Monday, September 21, 2015

Jalan-jalan tengok rumah contoh - M Residence Rawang

Last week aku jalan ke Rawang. Kekononnya nak tengok rumah untuk disewa. Rumah area sana kan murah lagi nak sewa. Jauh dari KL la tapinya. Hukhuk.

Lepas tengok rumah, husband ajak jalan-jalan tengok rumah baru. M Residence. Harga memang pergi la... Tapi dah nama pun nak tengok kan. Harga starting 590K tu wehhhhh.

 

Muka Husna excited betul tengok rumah besar. 





Tengok gigih anak dara ni memanjat tangga. Maklum la, rumah sendiri ta ada tangga. 

Sabar ye nak, harga rumah ni pergiii sangat. Tunggu la ummi abah kaya dulu ye. Kikiki.

Tengok rumah contoh, sedap la. Complete semua ada. Tapi kalau beli, ada sink seketul jek. Tu husband cakap, "beli rumah lebih setengah juta, dia bagi sink 80 hinggit je?"

 

Friday, September 18, 2015

Free sample ; Laurier panty liner

Kemarin aku dapat bungkusan dari pihak KAO. Ingatkan apa benda la. Rupanya free sample panty liner. Hehe. Ni mesti kes dulu-dulu rajin submit registration apa-apa entah.

Dalam paket tu ada beberapa jenis panty liner laurier. Okay gak. Boleh letak dalam handbag. Barang free, siapa tak suka kan?


Thursday, September 17, 2015

Kek milo 3 minit ; simple, mudah dan sedap


Ini lah rupa kek milo microwave 3 minit aku yang tengah famous sekarang ni. Huduh? Alaaaa.. Janji sedap. Kikiki. 

Memandangkan rumah aku tak ada microwave, aku buat projek ni dekat office. Waktu lunch hour tau. Hari Jumaat. Rehat kan lama.. Hehe. Buat ramai-ramai dengan kawan office. 

Resepi?

Simple je. 

4 sudu makan milo
4 sudu makan gula
4 sudu makan susu cair
4 sudu makan minyak
4 sudu makan tepung gandum
sebiji telur
sedikit soda bikarbonat

gaul je semua dalam satu bekas. Masuk dalam cawan, masak 3 minit dalam microwave. SIAP!!!

Satu adunan tu dapat la 3-4 cawan. Mula-mula aku bubuh 3/4 cawan. Hambekkk ko.. melimpah ruah habis. 
Aku buat 3 adunan. Semua main campak-campak je. First adunan, jadi lembab dan cair-cair sikit. Mungkin kurang tepung. 2nd adunan, agak kering. 3rd adunan, gambar atas tu. Balance lembab and kering.

Tapi aku suka lagi first adunan. Dia ada cair-cair, leleh sikit. So, sape nak cair-cair sikit, kurangkan sikit tepung. 

Aku jumpa kat facebook, banyak jenis kek dah diorang bagi resepi. Hishhh. Kena try ni. 


Tuesday, September 15, 2015

Wedding kawan sekolah menengah

Weekend hari tu memang habiskan masa ke kenduri je. Sabtu kenduri, Ahad kenduri. Ahad kenduri roomate waktu sekolah menengah. Alang-alang dekat je dengan kampung, haruslah pergi kan.


Ni semua kawan-kawan waktu sekolah menengah. Memang tak pernah langsung keep in touch. Bawak haluan sendiri je aku. Yang aku contact pun cuma pengantin perempuan tu je. Tu yang gigih pergi wedding dia tu.

 

Merasa naik pelamin lagi sekali.. hihi. Siap suruh pengantin lelaki ambikkan gambar. Nasib laaa. Husna takut tengok pengantin lelaki. Pelik kot tengok orang bertanjak, berkeris bagai.

Alhamdulillah, kawan sebilik kat sekolah menengah dulu semua dah kahwin. :)

Monday, September 14, 2015

shopping di zalora ; Kurung moden gene martino



Hari tu aku ada dapat voucher ZALORA  RM 40. Hishhh. Rugi kot kalau tak guna. Dah tak pasal-pasal terpaksa shopping. Terpaksa tau buka suka rela. Kikiki.


Dann. Finally baju ni jadi piliha. Yang murah-murah sudahlaaaa. Mahal-mahal buat apa kan. Ni harga asal RM119. So, tolak voucher, jadila RM79 untuk sepasang baju kurung. Berbaloi rasanya. Haruslah warna merah terang tang tang tang jadi pilihan. Ni aku ambil saiz M. Dan nasib aku tak ambik saiz S. Sebab kain jenis stretchable tu. Tapi bukan lycra. Kain sedap. Sejuk je. Memang tak panas buat g kenduri tengah hari buta macam ni.

