Saturday, December 31, 2011

jom buat teka silang kata jom


teka silang kata memang menjadi kegilaanku dari dulu sampai sekarang.
kalau dalam paper metro, mesti berebut-rebut nak buat teka silang kata.
sekarang, dah ada buku, buat lah kau puas-puas. 
sampai tak leh jawab sebab susah sangat.
haha.

rahsia kesegaran sepanjang hari?

bangun pagi.
mandi pagi.

badan segar.
badan bersemangat.

so, amalkan bangaun pagi.
dan mandi pagi.
^__^

sukaneka bersama family memang best!!

seronok wehhh ada acara family macam ni.
dari nenek, anak, cucu, cicit.
semua ada.
dah la memang mulut semua kepoh-kepoh.
memang riuh tak ingat dah.
jom layan gambar jom..



apa ntah yang sibuk sangat tu..

ini acara bowling kelapa. aku fail. sumpah malu wehhh..

pemandangan dari jendela. acehhh..jendela. memang suasana kampung betul..

upacara penyampaian hadiah. ni hamper untuk tarik tali.

ni sebahagian ahli keluarga yang hadir memeriahkan suasana. ni baru separuh ni..

ni acara mewarna. 
(nampak ngat malas susun gambar. dah penyampaian hadiah, tiba-tiba aktiviti sukaneka lagi. )


ni acara pancing botol.
ni makcik aku yang sulung.
memang sempoi lah sukan pakai kain batik. ^__^


see.. siap ada bendera-bendera segi tiga tu lagi.
siap buat track lagi.
baru la meriahh..

sebenarnya banyak lagi acara lain. cuma tak tertangkap gambar je.
dok sibuk terjerit-jerit.

Friday, December 30, 2011

pertandingan mari mewarna sangat bestt!!

ahad lepas family kitorang buat family day.
kitorang buat sukaneka.


so, untuk kanak-kanak, haruslah ada pertandingan mewarna kan..
gambar yang aku sediakan untuk mereka adalah gambar ini..






aku saje pilih angry birds sebab budak-budak kecik sekarang ni dok gila angry birds. 



bawah ni pulak gambar mereka yang tengah khusyuk mewarna.




siap baring-baring lagi diorang ni..



ini anak sepupu aku.
nama dia sofia.
umur 2 tahun.
dia yang paling semangat mewarna. walaupun comot giler. haha

ombak rindu full movie dekat youtube dah diremove


ehhhh..dah kena remove?
aku baru je selesai tengok tadi.
hihi..
sempat jugak download tu. ^__^
tak sia-sia loading awal-awal pagi.

jalan sikit dah tak larat., maksudnya dah meningkat usia ke?

kalau zaman belajar dulu, aku memang champion lah bab berjalan.
hari-hari jalan naik bukit pergi fakulti.
tambah lagi kalau kena naik tangga sampai tingkat 4.

kalau keluar apatah lagi kan.
pusing mid valley berkali-kali pun relax je.
jalan masjid india memang tak ingat apa dah.

tapi..itu dulu.
sekarang?
pergi kerja naik kereta park betul-betul depan office.
nak beli topup?
parking betul-betul depan kedai topup.
beli makanan?
parking betul-betul depan kedai makan.
macam tu jugak la kalau nak beli barang lain.
balik rumah?
parking betul-betul depan beranda.
agaknya kalau boleh bawak masuk kereta dalam beranda, aku dah buat kot. haha.

kesimpulannya sekarang, aku dah kurang berjalan.
maksudnya, peluh memang takkan keluar.
jalan sikit pun dah tak larat. dah malas.
macam mana nak jaga kesihatan ni. =__=

tak suka ending tentang dhia!!!

kenapa mesti ending tentang dhia, hero and heroin kena mati?
apa pulak balasan yang Kusalmi tu dapat?
dia yang paling jahat.
sepatutnya dia yang dapat balasan.
and sepatutnya dhia and zikir hidup bahagia lepas derita yang diorang lalui.

