Thursday, September 6, 2012

memperkenalkan si busuk


haaa.. ni lah busuk. dia tua dalam 3 minggu dari labu dengan labi. cuma bila dah besar sikit macam ni, baru mak dia bawak ke rumah kitorang. kalau tak, melepak je dia dekat rumah nenek aku. 


waktu memula mak dia bawak ke rumah kitorang tu, takut sangat dia dengan kitorang. memang payah nak pegang. dapat pegang pun, badan keras gilosss. sekarang ni dah ok sikit. dah ulang alik kena mandi pon. haha. kembar dia dah mati hari tu. tinggal la busuk je. nasib baik sekarang dia dah boleh main dengan labu dan labi.


p/s : hari ni aku cuti. maka, ini entry auto publish ye.. nanti bila dah masuk kerja, akan ku balas jejak korang semua.. ^__^

Wednesday, September 5, 2012

labu labi dah makin membesar


haaa..dah besar kan bebudak dua ekor ni.
makin ligat main.



aku baru belikan loceng untuk bebudak ni.
senang bila ada loceng.
sebab senang kita nak cari.
kucing kecik macam ni, sekali dia main sorok-sorok dalam rumah, bukan senang nak cari.
ada loceng senang.
dengar bunyik loceng, tahulah bebudak tu kat mana. ^__^



p/s : maxi dress kuning dalam entri ni, murah kan. aku beli kat gerai kecik depan tesco kuala selangor. harga asal RM35. tapi dapat lah mintak kurang jadi RM30. nak mintak kurang lelebih, tak bagi pulak orang tu. haha. dasar memang kaki suka mintak kurang harga.

majlis bertunang sepupu

sabtu lepas, sempat pergi majlis bertunang sepupu aku dekat ampang. sepupu ye. majlis tunang yang simple sangat. tiada pelamin bagai. ^__^  cukup sekadar ala kadar. aku suka majlis tunang simple macam ni. jimat belanja. ^__^


5 orang adik beradik perempuan mak. 


 aku dengan makcik-makcik dan sepupu. 


 aku dan sepupu.
aku sangat suka baju tu tau. kuning terang gituuu.
aku beli dengan RM30 sahaja. ^__^


barang hantaran yang simple. ^__^

Tuesday, September 4, 2012

baraan keluarga pula

eh? cerita raya tak habis lagi? haha. boleh pulak terlupa yang cerita raya ada lagi.kalau sebelum ni cerita tentang baraan kampung. kali ni nak cerita tentang baraan keluarga pula.


baraan keluarga ni memang family kitorang akan buat tiap tahun. tapi start pun baru dalam 7 atau 8 tahun lepas kot. tahun ni, kitorang buat raya keempat. tahun depan buat raya pertama pula. selang seli tiap tahun antara raya pertama dengan raya keempat. sebab tahun ni kebanyakan family kitorang raya rumah mertua dulu.


tahun ni berkumpul di rumah aku dulu. ehh.. copp. rasanya tiap tahun berkumpul kat rumah aku kot. haha. maklumlah, ketua dia, haruslah abah aku. ^__^  tu dalam gambar tu, tuan-tuan rumah tengah nak bagi duit raya.  untung la bebudak raya rumah ni, dapat 3 duit raya serentak. ^__^



aku dan sepupu-sepupu yang dah meningkat jadi anak dara. haaa..kecuali yang kanan sekali pakai baju hitam tu ye. itu mak dara.. haha.


kami 3 beradik bersama wakil kakak aku. si tika gendut. kiranya kami ni still selim-selim lagi sebab kerusi 2 orang boleh muat kitorang bertiga. ^__^



biasanya beginilah. kaum wanita, perempuan dan gadis-gadis, tempat dia memang di bawah. duduk lah bersantai dekat lantai sambil bergosip dan melantak kuih raya.


dan inilah sebabnya kaum wanita kena duduk atas lantai. sebab segala kerusi akan dikuasai oleh kaum lelaki tau.


dah nama sedara-sedara kitorang semuanya sekampung je. maka kalau setakat rumah sebelah-sebelah tu, jalan kaki sudahhh.


bergilir-gilir tunggu giliran bersalaman dengan tuan rumah. ni rumah tok sedara aku ni. adik kepada nenek aku.


