Saturday, October 9, 2010

bahaya bila mak takut dengan anak

apa akan jadi kalau mak ayah takut dengan anak? memang pelik bunyi nya. tapi tak ada apa pun yang mustahil dalam dunia ni. itulah kalau terlebih manjakan anak, anak langsung tak takut. siap naik minyak lagi. bahaya.

kecik-kecik, anak marah disayang-sayang. 'ololor. jangan marah-marah'. anak mengamuk. siap lempang-lempang mak lagi. tak kisah. tak apa. kecik lagi kan. tapi kalau tak di ajar, boleh ke anak tu belajar hormat orang tua?


bila dah besar, balik sekolah mak lambat bukak pintu. mengamuk. ah sudah. pintu pun boleh dikopak. kuat betul tenaga sepak pintu. mak x marah. tapi anak marah mak sebab lambat bukak pintu.

habis sekolah, anak nak masuk kolej swasta. bukan niat nak belajar. tapi sebab nak ikut boyfriend. ni kes parah. mak ikut je la. sebab apa? sebab mak takut. kalau tak bagi, habis rumah yang dibakar.

tak tahu nak salahkan siapa. bukan nak salahkan sape-sape. bukan juga nak mengata sape-sape. cuma ambillah iktibar. syurga dibawah telapak kaki ibu. janganlah kita lupa walau sedetik sekalipun.

Friday, October 8, 2010

what is termination?

what is termination?

cases under temination?

ah. aku benci betul perkataan tu. nak dekat 1 sem belajar construction law. satu benda pun aku tak faham. next next week kena present pulak. apa aku nak cakap?

kenapa kena belajar law? oh..benci sudah.

kisah aku dengan memanah

aku teringat pengalaman aku memanah awal tahun hari tu. pertama kali memanah. itupun lepas diajak tok guru memanah. pergilah sunway pyramid. sampai-sampai terus cari tempat memanah dulu. =p

inilah dia si tok guru

lepas dah pakai apa yang patut. dengan semangat ambil tempat. punya lah berat benda alah tu. jadi tok guru mintak tukar yang ringan sikit. (bukan aku lemah ok. cuma nak manja sikit je dengan tok guru. haha. gedik. )

cubaan memanah yang pertama. wah. terkena target. tapi.. bukan target sendiri. target tok guru. haaa. ingat senang ke nak shoot target orang sebelah..?

cubaan kedua. masuk dekat target sendiri. tapi dekat luar bulat jugak. takpe, usaha lagi.

cubaan ketiga? tepat! kena dinding. terpantul balik. nasib baik jatuh kat tanah. kalau kena kat diri sendiri. memang terbaik lah.

lepas tu cubaan semua berjaya. dah habis, aku pandang belakang. apesal ramai sangat tengok ni? bukan aku buat pertunjukan pun. haish. bikin malu je.

note : tok guru sekarang tak ada kat sini. tak boleh nak ajar. lagipun tok guru tengah training nak bertanding nanti.

Thursday, October 7, 2010

kau dalam doaku

walau apa pun terjadi, aku tetap akan tunggu juga. aku tetap yakinkan dalam diri aku, semuanya pasti akan kembali normal. kembali seperti dulu. aku tidak mahu memaksa. aku takut keadaan akan jadi lebih buruk lagi. semoga doa aku akan dimakbulkan. amin.

tudung indon? yakin tak nak pakai?


oh. teringin betul nak pakai tudung macam ni. cantik je. kemas pulak tu. tak payah susah2 nak lipat-lipat tudung. tapi dia dah cantik. pakai apa pun cantik. kalau aku? haha. dah la muka bulat. ada hati nak pakai tudung cam ni. macam tak sesuai je. tak yakin okey nak pakai.

tapi, ayah aku tak suka mak aku pakai tudung indon. tunang akak aku pun tak suka akak aku pakai tudung indon jugak. kalau aku pakai incik fifie suka tak ek? haha..