haha. aku memang berlagak director.
aku tak suka sad ending..
lepas tu banyak sangat kematian.
atok azmi, ayah raffi, mak melly, ayah dhia, mak dhia, nenek azmi, pak cik kedai kopi, dhia, zikir.
setiap orang ada citarasa sendiri kan..
yang suka, mungkin suka.
yang tak suka, macam aku la. hihi.

jangan marah ye peminat tentang dhia..:)

kenderaan berat, sila ikut kiri ok!!!


cuba tengok. lori besar gedabak macam ni suka duduk kat lorong kanan.
orang lain nak potong pun tak boleh.
kenalah potong guna lorong kiri.

tak suka betul lori atau pun bas yang macam ni.
jalan ni memang banyak sangat bas dan lori-lori yang laju bagai tak ingat.
benciiiiiiii..
aku takut tau...

Thursday, December 29, 2011

tidur meniarap memang best bila hidung tersumbat


kalau hidung tersumbat, mesti tak selelsa kan bila nak tidur.
letak bantal tinggi-tinggi.
tapi kadang-kadang tetap tak selesa jugak.


so, pilihan lain adalah dengan tidur meniarap.





masa tika selsema and demam hari tu, aku selalu meniarapkan dia.
sebab dia akan tidur lama bila macam ni.
tapi make sure dia boleh bernafas tau..
and jangan sesekali tinggalkan dia macam tu.
harus pantau setiap masa.

Nama-nama yang sering diganggu Jin




nampaknya, memilih nama tu sangat penting.
memang ni jadi satu panduan untuk kita semua.

kenduri cukur jambul dan akikah

sabtu lepas rumah aku buat kenduri akikah dan cukur jambul anak buah aku hana mustika..
ramai orang tegur, baby dah besar.
sebenarnya baby baru umor 2 bulan setengah.
tapi badannya yang debab nampak macam dia dah 4 bulan. =__=




ini sebahagian daripada berkat (jajan untuk tetamu)

untung ada sepupu cilik-cilik yang rajin macam ni..
3 abdul yang rajin membantu. ^__^



nota anis : gambar tika tak ada la. sebab kitorang buat majlis yang simle. tak ada buai-buai pulak. huhu

Wednesday, December 28, 2011

demam sampai kena masuk wad

dah lama anak sedara aku, tika demam.
dah seminggu..
kesian dia..
batuk tak henti-henti..


kesiannya anak sedara mak ngah ni ye..


disebabkan batuk yang teruk, tika dah dimasukkan ke dalam wad.
dah 2 malam dia kat sana..
doktor nak keluarkan kahak dia..
lagipun kuman dah berjangkit dekat paru-paru dia..



tikka kena pakai oksigen sebab nafas dia dah semput..
nak cucuk ambik darah pun payah sebab tangan dia debab..tak jumpa urat..

semoga tika cepat sihat..tak sabar nak main dengan dia lagi..

Tuesday, December 27, 2011

buat kalendar 2012 guna gimp

sebelum aku pergi jumpa pipie hari tu, aku berhajat nak hadiahkan dia kalendar 2012 yang debuat oleh aku sendiri.
aku memang suka bagi benda yang aku buat sendiri.

tapi itu semua hanya KONON-KONON semata-mata.
hajat aku tu dah sama macam hangat-hangat tahi ayam. =__=

disebabkan kesibukan aku yang tak lah berapa melampau, aku sempat buat sampai bulan APRIL je.. T__T
tak tercapai hajat aku nak hadiahkan beliau kalendar tersebut..



ni lah muka depan kalendar tu..
tunggu lah kalendar 2013 pulak..haha

kedai makan yang hampeh

apa perasaannya kalau pergi kedai makan, and berhadapan dengan situasi begini :


  1. order lambat sampai walaupun tak berapa ramai orang.
  2. order air kurang manis tapi dapat yang manis betul.
  3. mintak limau kasturi tapi muka pelayan blurr sebab tak faham limau kasturi tu apa. =__=
  4. ada rambut dekat pinggan nasik and bila tunjuk dekat pelayan, dia cuma buang rambut tu tanpa tukarkan nasi and tanpa kata MAAF.
  5. dah dapat semua makanan tapi tomyam tak dapat-dapat. tunggu punya tunggu, rupanya lupa nak masak.  lagi sekali, tanpa kata MAAF. siap nak marah bila cakap cancel je tomyam tu.

memang aku tak nak dah pergi kedai tu..banyak sangat silapnya..