Aku pilih bayar masa delivery. hari ni order, lusa sampai dah. :)


Terus korek dalam box baju husna, cari baju merah untuk Husna. Nak sedondon katanya. Husna muka masam sebab ngantuk nak tidur. 5 minit dalam kereta, terus lena.


Habis dah cerita baju. Nak share gambar je pulak. Husna dan mak udanya.


Dan gambar mereka lagi. Azee marah aku sebab sibuk nak port gambar belakang ada pokok jagung. Hookeyy apa. Baru la hijau mata memandang kan. Kata kampung.


Selfie anak beranak. Penat nak suruh mak selfie sama. Husna tak ada sebab dan tido.

Habis kenduri, kitorang singgah jeti Bagan Datoh, Perak. Kendurinya kat situ jugak. Saje-saje ambik angin. Jerebu teruk kot. Husna memang excited la dapat jalan-jalan.

 

Husna sibuk dengan uda, Tok dengan Embah dia. Ummi Abah boleh la nak bergambar berdua kan. Bukan selalu. :)

 

Teruk kan jerebu tu. Kat KL jerebu. Kat kampung pun jerebu. Harap cepat la elok jerebu ni. Dah rasa duduk dalam asap je.




Thursday, September 10, 2015

kuruskan badan lepas bersalin

Haaaa.. dah 9 bulan lebih dah bersalin. Sibuk nak up entry turunkan berat badan lepas bersalin.


Haaa. Ni kira gambar yang paling dekat la nak bersalin. Last berat sebelum bersalin, 85kg. Nangis tengok berat. Naik 30kg wehhhhh! Mula risau, boleh ke berat turun.

Lepas bersalin, gigih sapu losyen panas, berbarut ikat tali tu ketat-ketat. Sangat-sangat nak kurus. Cuma, aku tak bertungku sangat. Sebab family aku memang jenis tak bertungku lepas bersalin. Memang tak ada siapa suruh aku bertungku.

Balik rumah mertua, baru mak mertua ajar bertungku. Tu pun dah sebulan lepas bersalin. Lemak dah degil dah.


Ni gambar sebulan setengah lepas bersalin. Baru turun 15kg. Berat still 70kg. Lagi 2 minggu nak masuk kerja. Memang runsing habis. Try baju kerja, semua tak muat!!! 

Terus ajak husband beli baju kurung. Saiz L wehh baju.

Lepas tu aku dah tak kisah dah pasal berat. Pegang kata orang, breastfeed anak kerap, rajin pam susu.




Dannnn. Alhamdulillah, puasa hari tu aku dapat turunkan berat lagi 10kg. Now, 60kg-61kg gituuu. Yang peting semuaaa baju dah muat semula. Simpan balik semua baju yang baru beli saiz L hari tu. haha.

Tapi ada lagi 5kg untuk dapat berat zaman anak dara. Hihi.

Sekarang aku tengah ada cabaran sendiri. Cabaran 5 cawan green tea sehari untuk hilangkan perut buncit. Nanti kalau berjaya aku share ye..


Friday, September 4, 2015

Selekeh!!!

Hari ni datang office, redho je la selekeh dengan tudung comot, berkedut-kedut. Hukhuk.

Memang husna suka tonyoh tonyoh muka kat tudung ummi dia. Habis segala air liur, hingus melekat. Pakai pulak shawl plain. Hari ni dia add on lagi. Menempel berpeluk kat dada, sampai tertidur. Habis kedut seribu tudUng ummi..

Sabar je laaaa. ��


Balik kerja semalam singgah aeon Au2. Sempat la menyinggah naikkan husna mainan ni. Tak takut pulak dia. Ingat melompat keluar bila mainan tu gerak-gerak..


Thursday, September 3, 2015

bawa husna kenal pantai

Hari Ahad lepas, saje ajak husband dengan family mertua jalan-jalan Kuantan. Konon nak bawak Husna mandi manda pantai.

Plan asal pukul 7 gerak dari rumah. Tapiiii..

Biasa lah kan. Pukul 9 baru gerak. Sampai Kuantan dah pukul 11. Matahari mencanak atas kepala. Nak mandi pantai macam mana kan?

 
Merah mak ngah gincuuu aku.
 

So, jejalan kat ECM Kuantan dulu. Ambil sejuk aircond, cuci-cuci mata dulu. Dalam pukul 3 lebih, baru lah sampai pantai. Kitorang pergi Pantai Batu Hitam. Sebab lengang tak ada orang. Dapat pula park bawah pokok, redup je la. Siap bawak khemah gituuuu.

