Friday, July 4, 2014

wedding review - wedding photographer

Assalamualaikum.

 nampaknya, hari ni post tentang kahwin lagi. walaupun dah 5 bulan berlalu. -____-"

sebelum kahwin hari tu, aku sangat serabut dan pening fikir tentang photographer. aku sangat memilih photographer yang tersangat murah. aku taknak yang harga beribu riban. rasa macam tak berbaloi. 

bagi aku, kalau dah make up dan baju cantik, confirm gambar pun jadi cantik. ye dak?

last sekali, sebulan sebelum majlis, aku jumpa satu photographer dekat mudah.my. Eg Photography.

harga masa tu? 

RM499

Pakej perkahwinan 1 
1pc x mockup album (termasuk box & bag)
108pcs ++ x 4R
2pcs x 8R
1pc x DVD customade (unlimited pic)
Outdoor

 Murah yang teramat sangat. laju-laju aku book. Jumpa abang tu dekat shah alam. Nasib aku baik sebab dia cuma ambil area lembah shah alam je biasanya. tapi sebab rumah mak dia ada dekat sungai besar, dia boleh ambil job dekat sekinchan. Alhamdulillah. Charge minyak cuma RM50.

Tada....

 Seperti yang dijanjikan, album ni siap 3 minggu lepas majlis. Tak payah nak stress-stress tunggu bila album nak siap.

Tapi, korang jangan expect gambar dia terlalu cantik macam photographer harga riban-riban tu. bagi aku, gambar dia boleh tahan. tak menyesal pun ambil. ^__^

ini contoh gambar outdoor yang diambil. lokasi outdoor?

kebun kelapa sawit di sekeliling rumah. haha. seriously aku malas nak keluar jauh-jauh semata-mata nak ambil gambar. dengan panas terik lagi.






alhamdulillah. keseluruhan majlis berjalan lancar. majlis sanding aku start jam 12.30 tengahari dan aku siap jam 2.30 petang. wink-wink. kejap je kan? tak perlu lama-lama. penat hooiii kahwin ni.

 

Thursday, July 3, 2014

mengantuk dan malas

Assalamualaikum.


hari ni dah masuk 5 Ramadhan. Tapi sesungguhnya hari ni sangat mencabar bagi aku. Rasa mengantuk yang teramat sangat sejak dari pagi sampai lah ke petang ni.


bila mata dah terlalu mengantuk macam ni, confirm terbawak-bawak ke prestasi kerja. Sangat malas nak buat kerja. Lagi-lagi kerja nak disiapkan ni, Laporan Bulanan yang dah memang bosan untuk dibuat.


Fuhhh!!


Sangat-sangat tak sabar nak tunggu pukul 4.30 petang. Tapi malas juga nak harung jem.

haaaa..Banyak betul perkataan malas.

Wednesday, July 2, 2014

butik pengantin di Sekinchan, Kuala Selangor

assalamualaikum dan salam ramadhan.

sedar tak sedar dah masuk hari keempat kita berpuasa. alhamdulillah, puasa tahun ni dapat berpuasa sebagai seorang isteri. mencabar juga rupanya ye. kalau dulu bujang-bujang, ikut suka hati kita nak berbuka apa, nak sahur apa. tapi sekarang dah kena fikir perut suami juga. mulalah aktiviti bangun pagi-pagi buta, masak sahur. sebab nak masak malam-malam, confirm dah tertidur dulu tak sempat masak.  -____-"


tapi alhamdulillah. rasa seronok kehidupan sekarang ni. sekurang-kurangnya, pagi-pagi tu ada lah masa nak buat kerja rumah sikit before pergi kerja.


eh. sebenarnya post kali ni cuma nak share butik pengantin wedding hari tu. 


untuk wedding hari tu, aku ambil dengan butik Seha Ratu Andaman.
dia ada buka banyak cawangan. Sekinchan, Kuala Selangor, Seremban dan Klang. tapi aku ambil dekat Sekinchan la. cuma 5 minit dari rumah. aku suka bridal ni sebab walaupun dekat kampung, baju-baju dia semua ikut fesyen semasa. masuk je butik dia, hambekkkkk, rambang mata wehh nak pilih. so, tips dia, pergi pilih baju dulu baru pilih warna tema. baru lah kita akan puas hati.


okay bye. banyak kerja menimbun nak kena siapkan. hukhuk. benciii awal bulan.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...