Tuesday, August 27, 2013

diriku dipinang orang

Acehhhhhh....
Gedikkss sangat tajuk tu hoiiii..

Alhamdulillah..
Sabtu lepas, bermulalah relationship aku dan pipie ke fasa kedua..
Setelah lebih 6 tahun couple..
^____^


Semoga perjalanan kami ke fasa seterusnya dipermudahkan.




Thursday, July 11, 2013

lotion yang sangat wangiiii..


Haaaaa....
Ni lah lotion yang aku rasa sangat wangi..

Sukaaaaa sangat..
Beli dekat cosway..
Dengan harga rm 10.90 untuk member.
Murahhhh kot.
Besar tuu..
200ml.

Sukaaaa bau diaaaa..
Lagi satu, lain orang lain kekuatan bau dia tau.

Wednesday, July 3, 2013

my mini usb fan yang comelssss


My mini fan yang setia di meje office.
Comel tak?
kecik-kecik ni pun, angin tetap terasa tau. 

Mini fan ni aku beli dekat mr. Diy aeon setiawangsa.
Sama tempat dengan beli sudu garfu comel hari tu.

Aku kalau dah masuk Mr. Diy tu memang heaven la...
Habis pusing banyak kali.
Sebab barang dia mengarut dan murah..heeee..
Mini fan tu just rm5.50 tau.

Sama macam daiso.
Syokkkk je masuk pusing-pusing cuci mata.
^____^

Friday, June 28, 2013

mana nak beli barang buat hantaran murah?

Salam jumaat semua.


Sekarang ni aku nak mencari barang-barang untuk membuat hantaran.

So, anyone tahu dekat mana nak beli barang yang murah-murah?
Kalau boleh area kl ni je la.
Malas nak pergi jauh-jauh.
Contohnya macam bantal polisterin tu.
Seriously sangat teringin nak buat bantal hantaran.
Heeeeee...


Ingat tak entri bunga tisu hari tu?
Itu bunga-bungaan yang akan diguna untuk menghias my hantarans.
Sebab aku nak sangat hantaran yang penuh dengan bunga...


Nak beli bunga banyak sangat memang kena ready duit yang banyak juga.
So, marilah kita berjimat walaupun kena kerah tenaga sedikit.

^____^

Thursday, June 27, 2013

Sudu garfu yang comel



Fokus dekat sudu tu tau...
Comelllll tak?

Haha.
Semangat nak breakfast pagi tadi semata-mata nak guna sudu comelsss ni.



Monday, June 24, 2013

Borong simplysiti

Tadaaaaaaa....


Borong barang simplysiti dekat guardian khamis lepas.
Total RM 198.
  
Ada sale time tu.
And bila kira semula,
Aku dapat jimat hampir rm100 di situ. 
Happppyyy!

Yang best dengan simplysiti ni, dekat facebook dia, dia akan update setiap sale yang dibuat.
Sale dia lain-lain tau.
Kat guardian lain, kat watson lain, kat tesco lain.
Yang penting tiap tempat lain lahhh.


Sooooo...harus bijak pilih tempat yang tawarkan sale terbaik!

Thursday, June 20, 2013

Alhamdulillah..:)

Alhamdulillah..ada juga rezeki untuk ada kereta sendiri..:-)

Jom, say hi to George!

Tuesday, June 18, 2013

Santapan malam

Yummyyyhhhhh...
Dapat jambu ni cicah dengan sambal kicap...
Perggghhh...
Kompem kejap je licin ni.

Diy bunga tisu jom!

Sekarang ni tengah dalam mood ber DIY ! Ini semua sebab roomate sendiri nak kahwin. Seronok pulak tengok dia ber DIY. Tu yang boleh terjebak tu nak DIY jugak. Heeeeeee....

Friday, April 19, 2013

My cute kotak tisu

Pantang nampak kotak yang putih suci murni bersih...
Harus laju je tangn na menconteng..
Heeee...

Friday, April 12, 2013

homestay atau apartment untuk disewa di Port Dickson

selamat pagiiiii..


ada yang nak bercuti pergi PD tak?

haaaa.....kalau ada, boleh lah menginap dekat HANA MUSTIKA HOMESTAY ni.

homestay ni berbentuk apartment 2 bilik.

khas untuk muslim sahaja. ^___^

dan, kami tak limitkan berapa orang nak menginap dalam tu.

cuma, bawak lah toto lebih ye.

