Saturday, April 28, 2012

semalam mc, tapi tak tak melekat kat rumah

assalamualaikum semua..:)


bulan nih je, dah dua kali ambil mc. semalam mc gara-gara mata sebelah tetiba je merah menyala. semalaman macam tu. dengan berairnya. dengan tahi matanya. tapi yang peliknya, lepas je dapat mc, elok pulak mata tu kan. -__-" memang sengaja nak suruh aku cuti. ^__^


maka dari petang sampai malam haruslah berjalan sakan. lagi-lagi jakel tengah ada sale nih. laju je terjah. kata dah gila kain pasang sekarang nih kan. tapi gila-gila pun, setakat beli 2 pasang je lah kan. sepasang untuk emak, sepasang lagi untuk diri sendiri. disebabkan sekarang dah fall in love dengan warna biru, haruslah beli kain pasang kebiru biruan. ^__^


petang semalam sempat ke manjung untuk sedikit urusan. dah alang-alang ke manjung, haruslah terus ke lumut kan. tapi satu pun tak ada gambar. sebab cuaca mak datuk panas ya amat. bila cuaca panas, otak jadi blur. badan jadi penat. maka, hanya shopping jajan-jajan seafood jer.

Thursday, April 26, 2012

aktiviti menjala ikan

assalamualaikum semua..:)


tengah godek-godek gambar dalam folder, jumpa pula satu gambar nih. rasanya gambar ni dah lama sangat-sangat. krismas tahun lepas. hakhak. kalau makanan, entah tahap apa entah kulat yang tumbuh kan. lama sangat peram nya.



insan dalam gambar tu lah bapaku yang tersayang. semangat sungguh tebar jala. ini lah akviti kitorang kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa. menjala, memancing dekat bendang (sawah padi.). untung-untung dapat jugak ikan puyu ke, ikan sepat ke, ikan keli ke, ikan haruan ke. sedap tu..


pernah jugak aku mintak diajarkan cara-cara menebar jala ni. tapi hmmphhhh!! tak pernah dibagi peluang untuk belajar. memandang rendah pada kewibawaan aku. padahal memang takkan aku boleh menebar jala tu. payah kott.



jadi, hanya memancing sahajalah yang boleh aku buat. gambar atas ni cilok adik bujang aku punya. tapi joran tu dia cilok aku punya. haha. tak nak kalah jugak kan. tapi dah memang aku bukan kaki pancing. haruslah ikan dapat beberapa ketul sahaja. -__-"

Wednesday, April 25, 2012

petua kurangkan jerawat muka

assalamualaikum semua. :)


tadi sempat juga berborang-borak dengan rakan sekerja. topik kecantikan memang jarang lari. ada je selalu. akak tu sempat juga bagi petua tradisional untuk hilangkan jerawat nih. caranya, cuci muka dengan air beras. kalau nak buat scrub pon boleh jugak. blend dulu beras tu kasi hancur. lepas tu bancuh dengan air sikit.


terasa macam nak mencuba pula. sebelum ni asyik bergantung dekat produk yang ada dekat kedai je. apa salahnya guna cara tradisional kan. confirm tak ada bahan kimia. ^__^  


siapa pernah pakai produk delacin t?


ni dia delacin t.


kalau siapa-siapa pernah pakai, bagi tahu lah keberkesananya. ada orang cakap elok. jerawat boleh hilang. ada jugak cakap tak berapa berkesan.

i love simply siti compact powder!!

assalamualaikum semua..:)




lepas 4 bulan berbedakkan bedak simply siti ni, terasa macam "wahhhh..i really love this compact powder!!" tak takk. tak ada lah over sangat macam tu sebenarnya. cuma rasa tak rugi beli bedak nih. lepas ni boleh beli lagi. kenapa kenapa dan kenapa?


sebab jimat. mula-mula nak beli tu memang rasa mahal. 50 hinggit kot. waktu tengah belajar dulu, tak ada maknanya lah nak beli. baik shopping baju. -__-"  sebelum ni beli compact powder yang harga belasan-belas ringgit tuh. banyak kan. macam-macam jenama ada. pilih je mana nak.tapi pakai sebulan dua, dah nakpak besi bawah tu. (means dah nak habis lah bedak tu.) tapi pakai bedak simply siti ni, even dah 4 bulan, nampak macam tak luak lagi. 