 
 Tengok anak dara ni dengan tok abah dia. Punya geli nak memijak pasir tu. Pergi pijak atas kaki tok abah.

Ni pakai kasut boleh la dia berjalan. Kemain excited dia nak berjalan kat pantai tu.

 
Muka whatever sangat anak dara ni. Lepas makan mushroom soup banyak gilosss. Lapar kot tepi pantai.

 
Ni belangkas jumpa kat pantai. Suami aku tak pernah jumpa belangkas katanya. Kesian. Hehe. Kat kampung aku memang famous belangkas ni. Sedap wehhhh!

 
Ummi dan Husna. Fefeeling tudung kibar-kibar kena angin pantai gituuuu.

Mana gambar husna mandi pantai??

Mimpi je lah nak ambik gambar husna mandi pantai. Cecah kaki dekat air laut, kena ombak, meraung kuat ya amat. Sebatu dengar dia menangis. Alahai la husna.
 

Tuesday, September 1, 2015

Jengka - KL : 7 Jam

Pergggghh... semalam punya jem dari jengka ke kl tu dah sampai tahap jem macam time raya. berduyun duyun kereta. Ikut info traffic radio, jem lepas tol karak menghala ke bentong. Tapi ni belum sampai tol karak dah jem.

Semalam gerak dari kampung pukul 6 petang, sampai rumah pukul 1 pagi.. hambekk...




 Ni gambar mula bertolak. Memang ceria je lah kan.

Ni dah terbongkang dekat seat belakang.

Husna pun merengek rengek juga dalam kereta walaupun tengah tidur. Ye lah. Tak selesa kan tidur dalam kereta kalau nak dibandingkan tidur atas tilam dekat rumah.

Sampai rumah pun dia still meragam. Itu tak kena, ini tak kena. Sudahnya umminya jugak yang rabak mata kerja hari ni.

Thursday, August 27, 2015

Bila husna berkampung di office

Pagi ni nak throwback gambar raya hari tu. Raya hari tu aku cuti 2 hari je. Tapi taska husna cuti seminggu. So, terpaksa lah bawa husna berkampung di office.




 part ni best. kutip duit raya dekat office.

 Acehhhh. Main-main keliling bunga.


Ha. kenapa?
 


Ummii, Cak!!!



Aunty-aunty dengan uncle kat office rajin melayan. Berkelah tepi taman.

 Penat main, tidur belakang meja. Sian dia.



Belajar jadi technician mesin fotostate.

Alhamdulillah, 3 hari berkampung di office. Husna good girl sangat.

Wednesday, August 26, 2015

seronok tengok masterchef australia 2015

MCA7 Final Top 24 

Ni first time aku layan Masterchef Australia ni. Baru langgan Astro Lifetime, Starwold bagai tu. Memang sharp pukul 8 hari-hari, aku dah stand by depan Tv. Dan semalam habis sudah series 7.

Billie McKay 

Billie menang. Yeay!! Kagum sangat dengan dia ni. Dah la tenang sangat dia buat kerja. Laju pulak tu tangan dia bergerak. Hebat! Lagi-lagi final semalam. Perghhh.. No wonder Chef Henston (pakai spec) terus offer Billie kerja dengan dia.

Serious aku tengok final semalam, aku ikut menangis. Syahduuu weh. Even Billie dengan Georgia tengah fight untuk menang, tapi diorang tetap support each other. Tak ada langsung sifat dengki mendengki tu.

Jessica, Billie, Reynold and Georgia Masterchef Australia Season 7 
Jessica, Billie, Reynold, Georgia

Happy je kan diorang walaupun diorang tengah compete antara each other. Sebab tu aku suka tengok series ni. Friendship diorang memang kuat. Tak ada dengki mendengki. Tak ada jelous sana jelous sini. Tolong menolong. Support each other.

Kalau masterchef Malaysia? penuh drama sangat. 


Thursday, August 20, 2015

Al-Fatihah buat Tok

Assalamualaikum,

Kembali bertugas lepas cuti EL 2 hari. Pagi Selasa lepas dapat panggilan Tok (Nenek Suami) telah kembali ke rahmatullah. Tok meninggal selepas 4 hari di hospital sebab jangkitan kencing tikus. Ya Allah. Semuanya berlaku sekejap je. Baru rasanya raya hari tu bergurau, berborak dengan Tok.





Satu-satunya gambar kenangan Husna dengan Tok (bertudung hitam)

Semoga Tok ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan diampunkan segala dosa. Amin.