Saturday, December 24, 2011

girang gumbira dapat beli beg murah dan cantikkkkk

jumaat lepas aku pergi ke masjid india.
memang lama sangat aku tak ke sana.
tapi hari tu hujan, maka tak dapat aku nak merewang sampai ke jalan TAR. sob sob.


tapi, disebabkan aku berteduh dekat bazaar masjid india yang berbumbung tu dalam jangka masa yang lama..
maka...dapatlah aku hasilnya yang sangat membuatkan hatiku melonjak girang gumbira..





see..dua bijik beg tangan aku dah sebat. 
padahal ada lagi tu yang berkenan dekat hati..
tapi terpaksa menahan diri ni kuat-kuat supaya tak tergoda..
tapi ye la..murah sangat..
2 bijik ni baru RM26..
maksudnya, sebijik RM 13 je la..
aku tengok kat uptown, beg sebijik macam yang merah tu RM25. 
nasib baik aku dah beli dulu..hihi



 ni bahagian dalam beg warna hitam tu.
dalam dia memang macam wallet..siap ada tempat letak kad-kad lagi..
tu yang memang aku suka sangat tu..
tak pernah lagi aku ada beg macam ni..^__^



kata hati : haishh..macam nak pergi lagi je masjid india nih..

Friday, December 23, 2011

review product compact powder simply sity


ececeh..dah pakai simply sity pulak ko ye anis..

nak bedak yang mahal je. pakai je la yang murah tu. 


sebenarnya, aku takde pun plan nak beli bedak ni..
ye la, make up pun dah jarang sekarang ni.
tapi hari tu akak aku pesan suruh beli compact powder simply siti ni.


aku pun dengan baik hatinya jalan-jalan la tengok product simply sity dekat sogo.
belek punya belek..
tengok-tengok tengah sale wehhh..
harga dalam RM47.80 gitu la..
selalu kan RM 50+++
mana nak menahan ikut beli..
alih-alih, terbeli jugak. =__=


promoter pulak lelaki yang lembut sikit tu..
memang dia promote terus cair aku.
copp..bukan cair aku suka kat lelaki lembut tu.
tidak sama sekali..
maksudnya, cair terus hati aku nak beli..haha..


ni perbualan aku dengan promoter tu.

aku : saya sesuai bedak kod berapa ye?
promoter : emmm..kod 3 rasanya.
aku : ouh..ok.
promoter : ehh..tak..saya bukan nak cakap u gelap tau.
aku : (dalam hati aku, aku tak terasa ponnn. haha)
aku : eh. takpela..memang saya nak cari yang betul-betul match dengan kulit saya pun..

"SEGMEN CIK YUYUE : FOLLOWER BAWAH 700"



jom join jom..
siapa yang follower bawah 700 boleh la join ye..:)


aku dah berblog rasanya lebih 2 tahun..tapi baru aktif dalam akhir tahun lepas rasanya..
sumpah malu baca post awal-awal dulu..haha

aku berblog sebab roomate aku time kat UM dulu ajar. aku buat je la..^__^

nasihat kat blogger otai? hehe.. tak payah la..patut aku yang terima nasihat dari mereka-mereka..


rapidKL dah naik taraf

hari tu aku ada bagi tau yang aku dah jumpa dengan si kekasih hati.

so, destinasi kami adalah kuala lumpur.
memang bosan asyik jumpa dekat sana.
tapi sebab itulah tengah-tengah antara kitorang.
dia dari dungun, aku dari sungai besar.
adil lah kan dua-dua datang sana.



bukan itu yang aku nak cerita. haha. 
suka sangat lari topik.
aku nak cerita pasal ini.

v
v
v
v


see..sejak bila entah train rapidKL tukar pakai coin ni. (coin ke? tibai je lahh)
dulu-dulu kan pakai tiket je.
nampak sangat dah lama bebenor aku tak naik train RapidKL.

haha..jangan lah gelak kat aku ek sebab excited terlebih.
padahal benda ni maybe dah lama kot dia tukar..

