sambungan daripada episod 1.
sampai sahaja dekat jogjakarta airport, 2 bas dah tunggu siap-siap dah dekat sana.. terus kitorang dibawak pergi check in hotel.. kitorang stay dekat metro guest house.
lepas check in dan buat apa yang patut, haruslah pergi makan pulak.. excited ni first time nak try makanan dekat sana..
kitorang dibawak pergi kedai makan ayam goreng suharti.
suasana dalam kedai dia.. nampak gambar suharti dekat cover page menu dia tu..
lagi gambar orang excited.. nak pilih menu pun lama tau.. ye la.. menu sana bukan macam dekat sini..
lastly, pilih lah menu utama diorang. ayam goreng seekor tau.. share 5 orang.. makan sedap je.. lapar weh.. tambah pulak dengan sambal dekat bawah ni..
tak tau nak order apa, air mineral je lah.. air danone.. yang paling glamour dekat sana.. tapi nasib tak order air teh o ais dia.. lain giler rasa dengan yang dekat sini..
dah lapar, makan la dengan lahapnya.. masuk bas, semua orang cerita ayam goreng tu dengan kepala sekali.. haha.. sumpah kitorang tak perasan.. licin kot habiskan...
note : semua gambar diambil oleh classmates aku.. ^_^
3 comments:
seronok ker kat yogya? tak pergi lawat merapi ker..... tentu pegi imogiri dan parangtritis...
sedapnye....
jom singgah n follow belog saya.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
agak-agak tetelan x kepala ayam tuh?haha... :p
Sini Singgah~ :p
Post a Comment