Friday, April 24, 2015

Ole-ole dari cameron highland

Semalam dapat 2 barang kecik comey ni dari member office. Rasa teringin pulak nak bawak husna pergi cameron. Hehe


Wednesday, April 22, 2015

Resepi lai chi kang campak campak


Dekat office aku, akan ada baca yasin setiap pagi jumaat. Dulu orang setakat bawah kuih sikit-sikit. Tapi sekarang dah divide team bawak makanan. Aku pulak team bos-bos. Jaga admin lah kan. Harus lah makanan mewah-mewah gituuuu... Jumaat lepas ada soto, roti jala dengan air lai chi kang.
Senang rupanya buat air lai chi kang ni...

Bahan dia :

Gula batu (cairkan)
Gula melaka (cairkan)
Kurma merah kering ( rebus kejap)
Longan kering ( rebus kejap)
Kulat putih (rendam)
Selasih (rendam)
Kembang Semangkuk (rendam)
Laici
Kismis
Kacang
Cincau

Maka, satukan lah bahan-bahan tu semua dalam bekas. Tak cukup manis, tambah aje gula pasir. Letak ais. Perghhhhhh. Syok wehhhh.

Macam aku, gula batu, gula melaka, kurma merah dengan longan kering tu aku rebus siap-siap kat rumah malam tu. siap je, sejukkan kejap, masuk peti. Esok pagi terus bawak office.

Bahan-bahan tu semua aku beli kat Aeon Big je. Semua ada. Ikut kita kita nak bubuh apa dalam tu. Sesedap rasa, ye dak?

Lepas ni boleh la buat lagi. 

Review produk : masker vietnam terbaik

Aku baru je membeli masker vietnam ni. Sebenarnya, lama dah nak try. Tapi takut tak berkesan. Sekali member office bagi tau, memang syiokkk la... banyak whitehead keluar. Apa lagi, laju la beli.

Kemain kauuu... tak sempat balik rumah. Kat office jugak try. Bos-bos dok tanya, "Resdung ke?"

Tapi hasilnya tak memberangsangkan. Seciput je keluar. Tak puas hati. Buat lagi. Secoet jugak keluar.

Balik rumah, terus buat kat husband. Haha.. sebab memang dia kata dia banyak whitehead.

Maka, ni la hasilnya.. nampak tak??? Ni baru kat hidung tau. Second round, buat kat pipi, dagu. Cenggini jugak hasilnya..

Puas!!!

Tunjuk kat kakak, dia pun teringin. So, nanti nak beli lagi bawal balik kampung.


update : masker ni aku beli dekat facebook Khuyen Peace Amira. Beli borong jatuh rm5/pcs. Borong min 10 pcs. Postage rm6.

Tuesday, April 21, 2015

2 orang budak dalam bonet kereta

https://igcdn-photos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t51.2885-15/11055695_958876714152486_1028493735_n.jpg 

Landing kejap. Penat habis jual buah.

Tak ada kejadah betul budak 2 orang ni. Ni semua Mak Uda dia punya kerja lah ni. 

Monday, April 20, 2015

breastfeed sambil driving

 

You All mommy mommy sekalian pernah tak breastfeed sambil drive? Bila aku update gambar ni kat facebook, ramai juga mommy mommy yang pernah buat. Dah terpaksa kan. Dari biar anak nangis.

Nak dikatakan hari-hari jugak aku buat macam ni. Husna pulak memang tak boleh duduk dalam car seat tu kalau jalan jem.. Perghh.. Dia punya mengamuk. 

 

Haaa.. Buat muka macam ni tahan lagi.

Jadi nak atau pun tak, terpaksa la keluarkan dia dari car seat tu, pangku dan bagi susu. Lepas tu elok dia gelak sengih sumbing. Alahai lah anak.

Yup. Memang bahaya. Tapi no worries sebab memang jalan jem ya amat. 

https://igcdn-photos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/10957230_334426676745571_1430043289_n.jpg

Gambar atas ni masa umur 2 bulan lebih lagi. Memang elok je tidur. Sekarang ni, tak ada nya la. Katak ijau tu pun dia tak layan dah.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...