Friday, November 16, 2012

borong bawal aidijuma

salam jumaat semua.....


sekian lama mencari mood nak ngadap blog. komen-komen anda semua pun still belum berbalas. sebab tu komen-komen tu semua belum di publish. tunggu balas jejak semula, akan di publish okay.. ^__^


hari ni nak kongsi hasil rembatan dekat aidijuma central market beberapa minggu yang lalu.



tadaaaa....


rembat 3 cukup la..
banyak-banyak nanti, kena bebel tak pasal-pasal.
haha.
kan aidijuma tengah buat sale kan.
so tudung atas ni, seploh ringgit je selai.
yang hijau tu reject, RM8 je selai.
alaa, reject setakat ada garis putih kecik je.
memang tak nampak dek orang punyalah.


tapi sekarang ni, serious terasa nak beli lagi.
senang kot nak bentuk tudung tu.
ak payah susah-susah pakai fabric starch.

Wednesday, November 14, 2012

Bubbly GA 01: Monyet & Cili

tekan gambar atas ek untuk join.


ni sambungan citer monyet dan cili tu.

"aku mahu itu. aku mahu itu!" teriak sang monyet sambil melompat-lompat penuh keterujaan. sang kancil dan sang kura-kura pantas menoleh ke arah pokok yang cili tersebut.
"apa? cili?" serentak sang kura-kura dan sang kancil menjerit.
"hoi monyet. kau tak pergi sekolah ke? kau tahu tak itu pokok cili?baik kau jangan makan.buruk padahnya nanti" tanya sang kancil yang kononnya binatang paling bijak sekali.
sang monyet terus terpinga-pinga sambil berkata, "kenapa pun?" sambil tangan menggaru-garu kepalanya sendiri. (dah lama tak bersyampu mungkin.) "aku tak kira. aku nak makan jugak. perut aku dah berkeroncong tahap apa dah ni." sang monyet tetap berdegil nak makan cili-cili tu semua.
"lantak kau lah monyet." malas sudah kura-kura nak melayan.
dengan pantas, sang monyet mengutip cili-cili merah dekat pokok tu. "woii..korang nak tak? kalau nak aku petik lebih." tanya sang monyet dekat kancil dan kura-kura.
"TAK NAK!!!" laju je kancil dengan kura-kura jawab. memang gila lah kan nak makan cili tu.
beberapa saat selepas sang monyet membaham cili-cili tersebut, "arghhhhhhhhhh!!" terus menjerit sang monyet sambil melompat-lompat kepedasan. 
"itulahhh. kalau dah degil dan tak reti dengar kata, memang tu lah balasannya." balas sang kancil. dalam hati terkekek-kekek ketawakan sang monyet yang dah terkinja-kinja.




..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...