Friday, March 25, 2011

eh korang.. hari ni hari polis ke?

eh eh.. hari ni hari polis ke? nampak ada orang tulis dekat facebook. cerita pasal polis, teringat pulak kenangan dulu-dulu..

waktu kecik dulu, cita-cita aku polis tau.. semangat dulu bagi tau semua orang. sebabnya aku suka tengok polis pegang pistol. main tembak-tembak.. siap masuk mimpi lagi.. memang tak boleh blah je yang tu.. lagipun dulu aku sedikit kelelakian.. panjat pokok memang favourite lah.. selalu kena marah.. -_-"





yang mana satu aku? haha.. dulu aku suka pakai seluar pendek.. skirt? tak best la..


masuk sekolah menengah, aku semangat masuk kadet polis tau.. lower form tak aktif pun.. setakat kawad-kawad je.. naik upper form memang best giler.. dapat join kadet polis johor untuk kem semalaysia..

lebih sebulan kena pergi latihan kat balai polis batu pahat. tiap-tiap hari pulak tu.. dah la tu, pukul 2 sampai petang. panas giler.. sampai berlegam-legam muka..



kalau tak percaya, cari gambar aku kat atas.. haha



sampai aku dah tak kisah dah dengan panas.. lantak je lah waktu tu.. boleh budak kelas aku panggil aku anak macha.. kureng hasam betul..

yang bestnya banyak pengalaman tau dapat.. dapat guna m16.. tembak je la.. kena nya tak.. haha,. aku memang tak reti lah nak fokus target ni.. paling ingat sekali kenangan time kem tu.. ramai giler kot kena histeria.. dah la tu, khemah banjir pulak..

waktu ada pasukan buat persembahan ulik mayang, boleh pulak lampu dekat situ mati tutup mati tutup.. yang ni memang seram..

ni semua kenangan.. lama dah berlalu.. tahun 2005 kot.. apa pun, selamat hari polis dekat polis semua.. ^_^

3 comments:

qucachahir said...

aah..hari nie hari polis...
saya pown baru tahu..hehe

storyfromme said...

selamat hari polis :)

mykhalis said...

khalis pun tumpang tahu di sini..hehe

hottest entry di blog khalis :
Feel peminat bola sepak sluruh dunia

Video rakaman pemimpin parti pembangkang

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...