untuk student semua, dah nak akhir sem ni mesti banyak assignment nak kena hantar kan.. kalau siapa yang suka buat kerja last minit tu, mesti terkial-kial baru nak buat.. (termasuk la aku.. hee..)
lepas tu mesti fokus tu agak lari-lari sambil nak buat kerja lain. terutama sekali berfacebook atau blogging.
antara cara-cara yang boleh buat.
1) tutup laptop atau komputer
eh, tak boleh.. assignment bukan tulis tangan.. kena taip.. nak tak nak kena la bukak laptop atau komputer.
2) jangan online
alahai. sekarang ni cari info kena lah guna internet. maklumat banyak dekat internet. tengah tunggu loading, terbukak facebook dengan blog pulak.. =_="
3) jangan sesekali memerlukan hiburan
agak-agak bosan buat kerja, terasa sunyi.. bukak lah movie ke video ke. boleh buat hilang bosan sikit.. sambil buat assignment sambil tengok lah.. tapi sekali 2 jam movie, 2 jam tak terbuat assignment.. lagi-lagi cerita korea yang berepisod banyak tu.. macam mana?
4) TEKAD DAN AZAM YANG TINGGI
apa yang penting, kena lah tanamkan tekad dengan azam dalam diri. nak siap kan malam ni jugak. tak kira apa jadi.. harus berusaha jugak.. confirm siap lah punya..
tapi kalau aku nak kena hantar assignment pagi esok, mesti la kena siapkan malam ni jugak.. =_="
nota anis : aku tak ada kata sesiapa.. cuma kata diri sendiri je.. ^_^