Saturday, December 8, 2012

family day lagi! yeay!

esok, bersamaan hari ahad, family kitorang akan buat family day lagi. ni kali ketiga diadakan. dan alhamdulillah, tahun ni penyertaan bertambah. sukaaaa kooo. tak sia-sia buat kertas kerja, pos dekat adik beradik abah yang jauh-jauh.


kalau sebelum ni petang je, tapi tahun ni up sikit dari pagi sampai malam. tapi malam tu just penyampaian hadiah je. bukan selalu kan. alang-alang dah buat, pulun kasi habis. acara sukaneka pun haruslah bertambah. baru lah meriah. barulah berbaloi yang jauh-jauh tu datang balik kampung.


sooo..petang ni nak siapkan persiapan padang. eh! padang lah sangat. buat kat depan rumah embah je ponn. hihi. tak sabar nak tunggu esok. ^__^



Friday, December 7, 2012

tiada lagi roti untuk menggantikan nasi

disebabkan pagi tadi aku dah membaham sebungkus nasik kerabu yang agak banyak,
maka lunch tadi memang tak akan sentuh nasik lagi.


selalunya, kalau aku tak makan nasik, aku akan makan roti barang seketul dua.
tapi sebenarnyakan roti tu lebih kurang je dengan nasik.
kalau tak makan nasi, tapi makan roti, sama je sebenarnya.


jadi..inilah penggantinya,


gambar ambik website munchy's.


pilihan aku, yang tengah tu, perisa strawberry & blackcurrent.
sebab antara 3 tu, yang tengah tu paling tinggi fibernya.
weeeehhhh, first time aku tengok kotak nutrition sebelum beli makanan.
syabas anis!
well done!


alhamdulillah, makan 6 keping pun dah kenyang.
eh, ke banyak 6 keping tu? haha.




DIY - decorating photo album cover



ni album raya hari tu.
terasa macam bosan je corak asal tu.
dengan tak ada kerjanya, gigih aku balut lain.
memang tak ada kerja.
-___-"

 

tadaaaa. siap balut dah.
simple decoration dekat front cover tu.
nampak sangat malasnya. 
 tema merah hitam sebab raya hari tu kan kitorang tema merah hitam.
heeeee.

 

ni pulak bahagian tepi.
siap tulis RAYA 2012 kat tepi tu sebab senang kan.
kalau letak kat rak, tarik je ikut tajuk album tu.
tak payah susah-susah tarik satu-satu.
siap balut plastik sebab kang rosak kang, naya je.


Thursday, December 6, 2012

beli novel 9 nyawa second hand

sekarang ni tengah buat collection novel ramlee awang murshid.
sebab sebelum ni banyak baca novel my sis je.
sebab novel-novel beliau sangat best, harus lah kena ada koleksi sendiri kan.
nanti-nanti 5 tahun akan datang, boleh lah ulang baca semula.
^___^


hari tu, kebetulan bukak facebook, 
jumpa someone yang nak let go novel-novel beliau.
sekali tengok, ada novel ramlee awang murshid, 9 nyawa.
hoyehhhhh!.
suka sangat even dah pernah baca time dekat U dulu.
tapi dah lama, lupa dah cerita dia macam mana.


harga pulak just RM10.
dia siap datang hantar dekat office tu.
senang gilos.
condition novel pulak, 100% like new!!!


 see. macam baru je kan.


tengok macam tak pernah dibaca je lagi.
sangat puas hati.
^___^


starting my diet!

kelmarin, tumpang timbang dekat alat penimbang cousin.
timbang tu siap boleh tunjuk lemak, air, muscle, semua tu lah..
apa kebenda entah nama timbang tu.
lupaaaaaa. 