Thursday, December 22, 2011

bila baby demam

anak buah aku, HANA MUSTIKA dan berumur 2 bulan setengah. kejap je rasanya.
and kalau nak tahu, berat dia dah 6 kilo tau.
sangat lah tembam.
padahalnya, susu badan je. takde pulak bagi makan lagi.



haipp..macam dah obesiti je tengok. =__=

tapi sekarang dia demam..batuk..selsema.
sangat kesian tau. menangis je..



ni time makan kat kedai. dia baru nak mula demam.
baringkan je dia dekat atas meja kedai tu. hihi
tapi dah teruk batuknya, bawakla dia pergi klinik.
lagipun dia dah 4 hari tak buang air besar.



muka kesian sangat.
nampak sangat sakitnya. hihi. ni masa nak pergi klinik.



ni pulak dekat klinik.
doktor dah bagi ubat.
harap-harap cepat lah baik.

drama tentang dhia makin lama makin mengarut


drama TENTANG DHIA yang ditayangkan isnin hingga khamis pada pukul 7.00 malam.

dulu aku suka drama ni. aku rasa sangat lah menarik and best.
tapi sekarang aku rasa drama ni makin mengarut.
ataupun erti kata lain merepek.
sebab?
sebab dia dah banyak tertumpu ke arah mistik.
aku mintak maaf bagi penggemar cerita ni.
tapi ini pendapat dan pandangan aku.
aku bukan penggemar cerita mistik.
aku juga bukan penggemar cerita hantu,
tapi, tak adalah sampai aku benci dengan drama ni kan..


cuma...
sekarang ni aku dah jadi tak ada mood nak tengok cerita ni.
tengok pun skip-skip.

GA TERAKHIR 2011 DARI CIK MAY







jom join give away jom..
klik banner kalau nak join ye..
tak pun klik je SINI 
cepat jom kita join ramai-ramai. :)


okeyh. nak cerita azam 2011 yang dah tercapai kan.

tahun 2011 aku habis belajar. aku grad tahun yang sama juga.
and confirm la azam aku nak dapat kerja secepat yang mungkin.
alhamdulillah..
sekarang ni dah sebulan lebih aku bekerja.
aku bersyukur sebab aku menganggur tak lama.
tak sampai 2 bulan, rezeki aku datang. ^__^

kampung halamanku bersalji


cop-cop..
kasi tayang sikit tuan blog.
hahaha. ini tak de kerja..
nak tunjunk muka aku yang tak bermake up dah sekarang ni. ^__^



okeyh, berbalik cerita sebenar..
aku nak tunjuk kampung halamanku yang dah mula bersalji..
best tu.,...



v
v
v
v
v
v
v
v
v

inilah dia kampung halamanku yang dah mula bersalji
game castleville yang menjadi ketagihan aku sekarang ni. ^__^

spam dekat facebook lagi!!



korang ada tak dapat benda macam ni?
dalam masa 5 minit aku rasa aku ada dapat lebih daripada 10 kot..
aku rasa ni mesti spam lagi..
maybe kalau kita bukak link tu, automatik terhantar ke semua orang kot.


makin lama makin banyak spam dekat facebook ni haaa.. =__=

ramai orang teruja dengan duit baru


walaupun semua orang dah tahu rupa duit baru ni, tapi aku nak jugak letak gambar ni. 
sebab aku suka bila post aku ada gambar. terasa meriah gituuu. ^__^


aku tidak lah nak cerita tentang info duit baru ni.
cuma aku nak bagi tahu betapa keterujaan melonjak-lonjak dalam diri aku nak dapat duit baru.
lagi-lagi duit RM20 tu.
betapa fanatiknya aku dengan warna kuning begitu sampai aku tak sabar nak ada duit warna kuning.
tunggu lah kau duit, duduk lah kau dalam wallet aku nanti.
haha. sumpah aku dah gila.


tapi kan, bila tengok duit-duit ni, terasa macam duit mainan pulak.
ala-ala macam duit jutaria.
jutaria tu game macam saidina tapi versi murah giler lahh..