^___^

so, jom terjah HANA MUSTIKA HOMESTAY.

Sunday, March 24, 2013

hadiah untuk ayah

assalamualaikum semua.

mesti anda-anda semua lama tak nampak jejak saya kan?
maaf.

dah lama tak BW.

kerja sekarang bukan semudah yang disangka.
tiada istilah punch card pukul 5.
tiada juga istilah dapat selalu weekend.
balik kerja, kejap je mata dah suruh tidur.


seperti biasa, bila sampai je birthday abah.
harus kepala pusing nak bagi hadiah apa.


should i give him perfume?
or wallet and belt?


ohhh. sangat-sangat tak tahu.


tapi semalam jalan-jalan.
nampak bantal best yang sangat comfort.
should i give him pillow?


sangat best kot macam tu.
tapi tak kan nak beli satu.
mesti partner untuk mak sekali kan.
sooo..simpan hadiah tu untuk bagi masa anniversary nanti lah.


and now, mula pening dan pusing lagi nak bagi hadiah apa.
-____-"


note : my current weight is 60kg!!!!
ohhh no!
makin stress makin naik berat.
makin banyak kerja luar, makin banyak makan.



Thursday, March 14, 2013

teringinkan ford fiesta


wohooooo.
sangat sangat teringin nak ada kereta ni.


mampu?
ohhhhhh.
mampu tengok sahaja mungkin.
sesak nak bayar bulan-bulan nanti.


beli proton preve je lah.
haha.

Wednesday, March 13, 2013

tutorial - diy doodle atas mug


bahan :

1. mug putih kosong
2. permanent marker pen berbeza saiz.

i love using black and red marker!


first, lukis lakaran kasar guna marker pen saiz halus ye.
nampak senget?
abaikan. baru lakaran kan.


haaa...guna marker saiz lebih besar, ikut semula lakaran tadi.
time ni, boleh lah kita cover sikit-sikit yang nampak cacat tu.
senget lagi?
tak apa.
senget itu seni.
^____^


lepas tu, boleh lah tambah sikit corak kasi naik seri kan.
suka warnakan merah dekat tengah tu supaya boleh kasi naik sikit corak tu.
lepas tu boleh lah sambung buat banyak-banyak bunga.



tadaaaa...hasil selepas di tambah bunga, tangkai dan daun.


hasil 4 bijik mug yang dah siap.

soooo, cuba lah ye.
^___^
jimat kos kalau nak bagi hadiah dekat kawan-kawan.


Tuesday, February 19, 2013

jahit manik pearl dekat baju kurung


my sis suruh jahitkan manik baju dia.
nak yang simple and tak terlalu sarat.



nasib baik dia suka.
kalau tak, paksa jugak suruh suka.
huhu.


untuk lengan baju macam ni,
aku cas RM30.
mahal?
sebab kos manik pun mahal.
hukhuk.

Thursday, February 14, 2013

doodle - flowers



rindu nak ada masa buat benda ni.
hukhuk.

kahwin.


wink wink.
kami.
kahwin?


ohhhh. belum lagi.
heeeee.



haaaa... ni baru betul ambik gambar dengan pengantin.
lama dah kot kenduri ni.
3 minggu lepas peram cerita.
  
means, dah 3 minggu jugak aku tak jumpa si dia.
sobs sobs.
rindu kot.



and, ni gambar favourite.
even nampak gemoks sangat dalam gambar ni.



sekarang ni dah ramai kawan-kawan bertunang, berkahwin.
tumpang gembira untuk mereka-mereka.


bila my turn?


rancangnya, hujung tahun ni.
tapi mak abah suruh tangguh tahun depan.
atas sebab-sebab tertentu.


and thanks a lot sebab si dia faham.
semoga dipermudahkan urusan kami nanti.
^____^


Wednesday, February 13, 2013

tired.

ohhhh.
seriously penat sangat.

baru je sampai rumah dari felda tenggaroh.
tahu tenggaroh dekat mana?


dekat johor.
daerah mersing..
jauh kot.
6 jam dari KL.


semalam gerak ke sana.
hari ni balik KL.


dah macam office nombor 2 dah tenggaroh tu.
tapi nak buat macam mana kan.
kerja.
kena lah buat kan.



me at felda residence tanjung leman.


