Sekarang ni musim demam, batuk, selsema kan. Aku dengan suami pun tak
terkecuali. Masing-masing berlumba-lumba batuk. Harap Husna tak
jangkit.
Last week balik kampung. Anak sedara, Aqid dah demam dah.
Mula-mula
bagi ubat batuk je. Punya la payah. Last-last suami yang bagi ubat. Dia
makan kek. Suap Aqid ni sekali. Lepas tu, apa lagi.. Selit 1 sudu ubat.
Muka dia pelik je.
Esok tengok tak baik lagi. Kitorang
bawak ke klinik. Oh. Waktu ni Aqid dengan kakak dia, Tika duduk kampung
seminggu. Doktor bagi 5 jenis ubat. Hambekk. Agak-agak boleh ke guna
cara tadi?
So, waktu tu ada beli yakult. Bagi la dia
minum separuh. Lepastu suami ambik, konon-konon nak sikit. Lepastu
habiskan. Sorok2, Isi balik dengan 5 jenis ubat tu. Pura-pura minum.
Lepas tu bagi balik yakult tu dekat Aqid.
Tapi rasanya sesuai untuk anak bawah 2 tahun je kot..huhu
*** kenapa tak boleh upload gambar..?? -___-"