Wednesday, December 21, 2011

melepaskan rindu bersama kekasih hati

weekend lepas aku dah berjaya melepaskan rindu berjumpa si kekasih hati, pipie. ^__^
ye lah..dah nak dekat 8 bulan tak jumpa, akhirnya dapat jugak kitorang jumpa..


tapi 3 hari je lah kan...tak mampu nak lama-lama..
aku nak kerja..dia nak belajar..


yang seronoknya, time kitorang keluar tu, 3 kali kitorang termatch baju..
memang confirm lah tak pernah nak plan pakai baju colour sama kan..
macam tau-tau je kan..haha..


tapi kitorang keluar tu banyak pergi makan je..
hahaha..habis diet aku..
nak tengok wayang, full bukan main..tak penyabar kitorang nak beratur tunggu..


yang lain tu kitorang berjalan je kerja..
sumpah banyak jalan sampai kaki aku melecet.
sumpah ini tak tipu.
dengan sale gila-gila.
tapi disebabkan pipe dah paham benar yang aku suka membazir duit beli baju, kasut dan macam-macam..
maka setiap kali aku nak beli, dia akan tarik aku keluar kedai..
haha..bagus-bagus. tak la aku menyesal duit habis.. ^__^


cuma sementara aku tunggu dia sampai, dapat la aku rembat barang dulu..haha
geleng kepala je dia tengok aku membeli barang. ^__^



inilah dia HAFIFI FIRDAUS.
sumpah dah rindu balik.
lagi 3 atau 4 bulan kot baru boleh jumpa semula. sob sob sob.

tak suka bangla gatal

bila tengok dekat stesyen minyak, pekerja selalunya orang asing.
selalunya bangla.


dulu, aku isi minyak dekat petronas. 
pekerja bangla dia gatal.
siap mengorat.
siap nak ajak kahwin.


tobat aku tak nak jejak ke stesyen minyak tu dah.
aku berhijrah ke mobil.
pekerja bangla juga..
tapi tak gatal. ok lah juga kan..
tapi, lama-lama, diorang makin nak menggatal.
sumpah aku tak suka...


tak suka nak isi minyak dahhhh..
lepas ni nak tukar ke BHP lah pulak...

NOKIA ASHA 303 sangat menawan hati

sekarang ni aku tengah mencarik-carik handphone.
handphone aku sekarang ni dah uzur aku tengok. T__T  sayang wooo phone ni..
tapi kalau dah rosak je, nak buat macam mana kan.. 


sooo.. handphone idaman kalbu aku sekarang ni..

v
v
v
v
v
v
v
v



ini lah dia nokia asha 303
sedap pulak nama dia..boleh buat nama orang. haha

confirm la aku berkenan yang colour merah kan..
baru la menyerlah gituuu..
setakat ni harga yang aku tau RM480 + memory card 2GB


ni yang kena menyimpan duit ni.. nak dapatkan handphone idaman kalbu punya pasal..
nak tengok specification dia dekat SINI.

Tuesday, December 20, 2011

review losyen enchanteur


sekarang ni aku try pakai losyen enchanteur pulak.
saje nak ubah angin pulak kan. asyik pakai jenama sama je..bosan jugak..

losyen ni yang paling best dekat bau dia. sumpahhhh wangi... dah sapu kat tangan, asyik nak bauuu je..
lagi pun losyen ni tak berminyak pun. tak ada lah melekit-lekit.
bila sapu je kat tangan and kaki, terus kering..
lagipun botol dia cun je..haha


tapi...yang tak bestnya, bila tangan kena air, losyen tu pun cair.. cair kot istilahnya. ala...lepas kena air tu kita terasa losyen tu..