kalau bab tekstur bedak tu, tak tahu lah. sebab tak berapa ariff dalam bab tu. tapi yang penting memang best!! tak payah susah-susah nak pakai foundation dah. ^__^

Tuesday, April 24, 2012

gila kain pasang

asalamualaikum semua. :)


memandangkan sekarang ni asyik pakai baju kurung je hari-hari, buatkan aku jadi gila bila tengok kain pasang. gila tu bukan gila ketidakwarasan akal. tapi gila macam, "wahh..cantiknya kain ni. kain pasang tu pun cantik..nak beli ni..nak beli tu.."


dulu selalu kutuk akak sendiri yang asyik shopping kain pasang je. sekarang ni hambekk kau. diri sendiri pulak yang tak boleh nampak kain pasang. agak-agak berkenan je, beli. lepas tu balik rumah.., "mak..anis beli baju lagi..nah ni jahitkan.." 


dekat almari tu ada sepasang lagi baju kurung belum pakai. sebabnya malas sangat nak jahit manik. baju kosong. rasa tak ceria pulak bila tak ada blink blink nya. entah bila mood nak jahit manik nak sampai ni. -___-"

jom explore interface blog yang baru

assalamualaikum semua :)


sebelum ni asyik baca blog orang lain tentang blog baru yang diupgrade ni. kali ni diri sendiri pulak nak explore blog yang baru ni. bukak je blog petang ni tengok, "eh..dah bertukar dengan sendirinya."


tapi malas nak tukar ke interface lama. sekali sekala berubah apa salahnya kan. tapi kalau dah explore pun macam tak best je, haruslah bertukar ke yang lama. ^__^

Monday, April 23, 2012

lunch hari ini : kenyang tapi tak puas

assalamualaikum semua :)


pagi tadi sangat teringin nak makan ikan patin masak tempoyak. ni semua sebab tertengok gambar ikan patin masak tempoyak. terus otak fikir nak makan lauk tu untuk lunch hari ni. sanggup tu redah panas terik mentari semata-mata nak beli nasi berlauk ikan patin masak tempoyak.


tapi sampai je kat kedai yang selalu ada lauk ikan patin masak tempoyak tu, tiba-tiba lauk tu tak ada. kenapa. kenapa mesti hari ni yang tak ada lauk tu. kenapa bukan hari lain. kecewa. rasa macam tak jadi nak lunch je. dah la memang jarang sangat ada semangat nak keluar beli lunch ni. memandangkan dah sampai kedai tu, terpaksalah beli je lauk lain. T__T


untuk pipie yang ada dekat pahang sekarang ni, : nak ikan patin masak tempoyak!!!

belajar quilling pulak dah

assalamualaikum semua..


weekend hari tu agak tak ada kerja nak buat. tak juga keluar ke mana-mana. so, masa banyak dihabiskan belajar quilling. try punya try, best jugak rupanya. cuma penat nak potong-potong kertas. nak cari mini paper shredder tu payah jugak. 



ni lah antara hasilnya. bunga-bungaan. 


lepas aku memperkenalkan aktiviti quilling ni dekat adik aku, azee. dia pun dah mula ketagih buat benda alah ni. meja bersepah tu memang normal lah kalau main dengan kertas ni. tengah kitorang sebuk buat quilling ni, adik bujang aku pun sibuk je nak komen. dia kata "asyik bentuk sama je." ahhh..sibuk je. tapi adik bujang aku tu pun sibuk jugak menyemak nak join quilling ni.



see..hasil qulling adik bujang aku tuh. nak buat motor kononnya. cheh!

Sunday, April 22, 2012

momot mengganas bila kena duduk luar rumah

assalamualaikum semua. ^__^




alamak. gambar blur la..bebudak ni asyik nak gerak-gerak je. biasalah, tengah meracau-racau nak masuk dalam rumah. yang tengah menganga tak hingat tu lah momot. yang paling degil sekali. punya lah marah bila tak bagi masuk rumah. heh! jangan harap boleh masuk. berak pun tak pandai pergi berak dekat tempat sepatutnya. karang jenuh nak mop dalam rumah.


selalunya, mak-mak kucing tu biasa duduk dalam rumah. tapi bila mak-mak kucing dalam rumah, mula lah dia sibuk panggil anak nya masuk. sekali hambek kaw. semua duduk luar. hakhak. 

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...