^_____^

Thursday, February 7, 2013

masuk kandang kambing mengembek.


first time cuba nak pegang kambing.
haha.cuak kot even anak kambing tu nampak soooooo cute!



akhirnya...
berjaya jugak dipegang sikit.
comel kan anak kambing tu.
haha.



Monday, February 4, 2013

segalanya lebih stabil sekarang

setelah sekian lama tak hadap blog.
boleh tak kalau aku cakap, aku blur nak start semula dari mana.
tak tahu nak mula cerita dari mana.
ohhhh... i'm so blurrr!


sekarang aku dah masuk rumah sewa dekat setiawangsa.
nak kata jauh dari office, tak sangat lah.
cuma adat duduk kl kan.
harung lah kau jem tu hari-hari.


kehidupan sekarang makin stabil.
tapi...
poket yang makin kurang stabil.
-____-"


perghhh..3 minggu lagi kot nak tunggu gaji.
makan megi je lah hari-hari nampaknya.
hukhuk
duduk kampung lagi kaya wehhh even gaji half dari yang sekarang.
tapi itulah namanya dugaan dan cabaran kan.
^____^

Saturday, January 19, 2013

oh my weekend.

salam rindu semuaaaa.!



hari ni, aku dekat kampung.
hoyehhhhh!
seronok sangat dapat berweekend di kampung.
dapat makan banyak banyak hokeyhhh!
rindu masakan mak lah katakan.



and i'm so sorry sebab tak dapat lagi nak publish komen komen anda semua.
sebab still tak sempat nak balas jejak semua.
hukhuk.
next month, pindah masuk rumah sewa, nak kena rembat broadband terus.



banyak ni cerita tersimpan dalam kepala ni.
haha.
tunggu ye.

Sunday, January 13, 2013

terpaksa menyepi. sedih!

hai hai dan hai lagi semua.
serious rinduuuuu!


sekarang ni aku dah selamat daftar diri dekat hq felda jalan semarak.
dah selamat juga kursus 3 hari dekat hq.
dah selamat juga daftar diri dekat department.
dah dah selamat juga pergi out station ke chini 3 hari 2 malam.
dan sekarang ni, hari kedua seminar dekat hotel grand season.



perghhhh. pack sangat jadual.
sampai kereta pun dah kiok sebab lama tak start.
-____-"


sekarang ni still lagi mencari rumah sewa.
harap sangat dipermudahkan.
^____^


tunggu nanti keadaan dah stabil.
boleh lah beli broadband sendiri.
dan boleh lah online puas puas.
^___^

 

Monday, January 7, 2013

mencari pengganti juruukur bahan segera

hari ni last day kerja.
tapi still belum ada pengganti.


so, sesiapa ada diploma atau degree ukur bahan,
and tinggal dekat area sungai besar,
dialu alukan sangat memohon.
^___^


just call 03-32247515
issuma construction sdn bhd.


sticky post untuk seminggu.
scroll ke bawah untuk entry baru ye.

Wednesday, January 2, 2013

PAPA Seafood di kapar


kalau jalan dari kapar ke kuala selangor tu, ada dua kot kedai makan ni.
kalau dari kuala selangor ke kapar pulak, ada satu.
semua dekat area kapar ke jeram.


aku suka makan kat sini.
makanan dia sedap.
tempat dia pun selesa.



ni kerabu mangga.
mula-mula sampai tu, tengok macam pelik.
tak macam kerabu mangga biasa.
sekali makan, sedap rupanya.


hari tu kitorang makan biasa-biasa aja.
tomyam, telur dadar dengan kailan ikan masin je.
tu yang malas nak ambik gambar tu.
^__^



p/s : entri autopost. sebab sekarang ni tengah on the way pergi lapor diri dekat hq felda jalan semarak.
ohhh..nervous takut kena campak ke mana-mana.
wish me luck ye.
^__^

Tuesday, January 1, 2013

hadiah untuk sepupu


hadiah purse dari aku untuk sepupu yang dapat 8A PMR hari tu.
blurrr sangat nak hadiahkan apa.
ingat nak bagi beg.
tapi bila tengok purse, macam best je.
^__^



surprise dari abah.
haha.
tak sah kalau tak mengenakan orang.



semoga dia akan terus belajar rajin-rajin and tak leka dengan kejayaan sekarang.



p/s : sekarang tengah sibuk packing barang. dah macam budak sekolah nak balik asrama dah rasa. 


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...