losyen ni untuk whitening jugak. sooo, kita tengok, putih ke tak tangan aku nanti. haha.

harga : RM7.50 - RM 8.00 (lupa lah aku berapa harga dia)
tapi tak tau la kalau harga tu harga sale kan..

rahsia kurangkan berat badan

semalam aku ada cakap berat aku turun sebanyak 3 kilo.

apa rahsianya turun 3 kilo dalam masa sebulan setengah?

sebabnya aku kurang makan.
breakfast sikit-sikit je.
lunch selalu tak makan.
aku dinner time petang ataupun lepas maghrib.

itulah sebabnya aku boleh kurangkan berat badan..
cuma aim aku, aku nak dapatkan berat 40++ kilo.

tapi hari ni aku dah makan banyak.
dengan breakfast mee goreng.
ditambah dengan lunch KFC.
tapi sekali sekala tak salah pun.. ^__^

sepetang di sawah padi yang indah dan nyaman






aku suka jalan-jalan dekat bendang (sawah padi). besttt sangat..
lagi-lagi kalau padi dah hijau kekuningan.. memang menawan hati betul lah..
kadang-kadang aku memancing dekat parit bendang. dapat jugak makan ikan puyu, ikan keli dengan ikan haruan.

yang penting, aku suka duduk kampung pasir panjang, sekinchan, selangor.
walaupun rumah aku bukan dekat tengah bendang, tapi dekat je dengan bendang. boleh jalan-jalan tengangkan fikiran.. ^___^

Monday, December 19, 2011

yeay...berat aku dah turun...

YEAY!!!! YEAY!!!! YEAY!!!!



Hoittt anis. apa yang yeay sangat tu ha...

tapi memang hatiku gumbira dan seronok.

sebab?

berat badanku dah turun 3 kilo. wooooo.. mau tak seronok.. bila orang tegur nampak aku dah susut sikit. rasa macam nak melompat depan-depan tu jugak. hahaha..aku tau ini over.

sebab lagi satu aku gumbira, kulit muka aku dah normal kembali. dah tak de muka kering. yang paling best, kulit dah tak berminyak macam zaman dolu lagi dah..

ubat sakit tekak yang berkesan dan sedap

sekarang ni memang musim demam ke?.
aku baru je baik demam.
ayah aku pun sama. cuma mak aku je yang belum baik-baik lagi.
batuk teruk je tengok.
sekarang dah pulak jangkit kat anak sedara aku yang kecik tu.


copp..bukan itu nak cerita..dah salah topik pulak. =__=
hari tu time demam aku sakit tegak gila-gila punya sakit lah..
nak telan memang mengerikan.
so, pergi kedai nak cari fishernman..tapi tak ado la pulak..
yang ada strepsils dengan woods. tapi aku tak berkenan sebab tak mujarab ponnn..
akhirnya aku amek woods. tak pernah pulak try sebelum ni..


setelah makan 3 bijik, akhirnya sakit tekak aku baik tu..
sungguh lah happynya..boleh makan nasik dah..
sedap pulak tu rasa gula-gula tu..





 woods perasa cherry. RM1.50 sepeket

 ni dalam dia. ada 6 bijik semuanya. kalau dalam gambar ada 4 bijik je, maksudnya lagi 2 bijik dah cair di mulut aku. :)



semak keputusan PMR 2011 menerusi SMS






adik-adik yang baru ambik PMR sekalian, adik-adik boleh check result adik-adik guna sms je tau.
kalau agak-agak takut nak pergi sekolah, guna je sms.
kalau sekolah jauh pun, boleh guna je sms.
senang je macam tu. 


time aku dulu, tak de pulak macam ni. aku call aje sekolah.
almaklumlah, duduk dekat sungkai, perak. sekolah pulak dekat batu pahat, johor.
tidak lah nak pergi sekolah semata-mata nak check result.
kesian bapak aku kena tanggung kos pergi balik nanti. bukan murah tu..

