Dekat office aku, akan ada baca yasin setiap pagi jumaat. Dulu orang setakat bawah kuih sikit-sikit. Tapi sekarang dah divide team bawak makanan. Aku pulak team bos-bos. Jaga admin lah kan. Harus lah makanan mewah-mewah gituuuu... Jumaat lepas ada soto, roti jala dengan air lai chi kang.
Senang rupanya buat air lai chi kang ni...
Bahan dia :
Gula batu (cairkan)
Gula melaka (cairkan)
Kurma merah kering ( rebus kejap)
Longan kering ( rebus kejap)
Kulat putih (rendam)
Selasih (rendam)
Kembang Semangkuk (rendam)
Laici
Kismis
Kacang
Cincau
Maka, satukan lah bahan-bahan tu semua dalam bekas. Tak cukup manis, tambah aje gula pasir. Letak ais. Perghhhhhh. Syok wehhhh.
Macam aku, gula batu, gula melaka, kurma merah dengan longan kering tu aku rebus siap-siap kat rumah malam tu. siap je, sejukkan kejap, masuk peti. Esok pagi terus bawak office.
Bahan-bahan tu semua aku beli kat Aeon Big je. Semua ada. Ikut kita kita nak bubuh apa dalam tu. Sesedap rasa, ye dak?
Lepas ni boleh la buat lagi.
9 comments:
sedap nie
Kulat putih letak bebanyak ek.. ;)
nanti ai datang.. hehehe..
Bagusnya ada majlis mcm ni kat opis.. peberet suami sy tu air lai chi kang:)
hmmmmm senang cume kite tak rajin nk bt kan... syok jgk kan kalu dpt bt kt umah nih
cepat juga buatnya..
wahhh sedapnya tgk lai ci kang tuu..tambah tgh pantang nie..hihihi
Resipi fofular bulan ramadhan jugak ni...
Resipi fofular bulan ramadhan jugak ni..
lai cikang bulan puasa mesti beli.beli ok.bukan buat sndiri.hahaha.. ap a da.
sedap kan.. nti blh buat sndiri..
aeon big best nk beli brg..
Post a Comment