Thursday, December 15, 2011

konon nak lelap kejap, tapi tak bangun-bangun pun

pernah tak kalian semua hadapi situasi ini?




ohhhh..mata ku sangat mengantuk.
tapi banyak kerja nak kena buat.
ataupun, kejap lagi ada cerita feveret dekat tv.

jadi..ambiklah keputusan untuk lelapkan mata sekejap. mungkin 2 minit atau 5 minit.

tapi...
selepas sejam..2 jam..3 jam..
still dibuai mimpi..



ya..situasi ni memang selalu sangat lah jadi dekat aku..haha..


hadiah untuk mak dan ayah

25 disember ni tarikh ulangtahun perkahwinan mak dan abahku.
soo, harus lah anak-anak nya ni sibok nak celebrate kan.
ni sekadar nak buat diorang rasa happy dan tunjuk la yang anak-anak dia ni ingat tarikh penting mereka tu.
baru la sooodapp sikit hati mereka.


tapi tidakla kitorang celebrate beriya-iya nya.
setakat makan-makan, beli kek cukup lah.
yang paling penting, belikan hadiah. baru la besttt..


tapi.....benda yang paling penting tu la jadi benda yang paling payah kan.
kepala aku ni dah pening nak beli hadiah apa. hadooiiyaiiii..
ada suggestion tak? please.....kepalu ku sudah buntu ni..

hujung-hujung sem memang sibuk!

bila aku tengok facebook kawan-kawan yang tengah study lagi, semua tengah sibuk.
almaklumlah, akhir sem ni confirm banyak assignment dengan presentation kan.
memang confirm lah tak cukup tidur. (untuk yang suka buat kerja last minit macam aku. =___=)

tapi, aku paling tak suka presentation.
yes! aku memang tidak reti bercakap. sembang kosong + bergosip  pandai la jugak.

tapi, apa yang best, lepas ni study week kan.
nama je study week tapi selalu dijadikan rest week.
confirm balik rumah lepas tu confirm tak study. haha

Wednesday, December 14, 2011

kasih ibu

semenjak aku kerja, aku tinggal dengan mak. tapi sekarang mak aku balik kampung dia seminggu. tapi time-time ni jugak la aku nak demam. sedih wooo demam sesorang. rindu pulak mak aku. lusa baru dia balik. walaupun selalau gaduh-gaduh manja dengan mak, tapi bila mak tak ada, sangat bosan.ini..

ini baru seminggu. cuba bayangkan kita belajar dekat asrama. jauh-jauh. jarang balik. macam mana la perasaan seorang ibu tu kan. patut la selalu kena suruh balik. kena marah kalau tak talipon. jadi, walaupun jauh, kerap-kerap lah contact parents kita ye. lagi-lagi mak. nanti ayah kita jugak yang kena dengar mak kita bebel sebab kita tak talipon. hihi.

kata hati : rindu sangat dekat mak aku. cepat lah balik ye mak..



inilah mak aku. puan norhana bt dahlan.

Tuesday, December 13, 2011

keluarga bersepah-sepah

hari ini, aku bersendirian dekat rumah. abahku dekat rumah felda sungai tengi selatan. mak aku pula balik kampung dekat banting. kakakku dekat port dickson. adik lelaki aku dekat kuala pilah. adik perempuan pulak dekat upm serdang. 

ahli keluarga kitorang memang selalu merata-rata tempat. sampaikan orang kata keluarga kitorang bersepah-sepah. sunyi duduk sorang dekat rumah. nak makan pun tak selera. nak tidur pulak, lampu daripada beranda sampai ke toilet, harus terpasang. haha. cuak okey.

rindu nak tunggu hujung minggu. nak bagi rumah riuh rendahh balik...

dah kerja pun kena stay up sampai tak tidur

kalau sebut pasal bersengkang mata sampai tak tidur, mesti ingat masa belajar. selalunya time nak siapkan assignment ataupun nak exam. sanggup tu tak tidur malam. balun la nescafe berpaket-paket ataupun bertin-tin. tapi aku, setelah berabad lamanya tak bersengkang mata, akhirnya aku 'berjaya' jugak ulanginya malam tadi.

memang mata dah macam mata beruang koala. eh. ke beruang panda. entahla. janji lebam macam mata beruang. sudahla bermata beruang, ditambah lagi dengan selekeh nak pergi kerja. tak ada lah nak mata colour-colour kalau pakai bedak pun tak. sumpah selekeh ya amat. nasib baik office ni tak ramai orang. tak la segan sangat kan.

malam tadi aku bersengkang mata semata-mata nak siapkan dokumen tender. memang aku terlalu rajin sampai orang mintak tolong, aku terima saja dengan hati yang terbuka sambil tangan menadah nak upah. haha. tapi memang makan diri. tak dapat rehat di hujung minggu. tak dapat jugak nak manfaatkan cuti keputeraan sultan selangor. T__T

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...