Al-Fatihah buat Tok.

Thursday, August 13, 2015

cara kebahkan demam anak kecil

 

Alhamdulillah. Husna dah baik demam. 3 hari demam panas. 2 hari ummi EL. 3 hari demam, habis susut dah badan. Makan tak selera. Mungkin tekak tak sedap.

Sebenarnya Husna mula demam dekat kampung. Sabtu hari tu aku balik ke kampung nenek suami. Dan malam tu Husna ternampak "sesuatu". Scaryyyy tak?? Huhu.

Malam tu Husna tidur macam biasa dalam pukul 9 gitu. Husna tidur, confirm la ummi dia tidur sekali kan. Dalam pukul 1 pagi lebih tu, Husna merengek. Bagi susu tak nak. Tiba-tiba dia pandang pintu luar. Kat kampung kan kita tidur lambak je kat ruang tamu. Lepas dia pandang tu terus dia paling sorok muka pejam mata. Hati aku dah pikir sesuatu ni. Lepas tu Husna pandang semula pintu, tak berkedip. Lama. Aku try palingkan muka dia, dia tak nak. Terus aku kejut husband, kata badan Husna panas. Yup. Memang panas sangat badan dia.

Lepas husband bangun tu, lagi sekali Husna pandang pintu. Dan kali ni, dia terus menjerit takut. Terus husband bangun. Dia ambik Husna, pangku, peluk. Sebab Husna terketar-ketar takut. Dalam pukul 3 lebih, baru Husna tidur. Itupun kena pangku. Ada juga lepas tu Husna bangun lagi, dan nek berpangku lagi.

3 hari lepas tu Husna demam panas. Suhu 38.5, 39, 39.8. Memang itu je la suhu dia. So, apa aku buat, sentiasa jerlum kepala dan badan Husna dengan air lendir daun bunga raya + lidah buaya. Sentiasa letak tuala basah dekat kepala dan badan Husna. Rajin mandikan dia. Biarkan anak tak berbaju. Dan keep on makan ubat. Rajin bagi air masak.

Itu la yang aku buat dekat Husna. Memang aku nak give up sebab suhu tak turun-turun. Tapi alhamdulillah, hari ketiga Husna dah mula kebah. Cuma merengek tu biasa la. Dia lesu kan.
Semoga Husna terus sihat dan dilindungi dari sebarang gangguan.


Monday, August 10, 2015

Jamuan raya office

Cerita lama peram, baru nak update. 

Hari ni baru nak share gambar-gambar jamuan raya office 30 julai hari tu. 





Sepatutnya tema baju kitorang maroon + coklat. Baju sedondon semua gugurls. Tapi ada masalah dengan tailor. Sudahlah lambat siap. Baju semua bapok besor gedabok!

Last2, semua korek baju lain dalam almari.

Nampak buah-buahan je semata? Sebab department kitorang kena sediaka  buah-buahan tempatan. Dah dari pagi semua sibuk gotong-royong potong buah.


Thursday, August 6, 2015

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015







Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :







+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *


+ 2 keping tiket Aquaria KLCC


+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365


+ RM30 Voucher Parkamaya


+ RM150 Voucher Parkamaya


+ RM50 Voucher Pak John Steamboat


+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)


+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)


+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)


+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)

+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)


Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.




Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com



Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa

Wednesday, August 5, 2015

Husna dan botol susu pilihan

Aku mula ajar Husna guna botol susu sejak umur dia 2 minggu macam tu. Mula-mula aku guna botol Tommee Tippee. Memang dia okay je minum. Tapi Husna kerap kembung masa tu. So, ada orang suggest aku tukar ke botol yang anti colic.

Aku pergi kedai barang baby, dia suggest botol Dr. Brown dengan MAM. 

 
Harus lah aku tak pilih botol susu Dr. Brown ni sebab tak cantik. Haha. 

Sooo, aku pilih MAM.

 

Aku pilih ni sebab comel sikit botolnya. Puting jenis leper. Bawah boleh bukak. Harga masa tu RM39 untuk 9oz. RM35 untuk 5oz.

Husna pun selesa dengan botol ni sampai sekarang. 
 

Dan bila aku try bagi botol susu lain, yang puting jenis normal macam biasa, Husna dia mesti tak nak. Dan dia suka gigit-gigit. Mungkin ingat mainan. Alahaiii la Husna. Dah pandai memilih. Nasib la MAM ni tak mahal macam mimijumi tu.

Semalam baru order botol susu MAM baru dengan training bottle MAM untuk Husna. Tak sabar tunggu barang sampai.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...