manfaat yogurt


yogurt. dulu aku memang tak makan yogurt ni. aku rasa tak sedap. tapi entah sejak bila aku tiba-tiba makan yogurt ni pun aku tak tau. tiba-tiba jadi suka. daripada yang berperisa, sekarang aku lebih suka yogurt kosong.

sebenarnya, banyak kelebihan yogurt ni tau. antaranya :
  1. mengandungi probiotik yang merupakan sejenis bakteria baik yang melindungi usus
  2. kaya dengan protein, kalsium, vitamin B
  3. boleh kenyangkan perut dan cepatkan penghadaman tau. elok ni untuk diet.
  4. kalau dah kaya dengan kalsium, mestilah boleh menguatkan tulang.
sebenarnya banyak lagi. kalau nak tau lagi, boleh lah tanya encik google ye. ^_^

disebabkan selera aku agak kurang sikit sejak kebelakangan ni, aku makan yogurt je lah. tapi tipu lah kalau tak makan nasi kan. =p

Wednesday, October 6, 2010

cepat bayar yuran

hari ni tangan aku gatal lagi nak check yuran. nak sahkan balik yang aku dah habis bayar semua yuran. tapi bila aku bukak je..


oh. malas sungguh aku nak pergi bayar lagi. kenapalah tak kumpul terus waktu awal sem. senang sikit aku nak bayar. lepas tambah, tambah lagi. aiyoo..kena bayar cepat. nanti tak pasal-pasal tak boleh daftar sem depan.

Sudirman : Joget Kenangan Manis (HQ Audio)



Joget Kenangan Manis

Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa

Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulanglah segera kepada ku

note : sangat rindukan orang yang jauh..hurmm..

Tuesday, October 5, 2010

my dream

setiap orang ada impian dia yang tersendiri. aku pun ada juga. impian aku simple je. aku cuma nak 1 pintu suka hati doraemon tu. siapa boleh bagi?


tada...pintu macam ni la aku nak.

kenapa?
  1. senang nak ulang-alik balik rumah
  2. senang jugak nak ulang-alik jumpa si dia
  3. boleh pergi mana-mana nak pergi
  4. boleh bercuti dengan jimat. ye la, tak payah susah-susah sewa tempat tinggal
gila kartun punya angan-angan. angan-angan siapa lah ni.

romantic snow globe


Romantic Snow Globes by WiddlyTinks.com

tips berhenti merokok

tips berhenti merokok ni senang je. tapi seperti biasa, disiplin mesti kuat.

caranya :

  1. anda perlu menyediakan satu tabung. tak kisah lah tabung apa-apa pun. yang penting boleh isi duit.
  2. anda tampal dekat tabung tu, "tabung rokok" seperti gambar di bawah.
  3. setiap kali anda terlintas nak beli rokok, anda ambil duit tu dan masukkan kedalam tabung tersebut.
  4. dalam berapa minggu, anda cuba lihat, berapa banyak duit yang anda kumpulkan tu. sebab anda mesti tak sedar yang duit yang andaguna untuk beli rokok tu sangat banyak nilainya.
note : selamat mencuba..!!

Sunday, October 3, 2010

beg besar atau beg kecil?

kaum perempuan memang tidak boleh berasingan dengan beg tangan. beg tangan merupakan benda wajib di bawa apabila keluar. selain merupakan satu keperluan, ia juga merupakan satu item dalam berfesyen. jadi, antara beg tangan besar atau kecil, yang manakah pilihan anda?



beg besar

beg besar ada banyak kelebihan. terutama apabila anda mahu keluar membeli-belah. anda boleh sumbat sesetengah barang yang anda beli. anda juga tidak perlu risau beg tidak muat. segala dompet, telefon bimit, bedak, cermin, air, semuanya anda boleh sumbat.


beg kecil

beg kecil sesuai untuk majlis-majlis tertentu. contohnya majlis makan malam. tapi ia tidak berapa praktikal untuk keluar membeli belah.

tapi, setiap orang ada pandangan masing-masing. ini cuma pandangan aku sahaja.. ^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...