assalamualaikum..
untuk baju nikah hari tu, aku langsung tak pernah fitting baju.
sekali je pergi bridal tu, untuk ambil ukuran baju.
lepas tu pilih baju.
sampai la malam nak nikah tu, baru test baju tu.
nasib muat woooo...
aku memang percaya dekat bridal tu. sebab tu berani buat macam tu.
heeeeee...
aku pilih biru untuk baju nikah. sebabnya, aku
tak suka warna putih..
tapiiii..
baju ni membuatkan daku nampak lebih gemoksss berbanding biasa. sebab tu tak ambik banyak-banyak gambar nikah. sebab nampak mok mok.
kain memang kena aku suka yang leret-leret ni..boleh kaki ayam je tak payah pakai kasut tinggi-tinggi.
harga sewa sepasang baju perempuan leret + sepasang baju lelaki + aksesori = rm650
mekap mak nyah ni memang superb!!! dia mekap pakai lampu suluh kat kepala tu tau. punya lah nak bagi terang tang tang tang.
okayy.. ni drama malam nikah. lepas habis je nikah, terus dengan gelojohnya ambil duit mas kahwin dengan hantaran dulu. tak salam-salam dulu dah suami tu. dah kena bahan habis.
jangan tiru perangai ni ye. ish ish ish.