Friday, June 22, 2012

tukar krim muka lagi - organic aid

aku dan produk muka memang tak boleh nak setia betul. agak-agak nampak bagi kesan yang tak best tu, harus bertukar yang lain pula. 


sebelum ni ada pakain skinz infinite. pelembap dia ok. boleh mencerahkan kulit. boleh meratakan warna kulit. tapi, ada satu sebab yang buatkan aku tak berapa puas hati sikit. pelembap ni mencerahkan kulit, tapi tak pudarkan parut jerawat. bila kulit makin cerah, parut jerawat pula jadi nampak makin ketara. -___-" kita ni nak hilangkan sekali parut jerawat tu. beli mahal-mahal, tapi kalau tak memuakan, rugi juga kan.


maka, aku bertukar kepada produk organic aid. ni pun sebab dah tak tahu nak pakai krim apa. ada yang kata krim ni ok. ada yang kata tak ok. ikut kulit muka seseorang tu juga kan. 



ni lah dia organic aid vitamin E moisturizing cream. dalam 14 ringgit lebih tak silap. lupa pula. tertarik sebab dia vitamin E cream kan.



ni dalam dia. cream dia ni jenis yang likat sikit. macam ubat sapu klinik tu pun ada. mula-mula pakai agak pelik. tapi dah dua tiga kali pakai, dah tak rasa pelik. rasa biasa je. ^__^


setakat ni dah seminggu pakai. nasib baik ok dengan muka aku ni. tapi tak tahu lah lama-lama kan. kita tengok lah nanti macam mana hasilnya. mana tahu jadi siti nurhaliza. hahaha.

GiveAway preloved items by Anis Athia



klik banner reramai ye..

tutup 12 julai 2012.

love quilling card

 barang-barang buat kad.
bersepah kan? memang malas nak susun kemas-kemas. -__-"


tadaaaa...hasilnya. ni lah kerja aku sejak tak ada laptop ni. 
tak tahu nak buat apa dah.


anyone interested nak tempah kad? hihi

Thursday, June 21, 2012

masa dan waktu yang semangat untuk blogging

selalunya, mood aku untuk berblogging ni waktu pagi. sampai pejabat tu, terus bukak blog. buat entry baru. blogwalking. ada je idea untuk buat entry baru. dalam sejam menghadap blog, baru terhegeh-hegeh nak buat kerja. -___-"


tapi bila dah masuk tengah hari dengan petang, mood terus tak ada. idea baru tak ada. nak blogwalking pun rasa macam lemau je. -__-"  mungkin dah lama sangat menghadap komputer kot. sampai pening dubuatnya..-__-"

giveaway - Bersama SB di M2M Care House

klik banner atas ni ye untuk join...:)
 
 jom join ye..untung-untung boleh dapat kain pasang buat baju raya..:)

pantang nampak barang kecik comel


ni barang kecik comel terbaru yang aku baru beli. shower foam lux ni. kecik je ni. motif letak handphone tu adalah sebab nak tunjuk shower foam tu kecik. haha. jadi ke motif aku tuh? 

ni hari tu lah ni. masuk guardian, nampak pulak benda alah ni. tak pasal-pasal terbeli. singgit setengah je kot. nasib baik tak beli sampai 3 atau 4 botol terus. beli satu je cukup.

selalunya, aku beli losyen je. kadang-kadang masuk guardian, jumpa dorang jual losyen kecik-kecik comel sangat. macam botol trial lah lebih kurang. harga semua dalam singgit lebih. senang ada botol kecik macam ni. nak pergi mana-mana senang. sumbat je dalam handbag. tak berat.

best juga rupanya cerita hoore hoore ni

credit : rotikaya


semalam, sambil-sambil buat kerja dekat pejabat, sambil layan movie hoore hoore ni. baru rasa syok je buat kerja sambil layan movie kan. sebelum ni sepupu aku pernah cakap yang cerita ni best. tu yang terdetik nak tengok.


lepas habis tengok, "memang best cerita ni."  walaupun pelakon-pelakon dia ramai yang aku tak kenal, tapi ok je tengok. kelakar pun ye jugak. sedih pun ye jugak. 


jadi, kesimpulannya, best atau tak sesebuah cerita tu tak bergantung kepada tahap keglamouran pelakon dia. macam cerita aku ada kau ada. bagi aku, cerita tu agak bosan sikit. tengok pun stop stop je.

Wednesday, June 20, 2012

aduh! sedapnya ikan patin masak tempoyak



sekarang ni tengah lapar. dah nak tengah hari dah kan. harus lah perut berbunyi-bunyi je. kesian kau perut. dan sekarang ni teringin nak makan ikan patin masak tempoyak. sedapnya lahhh. gambar tu makan minggu minggu lepas kalau tak silap.

WW - kek hari bapa


kek hari bapa hari tu..