haaaa.. yang rumah jauh sikit tu, naik motor lah kita ye. yang tak cukup motor tu, pepandai lah naik kereta. tapi nak ikutkan, kompem la senang lagi naik motor kan. sebab dekat-dekat je.



bergilir-gilir berebut ambik makanan. haa.. time berebut tu yang best. buat jadi selera je nak makan. balik semua perut ke depan. haha.



ni pula hidangan wajib rumah sepupu abah. seee. raya-raya dia hidang shisha wehh. tapi opkos la khas untuk lelaki-lelaki sahaja.


cukup lah gambar. letih pulak nak memilih gambar yang ok.tapi nampak blur la pulak gambar. maybe sebab aku compress kan kecik sangat kot. -___-"


total yang ikut baraan keluarga tahun ni, 68 orang. total rumah pula dalam 15 buah rumah.












bilik under construction


weeee. bakal ada bilik sendiri. haha. tak perlu menumpang di bilik orang. tak perlu berkongsi dengan azee. haha. kawasan tu sebenarnya garaj sementara. maka, ambik sikit kawasan, boleh buat bilik. ^__^ walaupun bilik tu paling hujung rumah. huwaa..seram kot hujung-hujung. dah la belakang tu kebun. -___-"


maka, ready-ready lah sedikit bajet untuk membeli segala katil dan almari. azee dah pesan siap-siap, suruh aku keluarkan baju-baju aku dari almari dia. kureng hasam punya adik.


apa yang penting, tak sabar nak decorate bilik sendiri. yeay!!

Monday, September 3, 2012

ada cadangan untuk krim muka yang best?

haaa...tajuk siap tanda tanya lagi tu. sekarang ni krim muka dah nak habis. terasa macam nak bertukar yang lain. sekarang ni tengah pakai organic aid. bukan tak best. best je. sesuai je dengan muka aku yang agak berminyak ni. cuma gatal je nak tukar yang lain. ^__^


so, you all semua ada tak cadangan krim muka yang best.? untuk kulit yang sikit berminyak. mana tau ada yang berkenan je kan. heeee. ^__^


p/s : ehhh..betul ke bohong dah episod last. alaaaa..suka cerita tu...

kawasaki rr150 pengganti yamaha 125

seminggu sebelum raya hari tu, aku ada up cerita tentang adik bujang aku hilang motor kan. masa memula hilang motor dulu, muka sedih gila lah budak sorang tu. bila tanya nak motor apa, katanya, "nanti-nanti lah." takpun, " tak kisah lah motor apa pun."


tapi sekarang? haaaaa... motor ni dia ambik.

kawsaki rr150 tak silap aku.

haha. hambekk kau. tak nak taknak, yang besau ni jugak yang jadi pilihan dia. anak bujang sorang. gini lah. mak aku kata, "nasib anak bujang sorang. kalau banyak, tak tahu lah macam mana." layankan ajelah. dah puas aku dengan akak aku bebel-bebel suruh ambik motor biasa jek. 


tapi tidak lah aku dengki abah belikan dia motor mahal cenggini. tak pernah terdetik pun rasa iri atau dengki dekat adik beradik sendiri. tak baik tau. bak kata abah, "korang yang perempuan, abah belikan barang kemas, tak kan adik nak dibelikan emas jugak. abah belikan lah motor." dah adil kan macam tu.


ni kompem budak sorang ni dah panas bontot dah kat kole pilah tu. sebab motor tu boleh keluar, hari esok. tapi gigih la dia nak balik kampung kan. so, tunggu la next 2 weeks ye. haha.


p/s : tak kisah la motor apa pun dik, yang penting jaga elok-elok, bawak elok-elok. bak kata orang kedai, jangan sesekali murah hati bagi orang pinjam. kena kedekut sikit. sebab maintainance mahal.

musim demam dah kembali

sekarang ni dah mula musim demam kan? sana sini orang demam. mungkin faktor cuaca. dah panas panas terik, minum ais bebanyak. hee. *aku ler tuh*. kan dah sakit tekak sekarang ni. dekat rumah pulak sedozen air coke botol besar tu. mauuu tak sedap je minum gulp gulp gulp gulp.


siapa-siapa yang demam tu, get well soon ye. yang tak demam tu pun, take care ye. pipie pun demam la. get well soon untuk dia juga.


p/s : baru je mohon cuti dari khamis sampai sabtu. semoga bos luluskan. pelisss bos. ^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...