Friday, October 12, 2012

bola oh bola

perghh.. teruja tetiba cerita pasal bola. hahaha. ni semua sebab asyik kalah bila berebut remote tv lah ni. kalau dah abah nak tengok bola, jangan harap lah boleh tengok cerita lain. -___-"  jadi, terjebak lah aku ikut join tengok bola. tapi bola local je lah aku tengok. bola omputih, tak pernah tengok. sebab tak tahu nak sokong mana. haha.


walaupun aku tak suka bersukan, tapi aku suka tengok sukan-sukan yang melibatkan Malaysia. patriotik kan? walaupun aku tak paham rules sukan tu sendiri. tapi buat-buat je lah paham. -___-"


malam tadi aku tengok ATM vs LionsXII wehh. walaupun cuma aku dengan mak je dekat rumah. of course lah aku sokong ATM kan. aku kan patriotik. haha. sumpah berdebar gilosss lah. siap rasa nak tutup TV je. tapi tak tutup tutup jugak. tutup muka adalah. dah macam tengok cerita hantu je aku rasa. -___-"


malam ni, tunggu pulak Selangor VS Kelantan. doa banyak-banyak, selangor menang. ^___^


p/s : abah, stadium jom malam ni. 


gambar 2 tahun lepas mungkin. 

kenapa tudung aku biru? haha. sebab datang pakai baju biru. lepas tu beli jersey selangor tu dekat depan stadium. jadi lah baju merah tudung biru. -___-"

Wednesday, October 10, 2012

birthday hana mustika

 lilin sebatang menandakan baru setahun. huhu.



 alahai. payah betul nak suruh posing depan kek.
ada ke disepaknya kek tu. haha.


hahaha. lawak tengok muka tika time ni.
muka nak nangis je. takut sangat orang kacau hadiah-hadiah dia.


hadiah cincin kecik cenonet dari Tok K dengan embah.


 bola besar gedabak, hadiah dari pok su.
besar bola dari tika. -____-"


hadiah baby dalam stroller dari mak uda.



-
-
-


 hahaha. lego saiz besar gedabak.


ini la yang aku beli hari tu. nak beli yang jenis kecik-kecik tu, macam payah la pulak. tika ni kan baru setahun. bagi yang saiz besar macam ni, senang sikit kot dia nak belajar and pegang. hari tu aku dah ajar dia sambung dengan bukak dua lego. punya lah excited tikanya bila pandai sambung dengan bukak. siap gelak and tepuk tangan lagi. haha. good, good. ^__^


mainan ni semua, belum sempat tika rasmi, bebudak lain dah rasmi dulu. habis semua dah dimain. memang langsung tak pandang makanan. haha. lantak lah mereka. tapi kesian tika. nak pegang mainan tu tak boleh. sebab dia yang paling kecik. harus lah kalah. haha. balik je semua, dia main puas-puas sampai tak nak tidur. -___-"

Tuesday, October 9, 2012

tak nak makan dekat situ dah!

first time aku makan mee bandung yang tak rupa mee bandung langsung.
selalu kan kuah mee bandung warna merah kan.
ni warna putih-putih cream tu.
bau pulak bau maggi.
sekali rasa...
perghh. sah. rasa kuah maggi.
sekali rasa macam maggi sup. rasa lagi macam maggi kari yang cair gilosss.
haaa. agak-agak rasa apa.?
hahaha.
pelik gila lah dekat tukang masak tu.
tak kan tak tahu masak mee bandung langsung kot?
kalau rasa kurang sedap macam tak cukup perasa tu, boleh lah terima lagi.
ni tak, pakai perasa maggi.
masak sendiri dekat rumah boleh lah setakat nak pakai perasa maggi kot.
ni kedai makan tu.
mintak mee sup pun, tak ada nya orang pakai serbuk perasa maggi sup tu.
memang kompem, tak kan jejak ke situ lagi.


kedai tu dekat tanjung karang.
daripada tanjung karang nak ke sekinchan tu, dia selepas jambatan tanjung karang tu.
ada tulis char kuew tiaw penang sebesar alam.
hahaha. sebab char kuew tiaw tu la kitorang tergoda nak makan.
tapi tak sedap jugak.
-______-"

jejak komen laju-laju

misi hari ni, nak jejak semua komen-komen yang dah singgah dekat blog ni.
dah berapa hari tak dapat nak ke blog-blog anda.
fuuhhh. agak busy sebenarnya.
ni pun curik curik masa sekejap.
^__^

Monday, October 8, 2012

rumahku jadi pusat tuisyen


bersepah bebudak tengah buat homework



macam ni lah keadaan bila bebudak ni datang rumah aku untuk buat homework.ni semua sepupu, anak sepupu sendiri je. ^___^



..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...