Tuesday, June 19, 2012

~semoga berjaya~

hari ni dah masuk hari keempat pipie memulakan perniagaannya. dengan status seorang pelajar yang bakal jumpa final exam ni, memang bukan senang nak manguruskan segalanya. aku yang tengok ni pun, tau yang mesti penat. apa tah lagi tuan badan sendiri. mana nak belajar. mana nak buat asignment, research. mana nak uruskan kedai lagi. 


dia mampu uruskannya. memang itu impiannya. untuk membuka perniagaan sendiri. semoga dia berjaya mencapai impiannya. semoga dia juga berjaya dalam final exam nanti. semoga berjaya kamu...^__^


bila dah bosan pakai baju yang sama

kerja ni, memang hari-hari pakai baju kurung. kalau dulu masa zaman belajar, tak sempat nak pakai baju kurung. tapi sekarang sampai dah bosan pakai baju kurung. walaupun dalam dua minggu mustahil untuk pakai baju kurung yang sama, tapi lama-lama, tetap rasa bosan dengan baju tu. nak juga cari baju kurung yang baru. -___-"


bila dah cari baju kurung yang baru, haruslah keluarkan belanja kan. so, cara nak jimat adalah dengan membuat sistem barter. aku akan kumpul baju kurung yang aku dah bosan pakai dan akan bagi pada akak aku. dia pulak akan kumpul baju dia yang dah bosan pakai, dan bagi pada aku. ha...walaupun tak beli baju baru, tapi dapat pakai baju yang kita tak pernah pakai lagi. ^__^


kami adik beradik memang dah biasa kongsi baju. tak payah cakap nak pinjam pun. main sarung je. macam hak milik sendiri. sampaikan baju adik lelaki pun kitorang sebat je pakai. kehkeh.

biskut raya - biskut kuaci

hari tu, aku ada teman sepupu aku pergi kilang buat kuih raya ni. dekat je dengan rumah aku. orang jauh-jauh dah ramai sampai situ. tapi aku? ini lah pertama kali aku jejakkan kaki ke situ. hahaha. sepupu aku yang datang dari rawang pun sanggup datang pasir panjang untuk beli kuih raya tu. tapi dia nak jual kat rawang lah kan.


sampai je rumah tu, perghhhhh..bau wangi kuih raya dah semerbak je. nasib bukan bulan puasa. -__-" tuan rumah pun siap hidangkan sepinggan kuih raya macam-macam jenis. untuk bagi rasa. walaupun aku tak pernah datang beli kuih raya dekat kilang tu, tapi aku tau kuih dia semua sedap wehhh. sebab bila raya rumah sedara mara aku yang duduk sebelah sebelah rumah aku tu, semua kuih yang sama. semua kuih dari kilang tu. haha. sebab tu aku tak pernah beli kuih raya dekat situ. confirm sama je dengan jiran-jiran sebelah. aku beli kuih raya jauh order dari port dickson walaupun harga hampir 2 kali ganda mahalnya. -__-"



biskut atas ni nama dia suria delight..tapi aku panggil biskut kuaci je. sebab dia letak kuaci. banyak tu kuaci dia. sedap sangat. ni first time aku makan biskut kuaci ni. beli sample je dekat kilang tu. nanti nak raya baru beli sebekas besar tu terus.

Monday, June 18, 2012

"First Anniversary Blog & Birthday GIVEAWAY"



klik banner ye untuk join.




Hadiah-hadiah & Sponsor:
1 x Meme Tote Bag by Faten Osman - BLOG | PAGE | BLOG
1 x Top / Blouse by Senorita Sista Closet - BLOGPAGE
1 x set Chiffon Rose, 1 x Bawal 3 Tone, 1 x Bawal Printed by D' Golden Apple - BLOG | PAGE
1 x Topup RM5 by Cik Yatt - BLOG | PAGE
3 x Topup RM5 by Shag Comot - BLOGPAGE | PAGE
1 x Pair of The Prodigurl Lens by Quen Attack - BLOG | PAGE
2 x Vintage Accessories by Dee's Closet Shop - BLOGPAGE
1 x ring by N.N.R Online Shop - PAGE
10 x header(transparent) by Dayah - BLOG | PAGE
5 x keychain Bubu by BubuCraftie - BLOGPAGE
1 x mug by Cik Misi Nadia - BLOG
1 x mustache necklace by Izzah Liyana - BLOG | PAGE | TWITTER
2 x header by Perisple - BLOGTWITTER
2 x doodle by Budak Epal Merah - BLOG
1 x full edit blog (blogskin/denim template) by Farha - BLOG | PAGE
2 x doodle by Dysha - BLOG | PAGE
2 x felt keychain / hp strap by The Mustache Craft - BLOG
3 x cute simple header by Cimot - BLOG | PAGE

si bunting yang menunggu masa



comel yang tunggu masa nak beranak.
bertambah lagi lah kucing kat rumah..

tertinggal kunci kereta dalam kereta

jumaat lepas, masa nak balik rumah, boleh pulak aku tercicirkan kunci kereta dalam kereta. kereta pulak tak de pakai alarm-alarm ni. kunci manual je. bila nak buka pintu, menggagau cari kunci kereta dalam beg. memang la tak akan jumpa kan, kalau kunci tu elok duduk dalam kereta. -___-"


mula lah sibuk telefon sana telefon sini minta bantuan. tanya orang lalu lalang. kot-kot ada yang boleh tolong kan. tapi tak ada juga. pipie kata, cuba buka guna pembaris. tapi tak boleh juga. mungkin tak pandai kan. pergi lagi jalan-jalan cari bantuan. tengah sibuk nak cari bantuan tu, boleh pulak ada orang lain sibuk nak menjual produk. -__-" kita dah la sibuk, tension. dia nak juga paksa kita dengar dia nak berleter apa. padahal dah bagi tahu siap-siap dah kita ni tengah ada masalah. hmmppphhh!!


last sekali, jumpa kedai aksesori kereta. mintak tolong sorang budak tu buat. memang betul dia guna pembaris je. sekejap je dah boleh terbuka kunci tu. ^__^  so, pengajarannya, untuk orang yang guna kunci manual ni, hati-hati jangan sampai tercicir kunci lagi. -___-"

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...