Al kisahnya aku tengah gigih mencari baju raya ikut tema warna hijau lumut. Perggg. Bapak aih payah bebenau nak cari baju siap warna hijau lumut ni. Nak hantar tailor memang tak dan dah la. Kalau boleh memang aku nak settlekan baju raya sebelum puasa, sebab malas nak jalan waktu bulan puasa.
Jumaat tengah hari tu aku dah pusing 1 masjid india. Tak jumpa yang berkenan. Terasa diri ni dah tua pulak bila jalan masjid india, tapi tak ada nafsu nak shopping macam zaman anak dara dulu. Sekarang nafsu shopping kat barang anak je.
So, suami suggest pergi pasar pagi ahad dekat stadium shah alam tu. Bukan senang tau suami nak ajak pergi tempat crowded gini. Semangat la pukul 8.00 pagi gerak dari rumah. Sampai sana dalam pukul 9 gituuu.
Tapi mak aihhh. ramainya orang. Besar pulak tu tempatnya. Tapi tekad, kena jugak dapatkan baju raya tu. Penat datang dari jauh. Harung orang ramai gini. Husband dengan husna dah give up awal-awal. So, diorang tunggu dalam kereta, aku sesorang la duduk keliling pasar tu.
Tengah jalan, jumpa carpet pulak. Rembat la sekeping buat hadiah mak. Murah la kot saiz besar 10xberapa entah ukuran dia. RM120.
Dah nak penghujung pasar, Finally!!! aku jumpa baju kurung siap warna hijau lumut. Aku nampak ada orang tengah beli. Aku tanya, ada lagi tak? Dia rasa macam dah habis warna tu. Tapi dia try cari. Dannn.. Ada wehhh. Suka aku. Tak sia-sia datang.
inilah dia hasil tangkapan. Baju kurung modern jenis kain cotton tenun gitu. Harga RM110 sepasang. Dapat RM95 lepas mintak tawar. Legaaaa...
Baju Husna tak jumpa lagi.. Huwaaaa..
Baju Husna tak jumpa lagi.. Huwaaaa..
11 comments:
settle sudah...lega rasanya kan
singgah pagi
Husna punya dah beli belum?
Cantik warna hijau lumut kan..
alhamdulillah...akhirnya kan? hihhi...
jemput baca entri ini
http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2015/05/whats-app-blogger-team.html?m=1
Hehehe dpt juga akhirnya..
cantik baju raya mu itu dik... di tambah ngn lace n manik merelip lg cun melecun...
almaklum org tu kan teror memanik
tp baju husna senang je nk jumpa tuh
wah, rezeki akak kan..sy pulak tempah dgn makcik je jubah moden 3 helai.. baju husband n anak belum ada lagi..haha
sy yg celah gigi dgn psr shah alam tu pun tak pernah jejak lagi. haha.
bukan apa takmau singgah, takut rambang mata. hehehe.
baru htr kain kat tailor jugak last weekend. nasib baik dia nk ambik tempahan lg. huhu
alhamdulillah...dh settle. saya pun tengah bt persiapan raya before puasa.tinggal bj melayu hubby n bj utk my gurl saja yg x dpt cari
haa tu dia baru baju omaknya kan puas mencari tp mg pon hijau lumut susah cari
bestnya dh dpt baju raya.. kita raya di perantauan je tahun ni heheh
Post a Comment