mega giveaway by cik bunny



jom jom jom join giveaway jom. untung-untung dapat jugak hadiah free.

kali ni giveaway by cik bunny.

ada banyak jugak hadiah yang cik bunny nak bagi ni. kat bawah ni senarai sponsor hadiah beliau. :


apa lagi. jom ajak satu kampung join jom.. :)

baju ropol-ropol memang feberet lah..


ohhhh.. seronok dapat menghabiskan duit. 
sebab dah sangat teringin nak membeli, terus kebas satu baju. tu lah bila dah masuk 1 kedai baju yang sangat best. baju semua cun-cun. sangat geram nak beli banyak-banyak.
nasib baik aku masih boleh nak kawal nafsu ni.
kalau tak memang lebih la aku bawak balik. heeee..

aku memang suka baju ada ropol-ropol macam tu. 
bak kata ayahku, "baju zaman 50an."
rupanya aku ni berjiwa klasik ye..
yang penting baju ni labuh dan longgar. 
selesa dan tak payah nak tarik-tarik baju..

Thursday, December 15, 2011

konon nak lelap kejap, tapi tak bangun-bangun pun

pernah tak kalian semua hadapi situasi ini?




ohhhh..mata ku sangat mengantuk.
tapi banyak kerja nak kena buat.
ataupun, kejap lagi ada cerita feveret dekat tv.

jadi..ambiklah keputusan untuk lelapkan mata sekejap. mungkin 2 minit atau 5 minit.

tapi...
selepas sejam..2 jam..3 jam..
still dibuai mimpi..



ya..situasi ni memang selalu sangat lah jadi dekat aku..haha..


hadiah untuk mak dan ayah

25 disember ni tarikh ulangtahun perkahwinan mak dan abahku.
soo, harus lah anak-anak nya ni sibok nak celebrate kan.
ni sekadar nak buat diorang rasa happy dan tunjuk la yang anak-anak dia ni ingat tarikh penting mereka tu.
baru la sooodapp sikit hati mereka.


tapi tidakla kitorang celebrate beriya-iya nya.
setakat makan-makan, beli kek cukup lah.
yang paling penting, belikan hadiah. baru la besttt..


tapi.....benda yang paling penting tu la jadi benda yang paling payah kan.
kepala aku ni dah pening nak beli hadiah apa. hadooiiyaiiii..
ada suggestion tak? please.....kepalu ku sudah buntu ni..

hujung-hujung sem memang sibuk!

bila aku tengok facebook kawan-kawan yang tengah study lagi, semua tengah sibuk.
almaklumlah, akhir sem ni confirm banyak assignment dengan presentation kan.
memang confirm lah tak cukup tidur. (untuk yang suka buat kerja last minit macam aku. =___=)

tapi, aku paling tak suka presentation.
yes! aku memang tidak reti bercakap. sembang kosong + bergosip  pandai la jugak.

tapi, apa yang best, lepas ni study week kan.
nama je study week tapi selalu dijadikan rest week.
confirm balik rumah lepas tu confirm tak study. haha

Wednesday, December 14, 2011

kasih ibu

semenjak aku kerja, aku tinggal dengan mak. tapi sekarang mak aku balik kampung dia seminggu. tapi time-time ni jugak la aku nak demam. sedih wooo demam sesorang. rindu pulak mak aku. lusa baru dia balik. walaupun selalau gaduh-gaduh manja dengan mak, tapi bila mak tak ada, sangat bosan.ini..

ini baru seminggu. cuba bayangkan kita belajar dekat asrama. jauh-jauh. jarang balik. macam mana la perasaan seorang ibu tu kan. patut la selalu kena suruh balik. kena marah kalau tak talipon. jadi, walaupun jauh, kerap-kerap lah contact parents kita ye. lagi-lagi mak. nanti ayah kita jugak yang kena dengar mak kita bebel sebab kita tak talipon. hihi.

kata hati : rindu sangat dekat mak aku. cepat lah balik ye mak..



inilah mak aku. puan norhana bt dahlan.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...