Wednesday, October 29, 2014

kisah pregnant : check up 36 minggu

Alhamdulillah...


kandungan dah 36 minggu. Isnin lepas dah mula check up di hospital dan dah mula kena check up seminggu sekali. Penat check up ni. Sebab kena tunggu lama. Lenguh pinggang kaki semua. Tapi seronok.. Sebab dapat tengok perkembangan baby. :)


Alhamdulillah, scan baru ni, kedudukan baby elok je. Kepala dekat bawah. Dah masuk pun laluannya. Semoga dipermudahkan bersalin nanti.


Dan doktor kata baby dalam perut ni "semangat". Hihi. Dah 3kg dah rupanya. Patut la berat semacam. Tak sia-sia hari-hari berdoa supaya baby dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna. Ni memang nak ikut jejak aku ni. Dulu aku lahir berat 4kg. Hihi.


Cuti bersalin pun dah minta. Sedih juga sebab cuma dapat 2 bulan je. tak aci betul beza-bezakan staff kontrak dengan permanent. Dah 2 tahun kot kerja. Hukhuk. lagi 2 minggu lebih je nak bercuti. Yeahhhhh. ^__^

17 comments:

Tie HT said...

moga baby n mommy sihat semuanya
punyalah lama akak tak ke sini
last masuk masa tu anis baru nak start kerja
tau2 dah nak lahirkan baby :)

Farah Waheda Wahid said...

semoga segalanya dipermudahkan yer anis...

AnneRaini said...

wah dah tak lama dah tu...selamat bersalin ye anis..

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah nampak gaya semuanya berjalan dgn baik Anis..

Kakak yg mengikuti perkembangan pun macam dah tak sabar nak tunggu baby hihi...

Ala... 2 bulan pun ok Anis. Masa tu dah sihat dah. Kakak kerja swasta semua masa bersalin anak2 cuti 2 bulan aje..

mila said...

semoga semuanya lancar :-)

MizzTina said...

moga dipermudahkan..byk la buat aktiviti yg memudahkan proses bersalin..bykkn berjalan..

Anum said...

take care

lia said...

InsyaAllah d permudahkan bersalin nnt... amin...

Fazleyatul Aini said...

semoga selamat semuanya ye dik =)

Unknown said...

semoga dipermudahkan semuanya ye.. :)

Anonymous said...

wahh.. semoga semuanya selamat tau

nuyui a.k.a miss YUI said...

selamat menjalani pantang ya nanti..hihi

shura shushi said...

Mesti tak sabar kans, mesti nak cepat cepat masa berlalu :))

Unknown said...

Semoga sihat dan dipermudahkan urusan mu sis... :)

Oh Lady said...

semoga dipermudahkan proses kelahiran ahli baru...

Cik Rose said...

moga semuanya dipermudahkan yer ;)

nanieydotcom said...

Semoga dipemudahkan semuanye :)

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...