my current weight, 59.2kg. pergh!!!!
nak pengsan.
lemak pulak, 30.9%....
perghh. pengsan lagi sekali sebab normal 15% je tau.
muscle kurang, means kurang exercise.
bila muscle kurang, tak boleh lah nak membakar lemak kan.
air dalam badan mencukupi. good!!
umur dalaman badan pulak, 29 tahun!
kali ni bukan pengsan je dah rasanya.
seeee, umur dalaman 6 tahun lebih tua dari umur asal.
-____-"


malu dengan embah tau.
umur embah nak dekat 90 tahun, tapi umur dalaman baru 54 tahun tau.
kagummmmm.
kena ikut makan jamu lah cenggini.
haha.


bila bagi tau pipie, terus kena consult free punyaaa.
sooo..he's my diet consultant now.
starting today, kena kurangkan makan nasi, mee dengan roti.
banyakkan makan buah, sayur dengan fiber.
banyakkan berjalan sebab dia tahu aku malas exercise.
hahahaha.


soooo..lets diet!
tak sanggup weh bila tengok umur dalaman ni lagi tua dari umur sebenar kita.
lebih baik berjaga-jaga dari sekarang kan.
^___^


Tuesday, December 4, 2012

Lin Handmade Greetings Card : December 2012 Blog Giveaway


klik gambar atau klik sini untuk join.
hadiah dia macam dalam gambar tu ye.
best tu kalau dapat.


hadiah vector dari cikgu ma ^__^

hari tu aku ada join teka-teka vector dekat blog cikgu ma.
tak sangka bertuah jugak diri ni.
maka, cikgu ma dengan baik hatinya lukiskan aku vector.
hoyehhhh!


tadaaaa...


 haaa...ni lah hasil cikgu ma.



ni pulak gambar asal...
wow. kagum kot.
bukan senang nak lukis vector ni.
aku pernah cuba.
tapi gambar budak kecik je aku boleh buat.
hahaha.


apa pun, thanks a lot cikgu ma...


Monday, December 3, 2012

makcik mahal vs makcik murah

kemain makcik pun ada makcik mahal dengan makcik murah.
tapi ni bukan nak jual makcik ye rakan-rakan semua.
tak sanggup daku nak jadi mak ayam.
-___-"


ni makcik cashier kedai makan lah ni.
 ada dua orang makcik.
dua-dua tukang kira harga nasik dekat kaunter.


hari tu tapau nasik lauk ayam masak merah seketul, ulam kacang bendi sikit dengan pajri terung seketul
bagi kat makcik murah yang duduk dekat kaunter.
tengah dia kira-kira, tetiba datang makcik lagi sorang terus ambik nasik aku tu, lepas tu dia pulak kira.
bla..bla..bla.. "RM6.20"
makcik dekat kaunter tu buat muka agak terkejut yang menandakan "eh. mahalnya."
tapi dia diam je sebab mungkin makcik mahal tu lebih senior kot.


aku pun bayar lah RM20.
tapi makcik murah tu terus bagi balance RM14.
tapi dia cepat-cepat bagi balance tu, suruh aku simpan cecepat.
dia tak nak makcik mahal tu nampak yang dia caj RM6 sahaja.
hahaha. cayalah makcik.
agaknya kalau makcik murah tu yang kira, mesti tak sampai RM6 pun nasik tu.
sebab hari tu aku beli nasik, lauk ikan keli bakar dengan ulam bendi, baru RM3.80.


maka, lepas ni, aku nak aim makcik murah tu je.
taknak jumpa makcik mahal tu.
haha.



apa lah masalah office ni!

ohh...i'm sooo blue today.


seeee. pagi-pagi nak pergi kerja, muka ceria je.
penuh semangat tau even hari ni monday.
dalam kereta pun sempat nyanyi-nyanyi lagi ikut radio.


tapi kan.
bila masuk je office, terus jadi ngantuk tau.
mata terus layu je.
mulut pulak nguap-nguap.
alahaiii.
apa lah masalah office ni.
hari-hari cenggitu.
nyampah!
-____-"


ke masalah sendiri yang memang malas kerja? 
haha.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...