink dengan biru terus. Alah.. Pakai pun dekat dalam baju kan. Bukan orang nampak pun. Kalau tengok orang jual, memang geram nak beli. Lagi macam-macam warna dan corak yang menggugat nafsu.


Sebenarnya hari tu ada beli kain cotton dekat nagoya untuk buat sarung tilam baby. Murah je. RM5 semeter. Beli 2 corak terus. Boleh buat 2 set terus. Beli 3 meter x 2 set = baru RM 30.


Tapi mustahil lah aku jahit sendiri kan. Mesin jahit pun tak ada. Haruslah hantar kampung, mintak tolong mak jahit. Hihi. Ada lebihan kain tu, mak buatkan barut terus. Dapat lah 8 helai. Jimatttt. 

Thursday, October 9, 2014

Gaji RM6500 kena ikat perut

 

 Haaaa.. Gaji RM6500 kena ikat perut tau.. Jadi, mana datangnya gaji RM2500 cukup???


Alahai Menteri...


Kalau tak ada fakta munasabah, ikat sahaja mulut tu. Baik diam dari berkata-kata.

tommee tippee murah


Haaaa... Selamat sampai dah botol susu tommee tippee. Sebab tak menahan tengok botol ni comel berkaler-kaler yang mengancam. Terbeli jua akhirnya...


Penat survey mencari harga yang super duper murah. Dari google menggoogle, facebook, mudah sampai lah instagram. Finally, jumpa juga. memang aku mencari orang yang menjual loose pack. Sebab tak nak beli banyak pun. Risau kot beli mahal-mahal, anak tak nak hisap. T____T


Botol ni dibeli dengan harga RM20 sebotol tak masuk postage ye. Postage tambah RM6. Aku beli dari facebook Special4youshop. Servis cepat sangat. Mulanya nak kaler purple, tapi tinggal 2 kaler ni je yang tinggal. Nasib baik comel jugak kaler dia.


Ooohh..harap baby suka botol ni macam ibu dia.


ingin bercuti di Port Dickson? klik Hanamustika Homestay.

Wednesday, October 8, 2014

mengandung jangan malas-malas okeyhhhh!



Hari ni mood ke laut sikit. Baru masuk kerja lah katakan. Dengan malam tadi tak boleh tidur. Menangis sakit perut dengan ari-ari. Langsung tak selesa nak tidur. Hukhuk. 


Sekarang ni sakit di bahagian ari-ari dengan atas perut makin terasa. Duduk lama sakit. Baring pun sakit. Sampai tak tahu dah nak relax macam mana. Baru 32 minggu. huuu..Nak menghadap minggu-minggu seterusnya.


Alhamdulillah, ada rezeki lebih, raya hari tu aku dan suami ada join korban lembu dengan family. Biasalah duduk kampung. Gotong royong memang dah jadi amalan. Dari tua ke muda ke budak. Semua turun padang. Meriah. 4 ekor lembu selamat dikorbankan pagi tu.

sesi melapah lembu.


Sebab keadaan aku yang sakit dan tak daya nak bergerak banyak, maka aku duduk diam-diam dekat kerusi. Sambil minta tolong adik-beradik ambilkan makanan itu dan ini. Heeee. Kuat makan lah katakan. 


Dan ada lah suara sumbang yang mengata aku ni pemalas. Duduk je kerjanya. Bandingkan pula aku dengan seorang lagi yang mengandung yang jalan kehulu kehilir. Panas je hati dengar.


Kadang-kadang orang ni tahu mengata je. Dia tak tahu kehidupan harian kita macam mana. Bukan dia duduk dengan kita. Kita kerja keluar subuh balik maghrib. Naik tangga hari-hari 5 tingkat. Dekat office jalan sana jalan sini. Takkan itu kita nak bagi tahu diorang supaya faham, Ye Dok.?


Jadi kesimpulannya, lantak lah orang nak kata apa. Bukan dia tahu apa yang kita rasa. ^___^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...